ANWAR HADIR DI ISTANA NEGARA

 








Saya dan Azizah menghadiri dan menyaksikan Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 di Istana Negara.


Istiadat disempurnakan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.


Apakala berucap pada istiadat tersebut, saya memaklumkan bahawa Kerajaan akan terus berusaha keras untuk meningkatkan akses kepada pendidikan bermutu, prasarana kesihatan dan perumahan mampu milik supaya rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.


Malah, saya tekankan bahawa bahawa angka-angka pertumbuhan tidak bermakna jika hasilnya tidak melimpah kepada rakyat sekaligus menuntut rangka kerja Ekonom MADANI yang mampu mengurangkan kos sara hidup selain memperluaskan jaringan keselamatan sosial. 


Kepada penerima pingat, moga terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: