ADAKAH PEMANDU BOT HARUS DIBUANG ?



 Suka aku tengok gambar ni. Kalau bot nak karam, kena buang seorang, siapa yang nak dibuang? Ada pemandu bot, doktor, bomba, tentera, hakim, guru dan polis.


Gambar ni dari posting rakan FB aku. Rakan aku tu jawab buang doktor. Sebab doktor curang. Jangan percaya orang belah tepi. Pulak... Tapi aku faham dia maksud bergurau.


Aku pula komen, kalau di Malaysia orang biasanya akan buang pemandu bot. Sebab selalu pemandu yang akan disalahkan sebab pandu tak betul. Orang lain baik belaka.


Contohnya PH. Kan ramai suara barua yang suruh DS Anwar berundur sebab PH tampak semakin lemah. Tapi kalau fikirkan, apa salah yang DS Anwar dah buat?


Masa PH perintah, begitu banyak isu ditimbulkan oleh pembangkang waktu itu. Ada yang legit. Tapi bukan DS Anwar yang pimpin PH waktu itu. Bukan beliau yang gagal mentadbir 


Tapi sekarang orang salahkan DS Anwar. Sedang si balok yang jadi punca PH dikecam, tergila-gila pula PH nak angkut. Dah macam jantan gila talak dah aku tengok.


Yang ada skandal terowong - bukan DS Anwar.

Yang anak ditangkap hisap ganja - bukan DS Anwar.

Yang letak jawatan tanpa berbincang - bukan DS Anwar.

Yang guriskan hati umat Islam - bukan DS Anwar.

Yang lindung kes video Azmin - bukan DS Anwar. Yang kata manifesto bukan kitab suci dan hina Melayu - pun bukan DS Anwar.


Jadi mana salahnya DS Anwar. Tapi DS Anwar yang disuruh berundur. Dah kenapa?


Sebab DS Anwar orang yang jujur. Kerana beliau demokrat tulen yang membenci rasuah. Mereka tahu jika DS Anwar yang jadi kepala, susahlah nak menyeleweng.


Sebab itu aku kata. Di Malaysia - atau lebih spesifik dalam isu yang aku tulis ini, PH - bila situasi bot nak karam seperti dalam gambar, yang akan dibuang pemandu bot. Sebab yang lain berpura-pura suci walaupun mereka punca bot hampir karam.


PH kena kembali ke perjuangan asal. Meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Bukan lagi cita-cita politik mereka yang pernah bergelar menteri.


Dan untuk itu, bukan DS Anwar yang perlu berundur. Tetapi sebahagian besar pemimpin yang pernah jadi menteri ketika PH memerintah. Kerana jika PH gagal dalam tempoh 22 bulan dulu, merekalah yang gagal. Bukan DS Anwar.


Mereka juga tampak begitu ketagih untuk kembali ke kerusi empuk menteri. Tanpa lagi meletakkan harapan rakyat sebagai matlamat. Sehingga rela mengabdikan diri kepada pengkhianat.


DS Anwar masih relevan dan akan kekal relevan selagi mana rakyat menjadi matlamat perjuangan. Cuba lihat isu rakyat yang dibawa oleh beliau dalam sidang parlimen.


Yang sudah tak relevan adalah mereka yang hanya sibuk cakap soal kuasa dan kembali memerintah. Tapi dalam parlimen lansung tak sentuh isu rakyat. Guane boh?


 

Raja Gelap


No comments: