Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengetahui nasibnya hari ini sama ada beliau kekal bebas atau dijatuhi hukuman atas pertuduhan pecah amanah.
Selepas enam tahun berdepan proses perundangan, hari ini Mahkamah Persekutuan akan mengumumkan keputusan rayuan beliau.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membabitkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais; Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali; dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan terhadap Syed Saddiq pada jam 9 pagi.
Sebelum ini pada 25 Jun 2025, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan dan melepaskan Syed Saddiq.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, sehari selepas keputusan lepas bebas itu.
Pendakwa raya mengemukakan 28 alasan mengapa Mahkamah Persekutuan sepatutnya mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman berkenaan.
No comments:
Post a Comment