Banjir luar jangka di Melaka memulih, 2 PPS saja masih beroperasi

 


Banjir luar jangka di Melaka semakin memulih apabila setakat pagi ini hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Dua PPS tersebut ialah Balairaya Kampung Seri Jeram di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel di Jasin yang menempatkan 48 mangsa daripada 12 buah keluarga.

“Alhamdulillah, keadaan banjir di Melaka semakin pulih apabila kebanyakan mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air surut dan kediaman mereka selamat untuk diduduki semula.

“Semua PPS di daerah Melaka Tengah telah ditutup sepenuhnya, begitu juga PPS Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Masjid Tanah di Alor Gajah selepas kesemua mangsa selesai pulang ke kediaman masing-masing,” kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim, menurut Bernama.




No comments: