SALAHKAN KERAJAAN JUGA..


 

Macam dijangka. Bersatu 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 kepada kerajaan. Dia punya perasan, dia ingat Mahiaddin tu hebat sangat sampai nak bunuh karakternya.



Karakter Mahiaddin 𝗱𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝙢𝙚𝙣𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 sejak dia terjerit-jerit 𝙋𝙈 𝙩𝙚𝙥𝙞 𝙬𝙤𝙞, meroyan pasal 114 𝙎𝘿 dan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Dia sendiri yang bunuh.


Baca kenyataan media ni, nampaknya Bersatu macam 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗯𝗮𝗵. Mungkin sebab kali ni dah 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗶𝘀 sebab faktanya terlalu kuat.


Sebab yang mereka boleh buat, macam biasa, 𝘁𝘂𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ni nak ingatkan, agenda jahat tu masa Mahiaddin 𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗽𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗗𝗿. 𝗠𝗮𝘀𝘇𝗹𝗲𝗲 sebab tak mahu sambung kontrak YTL.


1BestariNet dah 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹. Tanyalah sesiapa saja yang terlibat. Semua setuju Tapi bila Mahiaddin 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗬𝗧𝗟 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴, itu yang menjadi tanda tanya. 𝗔𝗱𝗮 𝘂𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗯𝗮𝘁𝘂?


Hari ni, tak ada agenda jahat pun. Yang ada hanyalah 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻. Kalau Mahiaddin tak salah, tak payahlah takut. Hadap je la SPRM tu.


Tak kiralah benda berlaku 13 tahun ke, 31 tahun atau 130 tahun sekali pun, 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻, penjenayahnya mesti diberkas dan dihukum.


Apa pun harap Mahiaddin tak ikut 𝘵𝘳𝘪𝘤𝘬 Mahathir 𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬 𝘪𝘯 IJN bila menggelabah. SPRM baru sita dokumen je, belum pun lagu namakan siapa bakal dipanggil. 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝘂 𝗮𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KENYATAAN MEDIA.



 KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ARAHAN PERTEMUAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERSAMA PIHAK GISB HOLDINGS SDN. BHD.


1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan akidah umat Islam. Ia adalah perkara asas dalam agama Islam yang mesti dipelihara setiap masa.


2. Apa-apa kegiatan yang diragui dan boleh memesongkan akidah umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat yang berkaitan, untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.


3. Ini penting sebagai asas dan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri membuat siasatan lanjut.


4. Susulan isu yang terkait dengan pihak GISB Holdings Sdn. Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings untuk mendapatkan maklum balas serta penjelasan daripada pihak terbabit.


5. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam melakukan siasatan kepada isu yang dikaitkan dengan pihak tersebut.


6. Pada masa sama, pihak JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut diminta untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan tentang kepentingan menjaga akidah kepada umat Islam.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA)


7 September 2024



Mmmmmmmm... KES BESAR KO BUAT DIAM YA.



 Ish Ish Ish. 𝗧𝗮𝗻𝗷𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗯𝗼𝗶. Hidup lagi rupanya Akmal ni. Ingatkan dah tak ada. Bukan apa. Sebab 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 je sebelum ni. Masa 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 dia senyap. Kes 1𝗕𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗡𝗲𝘁 pun dia senyap.



Walhal dua kes tu 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Sayangnya sang wira masuk 𝙢𝙤𝙙𝙚 𝗵𝗶𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝘀𝗶 pulak masa tu. Bertapa kot. Ni baru habis pertapaan la ni. 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗴𝘂𝗮. Bau dapat internet.


Aku dah ulad pasal sijil halal tu. Cuma aku nak komen tentang 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁 budak Akmal ni. Nampak sangat dah, kalau PN buat hal, malu-malu nak tegur biar pun isu besar. Kalau PH, 𝙛𝙪𝙡𝙡 𝙨𝙥𝙚𝙚𝙙 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻. 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳 la sikit. Macam ni boleh 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 la ko 𝘴𝘦𝘤𝘳𝘦𝘵 𝘢𝘨𝘦𝘯𝘵 PN. Nampak sangat Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KITA ULAM...KITA ULAM... SKANDAL 1BESTARINET ADAKAH RADZI JUGA AKAN KENA DAN DISIASAT?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Menurut sumber, SPRM telah membuat penggeledahan di pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata hasil penggeledahan itu, sejumlah dokumen disita dan SPRM sedang mengkaji untuk mengenal pasti saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan. “Siasatan menjurus kepada mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi butir matan palsu melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion,” katanya kepada Bernama. Sumber terbabit memaklumkan fokus siasatan SPRM juga menjurus kepada elemen jenayah lain yang tertakluk di bawah Akta SPRM 2009. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Hishamuddin dalam pada itu, memohon semua pihak agar memberi ruang dan masa kepada SPRM bagi melaksanakan siasatan tanpa sebarang gangguan.




KENYATAAN KETUA POLIS NEGARA! SKANDAL PANAS PEMERDAGANGAN MANUSIA!



Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suaminya antara 11 individu yang selesai dirakam keterangan berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya turut mengambil keterangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan. “Kita sudah merakam keterangan 11 individu termasuk bekas timbalan menteri dan suaminya, seorang ahli perniagaan,” katanya, memetik Astro Awani. Menurut Razarudin, siasatan ketika ini tertumpu kepada peranan seorang Datuk Seri yang disyaki menjadi dalang utama dalam mengenal pasti pelabur yang berpotensi melabur di Myanmar. Pada masa sama, jelasnya, polis turut menyiasat peranan yang dimainkan lelaki berkenaan untuk mengambil kesempatan menjana keuntungan daripada pelabur ‘berpotensi’. “Selain itu, kita sedang mengenal pasti hubungan antara beberapa individu dan dua ahli perniagaan rakyat China,” katanya lagi. Terdahulu, tular satu video diterbitkan di Indonesia bertajuk “Neraka Perbatasan: Jejak Mafia Judi Online dan Perbudakan Digital di Asia” mengenai dakwaan pembongkaran sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Susulan itu, Mashitah yang pernah menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menafikan beliau terbabit dalam aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar seperti didakwa. Menganggap maklumat itu dikutip daripada media picisan di Indonesia, dia membuat laporan dan memberi keterangan di Bukit Aman pada 28 Ogos lalu berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO). Pada 28 Ogos lalu, MHO menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi sindiket itu adalah memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan yang menarik sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai `scammer’ penipuan judi secara dalam talian.




GANDINGAN MANTAP DS AWNAR & YB RAFIZI BERSAMA KABINET PULIHKAN EKONOMI!




Ucapan Tahniah & Ikrar Taat Setia Oleh PM Anwar Ibrahim bagi Kerajaan & ...


PM Anwar Ibrahim sembah ucapan tahniah & ikrar taar setia sempena Istiadat Menghadap & Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong






HARAKAH DISAMAN LIDAH FITNAH PAS! TUDUHAN BERI TANAH KEPADA VINCENT TAN!


Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim akan mengambil tindakan mahkamah terhadap lidah rasmi Pas, Harakah dan aktivis sejarah, Zaharah Sulaiman. Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap Harakah dan Zaharah berhubung tuduhan kononnya kerajaan Selangor memberi tanah sepanjang Sungai Klang kepada pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan. “Ini adalah fitnah! Kita akan teliti dan bincang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Harakah dan puan (Zaharah Sulaiman) yang membuat kenyataan ini,” katanya menerusi akaun X. Terdahulu, tular petikan video ucapan Zaharah yang mendakwa kerajaan Selangor memberi Vincent Tan tanah sepanjang Sungai Klang. “Susah sangat ke untuk mendalamkan sungai sampai harga RM10 bilion?” katanya disiarkan Harakahdaily. Wanita berkenaan juga berkata, projek mendalamkan sungai itu boleh diserahkan kepada syarikat kontraktor kelas A terdiri daripada orang Melayu yang dakwanya, tiada kerja pada masa ini. “Kenapa tidak dibahagi-bahagikan satu projek yang besar kepada seramai mungkin kontraktor yang tiada projek hari ini,” ujarnya. Tuduhan pemberian tanah percuma kepada Vincent Tan dilihat mula dibangkitkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Ogos tahun lalu. Menteri Besar Kedah itu dalam Jelajah Mega PN Best Sayangi Kedah Sejahtera di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan Vincent yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang. Tuduh Sanusi lagi, sebagai timbal balas, taikun berkenaan akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan Selangor sekitar RM180 juta.




ANWAR HADIR DI ISTANA NEGARA

 








Saya dan Azizah menghadiri dan menyaksikan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.


Istiadat disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.


Apakala berucap pada istiadat tersebut, saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan terus berusaha keras untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bermutu, prasarana kesihatan dan perumahan mampu milik supaya rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.


Malah, saya tekankan bahawa bahawa angka-angka pertumbuhan tidak bermakna jika hasilnya tidak melimpah kepada rakyat sekaligus menuntut rangka kerja Ekonom MADANI yang mampu mengurangkan kos sara hidup selain memperluaskan jaringan keselamatan sosial. 


Kepada penerima pingat, moga terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



TU DIA MB SAPA?

 Desa HM


MB kuat muhong.


Ada kawan satu sekolah dengan bini dia, waasap bagi tau, bini dia ambik cuti tanpa gaji 18 hari.. 

sebab STRESS dan KEMURUNGAN. 


Macam mana sebelum ni dia sebut... Konon bini dia yang pi pinang.. 

Kalau betul bini dia pi minang... awat yang stress?


Muhong walaun buleh la ceq oii..


🤣🤣🤣🤣🤣



BERSIH.

 

Konon 'Bersih'.... parti pun nama parti islam... 



Dari level MB, sampai ke Pengerusi MPKK ... pantang lepa, kira nak balaih duit...


Teruk sungguh... sampaikan nak 'cop pengesahan' jer pun... mintak RM 1000...


Jenis tak pernah dpt kuasa... baru menang tak smpai sepenggal... kiri kanan ko nak membaham....


Cilanat tul...



APA YANG TERESSA KOK KATA..?



 Aku tak nak ulas tentang kenyataan 𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀𝗮 𝗞𝗼𝗸 tu. Sebab, pertamanya dia 𝘾𝙞𝙣𝙖 𝘿𝘼𝙋. Bila Cina DAP ni bercakap, media selalu sensasikan. Selain tu akan ada 𝘄𝗶𝗿𝗮-𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗟𝗮𝘆𝘂 yang sentiasa dahagakan isu yang bersangkutan kaum untuk ditunggang.


Teresa sendiri pun 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 bila bercakap menjadikan dia 𝙚𝙖𝙨𝙮 𝙩𝙖𝙧𝙜𝙚𝙩. Dan dia juga dari 𝗲𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗔𝗣 yang lebih agresif. Sebab itu bagi aku tak perlu ulas kenyataannya. Apa pun, dia mesti 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 atas ucapannya sendiri.


Aku lebih berminat dengan usul yang disebut oleh 𝗗𝗿. 𝗡𝗮'𝗶𝗺 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 yang mencadangkan semua restoran dan syarikat makanan 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹. Semua? Ini termasuk warung-warung dan kedai kecil? Kalau begitu, memang ia akan menyusahkan.


Apakah ia bermaksud warung 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻, 𝘄𝗮𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗿𝗼𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗻𝗮𝗶 semuanya perlu memiliki sijil halal? 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗸𝗼𝘀𝗻𝘆𝗮? Kalau percuma, tak apalah. Tapi kalau kena bayar dan harganya beribu pula, tampaknya seperti 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴.


Bila kos peniaga bertambah, yang kena tanggung nanti pengguna. Maka 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗷𝘂𝗴𝗮. Jadi perlukah diwajibkan sijil halal ini?


Makanan yang halal itu wajib. Tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹. Sijil halal boleh jadi 𝙨𝙖𝙡𝙚𝙨 𝙗𝙤𝙤𝙨𝙩𝙚𝙧 atau sebahagian daripada promosi. Maknanya kalau dia ada sijil halal, orang muslim boleh makan tanpa syak. Tapi kalau tak ada sijil halal, dia 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.


Tapi untuk restoran yang jelas milik orang Islam, yang tak ada keraguan, sijil halal hanya 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻. Aku kalau tengok tauke kedai tu Melayu, aku tak cari pun sijil halal. Kalau dia muslim, dia sengaja jual makanan tak halal kepada muslim lain, 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.


Konsep halal ni mudah sebenarnya. Kesemua makan pada asasnya 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 kecuali yang jelas haram seperti 𝗯𝗮𝗯𝗶, 𝗮𝗿𝗮𝗸 dan sebagainya. Memang kita 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹, tapi takdelah kena siasat sampai masuk ke dapur kedai.


Cukup setakat kita tahu kedai tu diuruskan oleh orang Islam dan tak ada jual makanan yang jelas haram. Itu sepatutnya sudah memadai untuk hilangkan syak. Tak perlu pun sijil halal bagai yang hanya menambah kos kepada peniaga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DI MANA KELEMAHAN KITA?


