[PANAS] WAN PAISAL JADI RAJA CLAIM! KENYATAAN TERKINI DARI AZAM BAKI SKA...


Susulan itu, rata-rata warganet menempelak kenyataan Wan Fayhsal selain mengingatkan kedudukan dirinya yang hanya ahli parlimen pembangkang. Antaranya, @nizam_musa menulis, “Kau (Wan Fayhsal) cakap tiada siapa kisah pun. PMX cakap dalam EEF (Forum Ekonomi Timur) di depan puluhan wakil negara.” Malah, Nizam secara menyindir menyebut tentang Rusila yang dikenali sebagai kubu kuat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. “… dah semestinya PMX akan promosikan negara walau di mana sahaja dia pergi termasuk Rusila… oppsss..! Russia.. Jadi, jangan perasan sangatlah,” katanya lagi. Semalam, Perdana Menteri menjelaskan lawatan kerja dua hari ke Russia membuka ruang perbincangan cukup luas dan produktif antara beliau dan rakan sejawatnya, Vladimir Putin. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberitahu bahawa Putin mengundangnya secara peribadi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS iaitu organisasi antara kerajaan Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan di Kazan, pada 22 hingga 24 Oktober ini.






No comments: