Mazlan Mohamad
US suruh Iran isytihar Selat Hormuz dibuka dan selamat dilalui. Tak disangka Iran ikut pemintaan US itu.
Tapi ia jawab dengan umum Selat Hormuz ditutup buat sementara dan selepas itu lancar serangan ke atas pangkalan tentera US di Oman.
Sekali lagi ia serangan yang mengejut dan bertalu-talu ke atas pusat sokongan logistik dan pelantar pengisian bahan api yang diguna oleh kapal pengangkut pesawat US di Pelabuhan Duqm di Oman.
Yang diserang adalah pusat logistik utama armada US di Teluk dan talian hayat Tentera Laut US di Lautan Hindi.
Pangkalan Udara Prince Hassan juga diserang dan ini musnahkan pusat perintahnya serta hangar dron MQ-9 Reaper.
11 peluru berpandu balistik dilaporkan digunakan dalam serangan kali ini.
Iran umum ini sebahagian daripada fasa ketiga terhadap pencerobohan tentera US.
Serangan itu berlaku beberapa jam selepas serangan udara US terhadap kira-kira 140 sasaran tentera Iran.
Dalam keadaan sekarang, mungkin pihak yang akan menyerah adalah pihak yang penat menyerang dan kehabisan peluru.
No comments:
Post a Comment