1. Sekitar tahun 1994, perkampungan al-Arqam Perlis di Bukit Chabang diserbu dan digeledah oleh pihak berkuasa keselamatan dan agama.


2. Bukan sahaja semua premis, bahkan semua bilik, semua ruang dan semua dinding ditemui foto wajah pengasas kumpulan itu, Ashaari.


3. Di pintu almari pakaian, di kulit buku, di kulit mashaf, di baju T, di kopiah, di meja makan, di dalam bilik tidur, di katil... terpampang foto wajah Abuya.


4. Ada juga kapsyen, "Pulanglah Abuya, kami menantikan Abuya, Abuya pemimpin kami", dan banyak lagi turut tertera di mana-mana sahaja.


5. Ketika itu manusia yang disapa Abuya itu dimaklumkan melarikan diri ke negara jiran kerana diburu oleh pihak berkuasa.


6. Akhirnya, kumpulan itu lumpuh dan ramai bekas anggotanya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan setelah melalui proses pemulihan.


7. Namun, kini wujud pula kumpulan baharu yang mewarisi kepercayaan dan amalan kumpulan al-Arqam yang sudah dilumpuhkan dan diharamkan itu.


8. Kumpulan baharu ini bukan baru wujud, bahkan wujud tidak lama selepas kumpulan asal berdepan tindakan pelumpuhannya oleh kerajaan.


9. Orientasi kumpulan baharu ini dipercayai tidak berbeza banyak dengan kumpulan dahulu.


10. Mereka menunggu kemunculan semula Abuya yang dipercayai tidak mati tetapi ghaib untuk memimpin pengikut kumpulan baharu ini sebagai tentera Imam Mahdi.


11. Selain Imam Mahdi, indoktrinasi kumpulan baharu ini ialah Aurad Muhammadiyyah, keturunan Bani Tamim, kekudusan pemimpin dan kesetiaan kepada jemaah.


12. Poligami dan wanita juga menjadi sebahagian agenda memperkasakan kesetiaan pengikut kepada pemimpin dan kumpulan baharu ini.


13. Kadang-kadang kita terfikir, apa sebenarnya yang sebahagian kecil anggota masyarakat kita mahu dengan menjadi pengikut kumpulan karut sebegini?


14. Kita tidak boleh lagi beralasan, setara kumpulan Ayah Pin pun ada pengikutnya, apatah lagi kumpulan sebegini?


15. Nampaknya sistem pendidikan kita, juga agensi agama kita mesti lebih terkehadapan dalam menambahbaik pendekatan pendidikan dan dakwah untuk membendung gejala tidak sihat ini.


Zola,

07092024



HANTU GIGI PATUT BAWA MENGUCAP.

 RMS. 


Pasal tu pentingnya Hadikusyen..belajar jadi pandai.. apa kesan pelabur tutup di Malaysia..?? 



Dia tak baca ke pelaburan yang diluluskan pada Q1 meningkat ke RM84 billon, kadar pengangguran berkurangan ke 3.3 %, peluang pekerjaan meningkat 8.94 juta (jawatan)  berbanding 8.1 juta (jawatan), 


KDNK negara pula naik pada 5.8 %, tertinggi sejak 2022, sektor peruncitan  meningkat 7.5% pada Q1 2024.. gila.. inflasi pula kekal 2.0%, penjawat awam bakal naik gaji tak lama lagi.. 


SAYA ULANG..😆😆



CAKAP JA PANDAI...TAKAT PARLIMEN ALOQ SETAQ TU...SIKIT SAJA KALAU NAK AMBIK TAU..NI TAK BUAT KERJA LA NI.




 

TERESSA KOK JANGAN CAMPUR URUSAN YANG TIDAK DIKETAHUI


 

LIHAT DENGAR DAN CELIK MATA. PARTI AJARAN SESAT.

 


CUKUP JUMELAH


 

LAGI KISAH SAKAW.


 

KANSER OVARI? Nak Makan @ Minum Apa?




1. Minum Air Halia Serbuk


Khasiat halia akan berubah-ubah mengikut cara halia diproses.


Apabila halia dikeringkan dan dijadikan serbuk, bahan khasiat dalam halia (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. 


Shogoal boleh membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan rencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser ovari dan kanser usus besar.


Bahan ini 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).


Kajian juga menunjukkan shogoal tinggi dalam halia bentong berbanding halia biasa.


Sebaiknya ambil bersama madu asli.


2. Minum Air Kunyit


Curcumin adalah bahan khasiat dalam kunyit yang boleh menghalang  semua fasa pertumbuhan kanser (permulaan dan penyebaran).


Bahan ini juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat kanser ovari, kanser hati dan kanser paru-paru. Banyak kajian klinikal telah membuktikan keberkesanannya. 


Kajian menggunakan tabung uji menunjukkan menunjukkan bahan ini juga boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk leukemia, kanser limfoma, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser organ pembiakan, kanser payudara, kanser rahim, kanser paru-paru dan tumor otak.  


Kajian mengunakan tikus  pula menunjukkan bahan ini boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk kanser ovari, kanser paru-paru, kanser esofagus, kanser hati, kanser usus besar, kanser prostat dan kanser kulit.  


Sebaiknya ambil kunyit bersama secubit lada hitam untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat.


Walau bagaimanapun, perlu hadkan pengambilan jika berlaku pendarahan


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



BICARA KISAH LEBAI PETIR..

 

Pagi ini ana bertolak balik ke Terengganu kerana esok dan lusa akan bersambung lagi kes di Mahkamah lawan Dusuki atas isu saman fitnah 'Aset Tabung Haji Dijual Kepada Orang Kafir' 



Setiap bulan dah jadi rutin turun - naik mahkamah, bermula dari tahun 2020 sehingga ke hari ini.


Hikmah dari ujian ini, ianya banyak mengajar ana tentang erti sebuah perjuangan.


Bila datang hari perbicaraan, insan yang pertama akan bertanya tentang kes Mahkamah, 'bila lagi akan bersambung..?' antaranya adalah arwah Abang Long Sabasun.


Gigih sungguh beliau ikuti perkembangan ana di mahkamah, segala pertolongan tidak pernah dikira. Janji boleh selesai.


Allahu Rabbi..


Sungguh lama kami bersahabat, seperti abang dan adik. Sempat berpisah seketika kerana isu politik. Tapi alhamdulillah dapat bersambung kembali selepas beberapa tahun sehinggalah beliau kembali kepada yang Maha Esa.


Semoga Allah merahmati dan dikurniakan keampunan seluasnya buat ruh abangku.


Amin Ya Rabb.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9



Apa maksud SG4 ?


W. Faudzin


Maksudnya nama kumpulan yang di ketuai oleh "S" iaitu "Saka" tua.


"S" seterusnya mewakili ketua 4 negeri, iaitu;


Kedah - Sanusi

Perlis -  Shukri 

Terengganu - Shamsuri 

Kelantan - Sudin copong 


Itu adalah 4 nama bermula dengan "S".  


Apa maksud "G" pula?  Maksudnya "GAGAL".


Kesimpulannya, empat "S" semuanya GAGAL.



SEMPOI... UPSEREYNAPETEY..MB PUJAAN WALAUN. .


 

KEDAI TIADA SIJIL PERLU JUGA ADA.

 Che Ibrahim

Kena keluar juga Sijil Tidak Halal kepada mana mana kedai yang gagal dapat sijil Halal...



KINI KITA TAHU KENAPA.

 

MSO


Selepas dua tahun Dr Mazli Malik diminta berundur dari Menteri Pendidikan baru diketahui punca dan sebab sebenar kenapa beliau diminta berundur. Penyerbuan ke atas YTL bersabit projek 1BistariNet menjawab segala galanya.



Dr Mazli mengambil keputusan meninggalkan jawatan berprestaj itu untuk menyelamatkan wang rakyat. Dia sanggup berundur daripada sekongkol dengan sebarang perkhianatan.


Integriti dan ketegasan Dr Mazli perlu dihargai dan disanjung. Jika ada keperluan untuk rombak kabinet Dr Mazli boleh difikirkan PM untuk dilembalkkan ditempatnya itu semula. Trims.



KES NAYA BINI NI..


 Deza HM

Sejujurnya, saya amat bersimpati dengan Cikgu Penolong Kanan SMKT... isteri MB negeri ku..


Sudahlah dimadukan kawan tu, dibohongi pulak atas pentas terbuka, konon bini dia pi tolong pinang madu bagi kat dia...


Berduyun2 walaun pakat puji kata baguihnya bini tua Nusi.... payah nak jumpa orang pompuan macam tu..


Padahal... hakikatnya, semua yang Nusi cakap tu... dia muhong...


Bagi aku... benda2 melibatkan maruah acam tu... jujurlah. Jangan semua benda nak muhong.


