KENYATAAN MEDIA.



 KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN ARAHAN PERTEMUAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERSAMA PIHAK GISB HOLDINGS SDN. BHD.


1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekali-kali tidak akan berkompromi dalam isu-isu berkaitan akidah umat Islam. Ia adalah perkara asas dalam agama Islam yang mesti dipelihara setiap masa.


2. Apa-apa kegiatan yang diragui dan boleh memesongkan akidah umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat yang berkaitan, untuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak berkuasa agama iaitu Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.


3. Ini penting sebagai asas dan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri membuat siasatan lanjut.


4. Susulan isu yang terkait dengan pihak GISB Holdings Sdn. Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings untuk mendapatkan maklum balas serta penjelasan daripada pihak terbabit.


5. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri dalam melakukan siasatan kepada isu yang dikaitkan dengan pihak tersebut.


6. Pada masa sama, pihak JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut diminta untuk memperhebatkan usaha-usaha penerangan tentang kepentingan menjaga akidah kepada umat Islam.


Sekian, terima kasih.


SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ. MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA)


7 September 2024



No comments: