KANSER OVARI? Nak Makan @ Minum Apa?




1. Minum Air Halia Serbuk


Khasiat halia akan berubah-ubah mengikut cara halia diproses.


Apabila halia dikeringkan dan dijadikan serbuk, bahan khasiat dalam halia (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. 


Shogoal boleh membantu kurangkan tekanan darah tinggi dan rencatkan pertumbuhan sel kanser khususnya kanser ovari dan kanser usus besar.


Bahan ini 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).


Kajian juga menunjukkan shogoal tinggi dalam halia bentong berbanding halia biasa.


Sebaiknya ambil bersama madu asli.


2. Minum Air Kunyit


Curcumin adalah bahan khasiat dalam kunyit yang boleh menghalang  semua fasa pertumbuhan kanser (permulaan dan penyebaran).


Bahan ini juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat kanser ovari, kanser hati dan kanser paru-paru. Banyak kajian klinikal telah membuktikan keberkesanannya. 


Kajian menggunakan tabung uji menunjukkan menunjukkan bahan ini juga boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk leukemia, kanser limfoma, kanser usus, kanser pundi kencing, kanser organ pembiakan, kanser payudara, kanser rahim, kanser paru-paru dan tumor otak.  


Kajian mengunakan tikus  pula menunjukkan bahan ini boleh menghalang pertumbuhan pelbagai jenis kanser termasuk kanser ovari, kanser paru-paru, kanser esofagus, kanser hati, kanser usus besar, kanser prostat dan kanser kulit.  


Sebaiknya ambil kunyit bersama secubit lada hitam untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat.


Walau bagaimanapun, perlu hadkan pengambilan jika berlaku pendarahan


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist