APA YANG TERESSA KOK KATA..?



 Aku tak nak ulas tentang kenyataan 𝗧𝗲𝗿𝗲𝘀𝗮 𝗞𝗼𝗸 tu. Sebab, pertamanya dia 𝘾𝙞𝙣𝙖 𝘿𝘼𝙋. Bila Cina DAP ni bercakap, media selalu sensasikan. Selain tu akan ada 𝘄𝗶𝗿𝗮-𝘄𝗶𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗟𝗮𝘆𝘂 yang sentiasa dahagakan isu yang bersangkutan kaum untuk ditunggang.


Teresa sendiri pun 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 bila bercakap menjadikan dia 𝙚𝙖𝙨𝙮 𝙩𝙖𝙧𝙜𝙚𝙩. Dan dia juga dari 𝗲𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗔𝗣 yang lebih agresif. Sebab itu bagi aku tak perlu ulas kenyataannya. Apa pun, dia mesti 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 atas ucapannya sendiri.


Aku lebih berminat dengan usul yang disebut oleh 𝗗𝗿. 𝗡𝗮'𝗶𝗺 𝗠𝗼𝗸𝗵𝘁𝗮𝗿 yang mencadangkan semua restoran dan syarikat makanan 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹. Semua? Ini termasuk warung-warung dan kedai kecil? Kalau begitu, memang ia akan menyusahkan.


Apakah ia bermaksud warung 𝗷𝘂𝗮𝗹 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗽𝗶 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻, 𝘄𝗮𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗿𝗼𝘁𝗶 𝗰𝗮𝗻𝗮𝗶 semuanya perlu memiliki sijil halal? 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗸𝗼𝘀𝗻𝘆𝗮? Kalau percuma, tak apalah. Tapi kalau kena bayar dan harganya beribu pula, tampaknya seperti 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗝𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘂𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴.


Bila kos peniaga bertambah, yang kena tanggung nanti pengguna. Maka 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘁𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗷𝘂𝗴𝗮. Jadi perlukah diwajibkan sijil halal ini?


Makanan yang halal itu wajib. Tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹. Sijil halal boleh jadi 𝙨𝙖𝙡𝙚𝙨 𝙗𝙤𝙤𝙨𝙩𝙚𝙧 atau sebahagian daripada promosi. Maknanya kalau dia ada sijil halal, orang muslim boleh makan tanpa syak. Tapi kalau tak ada sijil halal, dia 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺.


Tapi untuk restoran yang jelas milik orang Islam, yang tak ada keraguan, sijil halal hanya 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝘇𝗶𝗿𝗮𝗻. Aku kalau tengok tauke kedai tu Melayu, aku tak cari pun sijil halal. Kalau dia muslim, dia sengaja jual makanan tak halal kepada muslim lain, 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵.


Konsep halal ni mudah sebenarnya. Kesemua makan pada asasnya 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 kecuali yang jelas haram seperti 𝗯𝗮𝗯𝗶, 𝗮𝗿𝗮𝗸 dan sebagainya. Memang kita 𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹, tapi takdelah kena siasat sampai masuk ke dapur kedai.


Cukup setakat kita tahu kedai tu diuruskan oleh orang Islam dan tak ada jual makanan yang jelas haram. Itu sepatutnya sudah memadai untuk hilangkan syak. Tak perlu pun sijil halal bagai yang hanya menambah kos kepada peniaga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.