Malu si isteri.. yang kononnya dengan rela hati, berjiwa besar pi pinang bini muda bagi kat laki dia...


Sampai ke tahap kwn tu malu untuk berhadapan dengan kawan2 sesama sekolah, sedara mara, kenalan dan kawan2 lain yang mengenali dia... sampai dia terpaksa ambil cuti murung sehingga 18 hari!


Ehhh... benda malu ni.. jgn buat main. Boleh menyebabkan tekanan mental berat yang boleh mengundang mcm2 risiko....


Selaku seorang pencinta wanita sejati ... tak pernah pun aku terbayang sampai nak sakiti hati seorang insan lemah spt mereka... 


Bila tengok balik video bini dia dok usap2 muka... bubuh cream nak bagi laki dia hat muka mcm coq peneram tu nampak segak sikit,... sambil bercerita kisah lampau, mereka pernah pecahkan tabung doraemon utk tampung duit belanja... aku jadi sedih sngat...


Aku yakin, jutaan kaum hawa yg membaca posting ini, pasti akan setuju dgn pendapat aku...


Nak kawin dua ker tiga ker... fikir dulu 30 kali... kenang lah waktu sama2 susah payah harungi hidup bersama...


Jgn fikir nk penuhi nafsu kita sorang jer...

Mentang2 hang ada jwtn besar... 


Jwtn tu pun tak pasti lagi lama mana lagi nk pegang...


Nanti mahkamah jatuh hukum kes hina sultan tu.. buat kena merengkok kat Sg Buloh... si cikgu tua itu lah juga yg bakal berulang alik pi tengok hang...


Nusi.... Berhentilah muhong. Dengan bini muhong, dengan rakyat pun muhong!


🤔🤔🤔



DENGAR ISU KES ZAHID HAMIDI- DATO LOKMAN RESPON KATA MUHYIDDIN “WALLAHI, SATU SEN PUN SAYA TAK AMBIL”

ISWARDY RESPON KATA MUHYIDDIN “WALLAHI, SATU SEN PUN SAYA TAK AMBIL”

[ISU SEMASA] ADA SEORANG BEKAS MENTERI PENDIDIKAN PN AKAN TERPALITSEKALI

SAKIT HATI

 

ZUWAIRI MD YUSOF


Ada orang sakit hati sebab Presiden Rusila,Marang tidak di jemput 🤣🤣🤣🤣 Biasalah jenis budak² tak cukup akal.Ustaz main budak² Ahli Parlimen jadi YB akai budak²🐒💨💨💨 MB KEDAH aktif Sukan,Karaoke ingatkan berjiwa rakyat rupanya cari stamina untuk tambah bini baru dan harta kekayaan dunia.Anda semua yang ramai2 undi PN PRU15 kene tipu hidup2 ish ish ish🤣🤣


Lihat gambar ke empat petikan kenyataan Sanusi tidak lama dulu.Lidah tak bertulang seorang pemimpin parti agama.Lidah biawak jenis lidah bercabang dia itu.Sekarang lihat siapa yang buka mulut saja bohong,cakap ja tipu,sembang saja dusta kaki propa.


#PMXMemimpin

#MADANIMendunia 

#PerpaduanMadani



[PANAS] WAN PAISAL JADI RAJA CLAIM! KENYATAAN TERKINI DARI AZAM BAKI SKA...


Susulan itu, rata-rata warganet menempelak kenyataan Wan Fayhsal selain mengingatkan kedudukan dirinya yang hanya ahli parlimen pembangkang. Antaranya, @nizam_musa menulis, “Kau (Wan Fayhsal) cakap tiada siapa kisah pun. PMX cakap dalam EEF (Forum Ekonomi Timur) di depan puluhan wakil negara.” Malah, Nizam secara menyindir menyebut tentang Rusila yang dikenali sebagai kubu kuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. “… dah semestinya PMX akan promosikan negara walau di mana sahaja dia pergi termasuk Rusila… oppsss..! Russia.. Jadi, jangan perasan sangatlah,” katanya lagi. Semalam, Perdana Menteri menjelaskan lawatan kerja dua hari ke Russia membuka ruang perbincangan cukup luas dan produktif antara beliau dan rakan sejawatnya, Vladimir Putin. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberitahu bahawa Putin mengundangnya secara peribadi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS iaitu organisasi antara kerajaan Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan di Kazan, pada 22 hingga 24 Oktober ini.