Selat Hormuz ditutup lagi, ini respon kerajaan tentang bekalan tenaga negara
Kerajaan akan terus memastikan bekalan bahan api bagi sektor tenaga negara kekal terjamin di sebalik perkembangan terkini menyaksikan Selat Hormuz sekali lagi ditutup.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini Malaysia tidak berdepan masalah bekalan tenaga.
“Kita melalui Petronas telah berunding, dengan Perdana Menteri pergi ke merata tempat membuat perundingan dan bekalan tenaga kita setakat ini adalah terjamin,” katanya memetik Bernama.
Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata ketidaktentuan harga minyak dan gas di pasaran dunia akibat perkembangan geopolitik dijangka terus memberi cabaran kepada ekonomi negara.
“Meskipun bekalan terjamin dari segi harga adalah satu yang mencabar. Sebab itu volatiliti dari segi harga pasaran minyak dan gas itu sudah pasti akan menjejaskan kedudukan (bekalan) negara kita,” katanya.
Beliau berkata keadaan itu juga akan memberi tekanan kepada kedudukan kewangan negara walaupun kerajaan terus melaksanakan program subsidi dan bantuan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment