Komen-komen Netijjen : "Buat apa ada aset-aset tentera banyak, ada jet ada kapal perang, ada radar canggih, tetapi Rohingya boleh lepas masuk Malaysia ?" lebih kurang begitulah..

 











Komen-komen Netijjen : "Buat apa ada aset-aset tentera banyak, ada jet ada kapal perang, ada radar canggih, tetapi Rohingya boleh lepas masuk Malaysia ?" lebih kurang begitulah...

Macam betul juga ya, nampak macam cerdik 🤔 ke... kurang cerdik 😆
Sebab itu sebelum sembur ke salah tempat, analisis dulu...
Komen-komen tersebut adalah salah faham yang SANGAT ketara kerana fungsi utama aset pertahanan strategik seperti jet pejuang, kapal perang, dan radar adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar (musuh bersenjata dan pencerobohan ruang udara/perairan) ✅, bukannya untuk mengawal pendatang tanpa izin (PATI) atau pelarian di sempadan darat dan jalan tikus sahaja.
Tidak dinafikan aset tentera turut digembeling untuk tujuan pemintasan.
Sebab itu FAHAM kan dulu konteks, fungsi aset, dan punca sebenar isu ini 👉
1. Peranan aset ketenteraan seperti Jet Pejuang dan Radar, digunakan untuk memintas pencerobohan ruang udara dan mengesan ancaman kapal terbang asing. Ia tidak digunakan untuk mengesan bot kecil pendatang haram atau mengawal kemasukan PATI melalui sempadan darat. Jet Pejuang tidak boleh tembak tongkang atau bot kecil sembarangan.
Kapal Perang digunakan untuk mengawal perairan antarabangsa daripada kapal musuh, menjalankan rondaan zon maritim, dan operasi penguatkuasaan besar.
Kawasan tanggungjawab (AOR) - Operasi mengesan pendatang haram di kawasan pantai, pulau, dan sempadan darat terletak di bawah penguatkuasaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bukan tugas utama aset berat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melainkan melalui operasi khas seperti Op Benteng.
2. Punca sebenar isu pendatang dan Rohingya adalah akibat dari sempadan yang bocor dan PENYELUDUPAN, kebanyakan kemasukan haram dan etnik Rohingya melepasi sempadan negara melalui jalan laut yang sukar (seperti perairan pantai timur / Langkawi) atau sempadan darat yang luas.
Ia SEBENARNYA sering dibantu oleh sindiket PENYELUDUPAN manusia, ketirisan dan Rasuah. Isu utama yang membolehkan mereka melepasi pemeriksaan adalah berpunca daripada kelemahan integriti, rasuah, dan kelompongan sistem kawalan yang dikendalikan oleh agensi penguatkuasaan, bukannya disebabkan ketiadaan jet pejuang.
Permintaan Sektor Pekerjaan - Warga asing mudah masuk dan tinggal kerana wujudnya permintaan daripada majikan tempatan serta ruang pasaran kerja gelap.
3. Saluran kritik yang tepat dan menegur pembuat polisi adalah dengan melontarkan isu kemasukan pendatang dan pelarian kepada pihak yang betul, ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan dasar kerajaan pusat, bukannya Kementerian Pertahanan.
Jika berlaku ketirisan dan kelemahan penguatkuasaan, aduan mengenai kelemahan menjaga pintu masuk negara wajar ditujukan kepada pihak penguatkuasa sempadan (Imigresen, APMM, dan PGA) serta badan pencegah rasuah seperti SPRM, dan... pihak kerajaan (parti politik yang memerintah) untuk mengkaji semula dasar dan policies berkaitan pendatang asing, atau pelarian Rohingya yang semakin membimbangkan.
Fikir-fikirkan....
Oleh Salman Al Farisy

No comments: