Mohd Jamil
Terimalah dengan terbuka, wahai pemimpin PKR . seperti kata PMX Anwar Ibrahim move on kita masih berkuasa beliau masih perdana menteri .Terima kekalahan ini dengan tenang.
Ini semua salah kamu juga . Kamu tidak mempedulikan ahli-ahli bawahan. Kamu tinggalkan otai-otai Reformasi. Kamu lupa dek pangkat dan jawatan, serta kedudukan. , Kamu terlampau mendongak. apabila ahli meminta sesuatu begitu susah , bila cabang meminta dana kamu tak beri tetapi bila pemimpin umno minta di minta 100 tetapi 300 kamu bagi. Orang bawahan tidak diendahkan; kamu asyik jaga pokok daun dan buah, tetapi kalau dibiarkan, akar bawahan merosak .
Bila ahli dan akar umbi minta tolong ko orang buat tak dengar ,jawatan jawatan kecil pun tak di bagi kepada ahli ahli lama. pemimpin lebih suka di puji puja. PMX Dah tiga tahun aku memohon nak jumpa melalui pelbagai orang tetapi until now zero.
Tak perlu nak post mortem post mortem bagai just kembali ke asal jaga ahli ahli bawahan jaga otai otai. terlupakan dulu kita memang kerana setiap ahli aktif di sosial media tanpa perlu di suruh so bila dan menang pandai pandai la jaga. tak kan nak tunggu ahli ahli minta kot.
Jangan dok ingat dah kuat . aku tengok PMX dan seorang dua macam MB Sgor Amirudin Shari Sahaja yang bertungkus lumus bagai nak gila buat kerja tanpa rehat tak malukah pemimpin lain pemimpin PKR lain semua cari publisiti murahan. setakat menumpang apa yang PMX Buat .
Apa yang aku belajar:
Pemimpin umno depa jaga ahli-ahli mereka. duit mereka tak kedekut tetapi pemimpin PKR susah amat susat nak minta . Sampai macam peminta sedekah . jadi ahli ahli otai otai dah fd up. Lantak kau lah, kerjalah sendiri di Johor dan inilah jadinya.
Ceplos-ceplos mereka buat kerja kerana dibayar, bukan ikhlas hati. Percayalah, kalau umno perintah, semua ceplos-ceplos ni akan ikut ke umno, bukan boleh percaya . Aku sebagai otai kata begini kerana aku sayangkan parti, aku sayangkan PMX . Kalau tidak, aku pun dah blah .
No comments:
Post a Comment