Pagi ini ana bertolak balik ke Terengganu kerana esok dan lusa akan bersambung lagi kes di Mahkamah lawan Dusuki atas isu saman fitnah 'Aset Tabung Haji Dijual Kepada Orang Kafir'
Setiap bulan dah jadi rutin turun - naik mahkamah, bermula dari tahun 2020 sehingga ke hari ini.
Hikmah dari ujian ini, ianya banyak mengajar ana tentang erti sebuah perjuangan.
Bila datang hari perbicaraan, insan yang pertama akan bertanya tentang kes Mahkamah, 'bila lagi akan bersambung..?' antaranya adalah arwah Abang Long Sabasun.
Gigih sungguh beliau ikuti perkembangan ana di mahkamah, segala pertolongan tidak pernah dikira. Janji boleh selesai.
Allahu Rabbi..
Sungguh lama kami bersahabat, seperti abang dan adik. Sempat berpisah seketika kerana isu politik. Tapi alhamdulillah dapat bersambung kembali selepas beberapa tahun sehinggalah beliau kembali kepada yang Maha Esa.
Semoga Allah merahmati dan dikurniakan keampunan seluasnya buat ruh abangku.
Amin Ya Rabb.
Miqdad Zakaria
Mantin, N9