Anwar Ibrahim: Kita Dah Bagi Mereka Peluang 60 Tahun, Sudahlah! Biar Mer...

Jangan Lupa Jika Tidak Kerana AKAR UMBI, Tidak Berada Kita Hingga Ke Har...

SARANAN BUAT BEKAS PM YANG TAK KETAHUAN

 


Kelakarnya seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang sarat penuh dengan tuduhan mahkamah dan kemungkinan besar menunggu hukuman penjara selama 12 tahun atau lebih lama masih boleh berkeliaran ke sana ke sini dan boleh bermuka tembok sebegini untuk mengadap ahli kerabat diraja seolah-olahnya segala penyelewengan, rasuah dan kesalahannya tidak berlaku sama sekali.

Pelaburan, Pekerjaan dan Pembangunan?!
Looks who's talking now?
Saranan
terbaik
kepada Najib :
PELABURAN -
Jatuhkan hukuman berat dan penjara terhadap semua mereka yang makan rasuah (termasuk kau sendiri) dan pulihkan keyakinan dan kepercayaan pelabur asing dan warga dunia!
Rampas segala harta dan kekayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak halal dan rasuah untuk membangunkan kesemua industri tempatan dan IKS supaya negara kita mampu berdaya saing!
PEKERJAAN -
Buat rombakan jemaah menteri dan pecat semua menteri dan timbalan menteri serta semua pengawai yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan hati rakyat dan pengundi!
Potong semua gaji menteri dan pengawai kerajaan dan salurkan kesemua duit itu untuk program membangunkan rakyat khususnya anak muda dan mereka yang masih menderita menghadapi masalah pengangguran!
PEMBANGUNAN -
Kerajaan Pintu Belakang Perikatan Nasional sila undur dan semua jemaah menteri letak jawatan secara beramai-ramai dan mengembalikan mandat dan kuasa kepada rakyat untuk memilih siapakah mereka yang benar-benar layak untuk menerajui rakyat dan memimpin negara!
Biarkanlah rakyat memilih siapakah pemimpin mereka yang benar-benar berjiwa rakyat untuk mengangkat mandat dan aspirasi rakyat dan sanggup berusaha bertungkus-lumus untuk membela nasib dan nadi rakyat!
May be an image of 3 people, people standing and indoor
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, dan YAM Che' Puan Khaleeda binti Bustamam atas perkenan menerima patik mengadap semalam.
Menyentuh mengenai pembangunan secara menyeluruh yang amat diperlukan bagi Johor dan Malaysia.
Juga mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat.
Johor mempunyai potensi besar dan boleh dikatakan pemangkin dan gateway kepada kemajuan ekonomi negara.
Pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi 3 fokus utama.
Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia, dan terus memberkati institusi diraja.

TELUR AYAM AKAN JADI MAKANAN KAYANGAN PULA ?

 

Harga terus meningkat, telur bukan lagi lauk golongan miskin


DAHULU telur ayam boleh beli dengan harga RM7 atau RM8 sepapan, sekarang naik sehingga RM12 sepapan, malah ada peniaga mengenakan harga lebih mahal.”

Itulah antara rintihan kebanyakan rakyat di Malaysia selepas berdepan kenaikan harga telur dan kesukaran mendapatkan bekalan di pasaran.

Bagi rakyat pendapatan rendah dan sederhana di negara ini, telur adalah sumber protein paling murah.

Telur goreng dinikmati bersama nasi dan kicap pun sudah cukup sedap serta menyelerakan.

Bagi orang bujang pula, menu ‘nasi bujang’ berlaukkan telur bersama sup kosong sudah cukup mengenyangkan, malah lauk itulah yang paling murah dijual di kedai makan ataupun restoran.

Jika harga terus meningkat, nampaknya telur bukan lagi menu rakyat marhaen, apatah lagi buat golongan fakir miskin.

Apa lagi makanan yang boleh dinikmati golongan berkenaan sekiranya semua lauk-pauk bertukar menjadi harga kayangan.

Jika diperhatikan, lauk lain seperti ikan, daging dan ‘seafood’ sudah lama naik harga. Ia menjadi hidangan golongan kayangan.

Ikan termenung atau ikan kembung yang dahulunya sinonim dengan rakyat marhaen juga mahal, dijual antara RM13 hingga RM17 sekilogram.

Harga udang dan ketam pun sama juga. Untuk saiz gred A, harga udang boleh mencecah lebih RM50 sekilogram.

Begitu juga harga daging tempatan, rata-rata peniaga menjualnya dengan harga melebihi RM30 sekilogram.

Itu belum lagi harga daging harimau menangis (bahagian dalam paha belakang lembu) yang mencecah RM58 sekilogram, manakala daging batang pinang pula RM40 sekilogram.

Terkini, harga ayam dan telur turut mengalami peningkatan. Harga telur ayam kini dalam lingkungan RM10.50 hingga RM12.70 sepapan bagi telur gred B dan C, sementara telur ayam gred AA meningkat RM13.50 sehingga RM13.90 sepapan.

Ayam standard pula dijual dengan harga RM8.90 sekilogram dan mampu mencecah sehingga RM20 seekor.

Bukan sahaja lauk-pauk, sayur pun ikut sama – mahal. Siapa yang ke pasar, pasti terkedu melihat harga sayur seperti cili yang mencanak naik hingga RM17 sekilogram.

Masih terngiang-ngiang kenyataan pak menteri dahulu, ‘kalau ayam naik harga, jangan makan ayam.’ Sekarang bukan sahaja ayam, semua barang pun mahal. Pendek kata, rakyat kini perlu mencatu duit untuk membeli makanan.

Langkah kerajaan memberikan subsidi 60 sen setiap kilogram ayam hidup dan subsidi lima sen sebiji telur kepada pengeluar di peringkat ladang, mungkin sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada penternak.

Bagaimanapun, pemberian subsidi itu bukanlah langkah konkrit bagi mengatasi kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam serta telur kerana ia hanya diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) bermula 5 Februari hingga 4 Jun ini.

Sampai bilakah rakyat akan ditenangkan dengan pengumuman yang bersifat sementara seperti ini tanpa adanya penyelesaian?

Isu kenaikan harga barangan dan makanan di Maaysia bukanlah perkara baharu, sebaliknya semakin membelenggu rakyat terutama dalam suasana sektor ekonomi baru sahaja dibuka semula selepas dua tahun terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sepatutnya kerajaan dan pihak kementerian mempunyai langkah lebih proaktif bagi menangani isu berkenaan.

Pihak berwajib perlu bertindak pada peringkat pengeluaran dan bukannya hanya pada peringkat kawalan harga.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, Datuk Mohd Zayad Md Ismail pernah mencadangkan model perniagaan baharu diperlukan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang yang berpunca daripada manipulasi orang tengah dalam rantaian bekalan.

Beliau berkata, harga barang terus meningkat saban hari walaupun kerajaan menegaskan bahawa langkah menangani isu berkenaan diambil melalui agensi-agensi tertentu.

Maka, amatlah penting kerajaan menerusi kementerian dan agensi terlibat melihatnya dari aspek yang menyeluruh serta mencari jalan keluar daripada isu yang makin membebankan rakyat.

Janganlah mengambil langkah mudah dengan menyuruh rakyat memahami dengan kenaikan harga barang. Sebagai kerajaan, setiap menteri yang dilantik wajar mencari jalan memulihkan kesengsaraan rakyat.

Tidaklah wajar rakyat terus dibebani kos sara hidup yang tinggi hingga terpaksa catu wang untuk mengisi perut, sedangkan pemimpin berada di zon selesa!

Demi memastikan BN tewas, elok PN tidak bertanding dalam PRN Johor, kata Khalid

 Demi memastikan BN tewas, elok PN tidak bertanding dalam PRN Johor, kata Khalid


Bagi memastikan tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional (BN) dan memastikan parti itu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mencadangkan agar Perikatan Nasional (PN) menarik diri.

Khalid berkata PN boleh memainkan peranan untuk memastikan ‘undi menolak BN’ tidak akan terpecah dan hanya diperolehi oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, apa yang berlaku ketika PRN Melaka sebelum ini sepatutnya menjadi pengajaran apabila ‘undi menolak BN’ terpecah kepada PN dan PH.

“Sebenarnya strategi yang sama telah diusahakan BN semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Pada masa itu PAS digunakan sebagai alat pecah dan perintah dengan dipujuk dan dipikat BN untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

“Harapan BN adalah, dengan itu PR akan kalah di Pantai Barat kerana PR akan kehilangan undi PAS. Sambil itu, PAS akan kalah di Pantai Timur kerana kehilangan undi PR,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun kata Khalid, strategi BN tidak berjaya apabila PH bergabung dengan Bersatu yang dipimpian oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan memenangi lebih kerusi di Pantai Barat.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, dalam suasana dan realiti sebegini, PN sebenarnya memegang kunci kepada kekalahan BN di Johor.

“Setelah puas digunakan oleh BN, PAS dan PPBM sekarang ini ingin dibuang oleh BN.

“Ini jelas berlaku di Melaka di mana selepas PRN Melaka, dua ADUN PPBM diabaikan BN dan mereka duduk bersama pembangkang yang diketuai YB Adly Zahari.

“PN terus dihina BN dengan gelaran-gelaran memalukan dan diperlakukan sebagai kumpulan yang tiada nilai dan tidak bermaruah.

“Ini dilakukan walaupun BN masih memerlukan sokongan PN di Putrajaya.

“Hina sungguh PN dilakukan sedemikian rupa oleh BN namun BN yakin PN tidak akan bertindak balas kerana perkara yang amat sangat disayangi mereka sedang dipegang kemas oleh BN,” katanya lagi.

Justeru, kata Khalid tidak ada cara lain untuk PN melainkan menerima cadangan ekstrim yang sukar diterima dengan tidak bertanding dalam PRN Johor.

Katanya, dengan cara itu BN dapat dikalahkan oleh pengundi-pengundi yang mahu menolak gabungan tersebut.

APA KATA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TENTANG PENYATA KEWANGAN JOHOR 2019?

 

Di dalam Ringkasan Eksekutif Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia yang dibentangkan di Parlimen pada 5 November 2020 dinyatakan pada muka surat xiv dan xv seperti berikut:-

1) Rekod perakaunan kewangan Kerajaan Negeri Johor telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini;

2) Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor adalah stabil;

3) Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2019 adalah berjumlah RM2.653 bilion iaitu meningkat sebanyak RM189.12 juta atau 7.7% berbanding RM2.464 bilion pada akhir tahun 2018;

4) Akaun Hasil Disatukan menunjukkan lebihan semasa berjumlah RM68.23 juta;

5)Kutipan hasil meningkat sebanyak RM202.30 juta atau 13.1% menjadi RM1.745 bilion berbanding RM1.543 bilion pada tahun 2018;

6) Prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri atau Rancangan Johor 5 Tahun ( RJ5T) di bawah RMKe-11 sehingga tahun 2019 adalah baik iaitu sejumlah RM2.505 bilion atau 70.6% telah dibelanjakan berbanding RM3.550 bilion peruntukan yang diluluskan;

7) Pada tahun 2019, daripada 4,762 jumlah Projek yang dirancang, 4,446 Projek atau 93.4% telah disiapkan sepenuhnya;

8) Baki pinjaman Boleh Dituntut menurun sebanyak RM47.65 juta atau 9.4% daripada RM504.87 juta pada tahun 2018 kepada RM457.22 juta pada tahun 2019;

9) Hutang Awam menurun sebanyak RM298.55 juta atau 57.3% menjadi RM222.39 juta berbanding RM520.94 juta pada tahun 2018; Dan

10) Tunggakan bayaran balik Hutang Awam oleh Kerajaan Negeri berkurang sebanyak RM189.39 juta atau 56.6% menjadi RM145.12 juta berbanding RM334.51 juta pada tahun 2018.

Sepuluh Perkara yang disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara seperti dinyatakan di atas adalah bukti benar dan sahih bahawa Kerajaan PH yang mentadbir Negeri Johor selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020 adalah sebuah Kerajaan yang bijak menguruskan Kewangan Negeri Johor.

Dengan yang demikian adalah satu tanggungjawab kepada seluruh Rakyat Negeri Johor untuk memilih sekali lagi PH dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini bagi mentadbir Negeri Johor supaya Johor akan bangkit, maju dan bermaruah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 Februari 2022.




LIHAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA, MEREKA BUKAN NAK MEMULIHKAN NEGARA, TETAPI MELINGKUPKAN DENGAN BEREBUT JAWATAN

 

‘Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN’, Zahid bidas Muhyiddin





Zahid Hamidi berkata, mereka yang menggalas tanggungjawab mengepalai MPN wajib melihat pemulihan ekonomi sebagai satu keperluan mendesak.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin kerana kekurangan idea untuk memulihkan ekonomi negara.

Katanya, sehingga kini Muhyidin yang mengetuai MPN belum membentangkan pelan besar untuk membawa Malaysia keluar daripada pandemik Covid-19 dan belenggu ekonomi.

“Saya tidak pasti sama ada MPN akan memulihkan negara kita atau barangkali negara sebenarnya yang perlu memulihkan MPN.“Dalam hal ini (memulihkan ekonomi), mereka yang menggalas tanggungjawab untuk mengepalai MPN wajib melihat semua ini sebagai satu keperluan mendesak. Carilah idea besar untuk membawa keluar negara kita daripada belenggu ekonomi dan trauma pandemik. Berhentilah menyalahkan semua pihak,” katanya di Facebook.

Zahid membangkitkan perkara itu selepas melihat ekonomi negara jiran, iaitu Indonesia kembali pulih.

Katanya, baru-baru ini Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Salahuddin Uno berkongsi di halaman Instagramnya petikan berita “Bye-Bye Malaysia-Thailand, Ekonomi RI Sudah Pulih Duluan” yang dilaporkan portal oleh Detik Finance pada 10 Feb lalu.

“Secara ringkasnya ia menunjukkan Indonesia sudah keluar daripada belenggu kelembapan ekonomi dan berada dalam jajaran kedudukan sebelum pandemik.

“Keadaan itu sekali gus meletakkan Indonesia sebagai negara Asia Tenggara yang menyusul langkah Singapura, Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat,” katanya

Beliau berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menjangkakan Indonesia merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke-16 terbesar dunia berjumlah USD1.075 trilion setakat 2018 dan dijangka mencecah USD1.549 trilion menjelang 2023.

Katanya, kejayaan Indonesia bangkit disebabkan kerajaannya yang stabil dan kuat untuk membuat banyak keputusan besar dengan berkesan.

“Sebab itulah Umno sangat menitik beratkan kestabilan. Perkara ini tidak akan dapat dicapai kalau kita berada dalam situasi yang sentiasa diugut-ugut oleh pihak lawan,” katanya.

HA..HA..

 Hahahaharamjadah!

Politik dah jadi pentas hiburan. Buat macam tv la. Ada follower IG berjuta baru jadi calon. Hahaha... Ngok! Ni kawan PAS ni.
Tapi ye la. Pentas politik kita memang dah macam pentas Maharaja Lawak Mega dah pun. Cuma untuk kita ketawa. Guane boh?

AMPUN TUNKU BERIBU2 AMPUN SEMBAH PATIK HARAP DI AMPUN... MOHON JGN KUTIP PATIK TUNKU...!

 




AZHAR ISMAIL

Tahun 2018 tu tahun Kerajaan PAKATAN HARAPAN (PH) perintah kan Tunku...? Maknanya, tahun PH perintah tu Tunku nk kata bahawa ekonomi Johor jatuh merudum berbanding masa kerajaan UMNO BN perintah kan?
Malangnya, data dan fakta Tunku tu salah. Pelaburan Dan Ekonomi Johor meningkat semasa PH perintah berbanding kerajaan UMNO BN sebelum ini... Skg ni maklumat dihujung jari jer Tunku... Google pun boleh.
Kalo ana jd Tunku, ana pecat penasihat 25% Tunku tu. Lantik jer ana jd penasihat Tunku...
Ana cas 5% jer Tunku...! Murah pun murah. Dpt save lg duit rakyat Johor.
Daulat Tunku...!
p/s: harap kerajaan Johor boleh tambah satu Dun lg di Johor. N57 - Dun Bukit Siren 😊



4 BULAN AYAM TAK MAHU BERTELOR

 

4 bulan untuk stabilkan bekalan ayam, telur, kata menteri



Bekalan ayam dan telur di pasaran boleh distabilkan dalam tempoh empat bulan bagi memenuhi permintaan dalam negara, kata Ronald Kiandee.

PORT DICKSON: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan bekalan ayam dan telur di pasaran mampu distabilkan dalam tempoh empat bulan bagi memenuhi permintaan dalam negara, kata Menterinya Ronald Kiandee.

Beliau berkata, ini berikutan pelbagai insentif dan subsidi yang diberikan kepada pemain industri terutama penternak dalam menstabilkan pengeluaran bekalan ayam dan telur sekali gus meringankan beban mereka yang menghadapi peningkatan kos termasuk bahan mentah.

“Subsidi baharu diumumkan minggu lepas dan sedang dalam proses pengaturan dengan pihak industri. Kerajaan mendengar masalah yang dihadapi dan telah ambil tindakan bagi menampung sedikit implikasi kenaikan kos pengeluaran bekalan makanan negara.

“Kita beri tempoh empat bulan, ayam kalau kita nak ternak kena ambil masa 30 hingga 40 hari, jadi ia perlukan masa (untuk stabilkan bekalan ayam dan telur),” katanya kepada pemberita selepas program penubuhan Pasukan Sokongan Tindak Balas Kecemasan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (CDERT FAMA), di sini.

Program dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff Ahmad.

Pada 9 Feb lalu, Kabinet dilaporkan bersetuju memberikan subsidi 60 sen per kilogram (kg) kepada penternak ayam mengambil kira harga ayam hidup di peringkat ladang sebanyak RM5.90 per kg dan harga runcit ayam bulat standard RM8.90 per kg, manakala 5 sen bagi setiap biji telur semua jenis kategori sehingga 4 Jun depan.

Beliau berkata, MAFI juga membuat sesi libat urus bersama pengusaha dan penternak selepas pengumuman subsidi itu dengan memberikan jaminan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan ayam dan telur seperti sedia kala sekali gus mampu memenuhi keperluan dalam negara.

Dalam pada itu, Ronald sekali lagi menegaskan bahawa langkah kerajaan membenarkan pengimportan bekalan ayam bulat dari luar negara adalah bersifat sementara bagi menampung kekurangan bekalan ayam dalam pasaran sehingga ia kembali stabil.

“Kita dah buka bukan sahaja kepada pengimport luar tetapi dalam kalangan pengusaha pasar raya (import).. sebulan dua kebelakangan ini kita lihat bekalan kurang sebab itu kita benarkan import. Bila pengeluaran (dalam negara) stabil kita akan hentikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronald berkata, usaha MAFI melalui FAMA dalam melaksanakan CDERT adalah bertepatan dan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia bahawa tugas serta tanggungjawab dalam menghadapi bencana tidak hanya terletak pada pasukan penguat kuasa semata-mata.

BUKTI PH TADBIR NEGERI DENGAN BAIK




Apa kata Laporan Ketua Audit Negara tentang Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2019 di bawah Pentadbiran Pakatan Harapan (PH)?


Di dalam Ringkasan Eksekutif Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia yang dibentangkan di Parlimen pada 5 November 2020 dinyatakan pada muka surat xiv dan xv seperti berikut:-


1) Rekod perakaunan kewangan Kerajaan Negeri Johor telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini;


2) Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Johor adalah stabil;


3) Baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun 2019 adalah berjumlah RM2.653 bilion iaitu meningkat sebanyak RM189.12 juta atau 7.7% berbanding RM2.464 bilion pada akhir tahun 2018;


4) Akaun Hasil Disatukan menunjukkan lebihan semasa berjumlah RM68.23 juta;


5)Kutipan hasil meningkat sebanyak RM202.30 juta atau 13.1% menjadi RM1.745 bilion berbanding RM1.543 bilion pada tahun 2018;


6) Prestasi perbelanjaan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan Negeri atau Rancangan Johor 5 Tahun ( RJ5T) di bawah RMKe-11 sehingga tahun 2019 adalah baik iaitu sejumlah RM2.505 bilion atau 70.6% telah dibelanjakan berbanding RM3.550 bilion peruntukan yang diluluskan;


7) Pada tahun 2019, daripada 4,762 jumlah Projek yang dirancang, 4,446 Projek atau 93.4% telah disiapkan sepenuhnya;


😎 Baki pinjaman Boleh Dituntut menurun sebanyak RM47.65 juta atau 9.4% daripada RM504.87 juta pada tahun 2018 kepada RM457.22 juta pada tahun 2019;


9) Hutang Awam menurun sebanyak RM298.55 juta atau 57.3% menjadi RM222.39 juta berbanding RM520.94 juta pada tahun 2018; Dan


10) Tunggakan bayaran balik Hutang Awam oleh Kerajaan Negeri berkurang sebanyak RM189.39 juta atau 56.6% menjadi RM145.12 juta berbanding RM334.51 juta pada tahun 2018.

Sepuluh Perkara yang disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara seperti dinyatakan di atas adalah bukti benar dan sahih bahawa Kerajaan PH yang mentadbir Negeri Johor selama 22 bulan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020 adalah sebuah Kerajaan yang bijak menguruskan Kewangan Negeri Johor.

Dengan yang demikian adalah satu tanggungjawab kepada seluruh Rakyat Negeri Johor untuk memilih sekali lagi PH dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini bagi mentadbir Negeri Johor supaya Johor akan bangkit, maju dan bermaruah.


Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

15 Februari 2022.



Pakar dwi standard, kalau kena kat rakyat seberat-berat hukuman


Mohd Muklis


Kena kat Menteri,  dia boleh tolong coverkan.

Kalau langgar SOP bukan jenayah, buat la balik semakan kehakiman, pulang semua denda dan bayar ganti rugi siapa yang kena penjara akibat langgar SOP.

Bak kata mopti serba tahu (sebelum di tidurkan):

Demikianlah kerajaan utopia Melayu Isley.




BUKAN SAJA DUTA TAK MAU...MY SEJAHTERA PUN KE LAUT....KAH..KAH



Shahrul Syafie


 Inilah yang berlaku apabila imej dan maruah negara dipandang rendah kerana kerajaan yang ada lemah dan pemimpin negara tidak mempunyai ketrampilan gara-gara merebut kuasa sana-sini sehinggalah jiran sendiri boleh memperlakukan rakyat kita sedemikian rupa.




KEH...KEH...BONGOK....

 

Ana Tahu


Sampai masanya kita mengajar orang yang bodoh bagi nyawa kepada orang yang bongkak….


JOM UNDI PKR PH

 


Mohd Affendi Abas


Ayuh Rakyat Johor! Kita dah pernah buang UMNO dalam Tong Sampah pada PRU14 yang lepas tapi mereka berjaya keluar balik dengan pertolongan & bantuan dari puak² PNgkhianat & Pejuang serta Parti Isle SeMalaysia (PAS) melalui Langkah Shaiton.. 


PRN Johor pun berpunca dari UMNO jugak! Maka jadi kewajiban rakyat Johor membuang semula UMNO & PNgkhianat serta konco² mereka pada PRN Johor kali ni supaya mereka tidak boleh panjat balik tong sampah pada PRU15 kelak!


#LangkahSheraton

#PRNJohor 

#tolakbngsat 

#tolakpngkhianat 

#Johor

#johordarultakzim

#DaulatTuanku




Pertelingkahan dalam PKR takkan jejas pegangan PH ke atas Selangor, kata penganalisis

 

Walaupun berlaku keretakan di peringkat negeri, peluang PKR ‘sangat
 baik’ untuk mengekalkan Selangor kerana ia mendapat sokongan kuat
 di negeri itu, menurut penganalisis.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mungkin akan mengekalkan kuasanya di Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun timbul keretakan dalam PKR Selangor dan penghijrahan mereka yang bersekutu dengan Azmin Ali, kata seorang penganalisis.

James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PKR gagal mencari kedudukan selesa selepas Azmin Ali, yang pernah menjadi Timbalan Presidennya, meninggalkan parti dan beberapa pemimpin kanan lain bergabung tenaga dengan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Azmin mampu menguasai PKR Selangor.

“Itulah sebabnya PKR Selangor tidak banyak ‘bising’ semasa Azmin memegang kuasa,” tambah beliau

Bagaimanapun pertelingkahan tercetus dalam parti peringkat negeri itu baru-baru ini.

James Chin.

Namun kata Chin, peluang PKR “sangat baik” untuk mengekalkan Selangor kerana ia mendapat sokongan kuat di negeri itu.

Parti itu mesti segera bertindak katanya, kerana pengundi tidak akan memilih parti yang tidak bersatu dengan pemimpinnya “saling menggugat”.

Sepanjang tahun lepas, Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi adalah antara lima pemimpin belia yang dipecat daripada jawatan mereka sekali gus membawa kepada pertelingkahannya dengan Akmal Nasir, Ketua sayap itu.

Baru-baru ini, Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mencetuskan kekecohan apabila beliau mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan Ketua Bahagian PKR Gombak daripada Amirudin Shari ketika pemilihan parti pada April.

Amirudin, yang dikaitkan dengan Azmin, adalah Menteri Besar Selangor, manakala Farhash adalah bekas pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Penganalisis sosiopolitik di Universiti Malaya Awang Azman Pawi berkata, beliau tidak percaya tindakan Farhash akan menjejaskan PKR Selangor kerana parti itu sudah bertapak di negeri itu.

“PKR masih menjadi pilihan rakyat Selangor kerana imejnya sebagai parti berbilang kaum dan dilihat lebih terbuka bagi golongan muda menyertai politik dan wacana politik,” katanya.

“Ini bermakna mereka menyelesaikan isu melalui demokrasi menerusi pemilihan parti, iaitu langkah terbaik berbanding bermuka-muka dan bersikap hipokrit,” katanya.