Penantian berakhir, Syed Saddiq kekal bebas, lepas

 


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sah dibebaskan dan dilepaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna dana Armada dan pengubahan wang haram.

Ia selepas panel hakim Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan dengan majoriti 2-1.

Dua panel, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah,mendapati tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan alasan untuk merayu keputusan mahkamah sebelum ini yang membebaskan Syed Saddiq daripada tuduhan tersebut.

Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tersebut bagaimanapun membuat keputusan berbeza.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023.

Pendakwaan kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan sehari selepas keputusan Mahkamah Rayuan.



No comments: