DAP Negeri Sembilan hari ini mengumumkan 11 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sembilan pada 1 Ogos depan.
Lapan daripada 11 calon adalah penyandang, manakala tiga lagi merupakan muka baharu.
Anthony yang juga Setiusaha Agung DAP berkata, calon penyandang dikekalkan mengambil kira faktor mereka sudah dikenali pengundi dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang dimenangi DAP bagi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.
“DAP melihat perlunya mengekalkan penyandang di kawasan (DUN) sedia ada kerana faktor usia calon yang masih muda serta faktor tempatan iaitu ada trek rekod yang baik kita kekalkan.
“Sudah tentu setiap kali pilihan raya kita ada penilaian, kita akan melihat potensi calon baharu, namun begitu oleh kerana PRN Negeri Sembilan Ke-16 di luar jangkaan maka proses peremajaan itu tidaklah sebesar yang kita rancang,” katanya pada Majlis Pengumuman Calon DAP DUN Temiang hari ini, memetik Kosmo!.
No comments:
Post a Comment