ENAM KEGAGALAN MUHYIDDIN DI HARI PERTAMA PRN SABAH


PRN Sabah yang hari penamaan calonnnya berlangsung semalam menyaksikan beberapa kegagalan ketara Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan peneraju PN yanf merupakan kerajaan di pusat.
Pertama, Muhyiddin gagal untuk menunjukkan kepada umum bahawa PN adalah sebuah gabungan yang ada masa depan di negara ini.
Selain tidak berjaya menarik UMNO dan BN menyertai PN, PRN Sabah menyaksikan bertambahnya lagi kegagalan tersebut kerana PN hanya bertanding 29 daripada 73 kerusi.
Sebaliknya UMNO dan BN bertanding 41 kerusi, satu kedudukan yang lebih tinggi daripada PN.
Dalam PRU15 nanti, mampukah Muhyiddin menahan asakan UMNO dan BN yang sudah pasti lebih ganas mahukan jumlah kerusi Parlimen lebih tinggi untuk ditandingi berbanding PN?
Kedua, berlakunya pertembungan sesama sendiri antara PN, BN dan PBS di 17 kawasan Dun di Sabah menambahkan lagi keadaan yang memalukan Muhyiddin itu.
Bagaimana harapan untuk merampas negeri Sabah boleh ada cahaya kejayaan kerana 17 kawasan yang berlaku pertembungan sesama sendiri itu dengan sendirinya memberi kelebihan kepada Warisan?
Dengan 17 kawasan sudah merupakan kelebihan kepada Warisan, tidaklah sukar untuk parti itu meraih sedikit saja lagi kerusi kemenangan bagi memastikan kerajaan negeri kekal dalam genggaman.
Ketiga, kegagalan memastikan tidak berlaku pertembungan di 17 kawasan itu turut bermakna keudukan Muhyiddin tidak cukup dihormati oleh BN dan PBS, walaupun mereka adalah sebahagian daripada kerajaan di peringkat persekutuan.
Jika Muhyiddin benar-benar dihormati dan beliau sendiri sebagai pemimpin yang ada “command”, sudah tentu pertembungan sesama sendiri itu tidak berlaku.
Keempat, pengumuman berkenaan pembentukan Gabungan Rakyat Sabah yang menggabungkan PN, BN dan PBS bagi tujuan menumbangkan Warisan, sebenarnya hanya menambahkan lagi jumlah kegagalan kepimpinan Muhyiddin.
Setelah ada PN, bahkan ia sudah pun merupan kerajaan di peringkat pusat, untuk apa lagi diwujudkan GRS?
Penubuhan GRS adalah tanda nyata gagalnya Muhyiddin menjadikan PN diterima oleh parti-parti lain yang diberikannya jawatan dalam kerajaan dan seolah-olah mereka hanya menunggu masa untuk mengabaikannya sebagai Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang.
Lagi pula, apa makna diwujudkan GRS jika pertembungan sesama sendiri pun masih gagal dielakkan?
Kelima, tindakan Muhyiddin menamakan Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri yang kemudian segera dibantah keras oleh UMNO dan BN, dengan jelas memperlihatkan langsung tidak ada kesepakatan dalam GRS, sekaligus tiada kepimpinan ditunjukkan oleh Presiden Bersatu tersebut dalam gabungan yang baru diwujudkan itu.
Bagaimana seorang Perdana Menteri, sebaik saja menamakan calon Ketua Menteri Sabah tanpa ada sebarang perundingan dengan parti-parti sehingga ia terus disanggah oleh beberapa pemimpin UMNO, termasuk Zahid Hamidi sendiri?
Adalah nyata, serangan-serangan terbuka UMNO dan BN terhadap Muhyiddin berikutan pengumuman itu juga menunjukkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak cukup dihormati dan tidak mampu bertahan lama.
Keenam dan paling buruk, sementara Muhyiddin dikecam dan dibelasah oleh UMNO berkaitan calon Ketua Menteri itu, malangnya tidak ada seorang pun pemimpin Bersatu tampil membela dan mempertahankannya.
Mana Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Armada dan lain-lain pimpinan kanan Bersatu yang telah diberikan jawatan dan kedudukan oleh Muhyiddin?
Mana Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang baru-baru ini dilantik secara istimewa sebagai Ahli MPT Bersatu?
Kenapa mereka semua hanya berdiam diri dan tidak tampil bersuara mempertahankan Muhyiddin?
Dengan semua kegagalan di atas – percayalah – Muhyiddin akan lebih gagal untuk mendepani PRU15 akan datang. (Shahbudindotcom 13/08/2020)

PAS BENCI DAP TAPI SAYANG MCA, PBS?


PENGUNDI MAHUKAN KESTABILAN POLITIK DI SABAH

PRN SABAH: ELOK LAGI LAYANAN DAP KEPADA PAS

PRN Sabah: Elok lagi layanan DAP kepada Pas

Hadi Membawa Pas Ke Lembah Hina


Sebaik sahaja almarhum Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia, bermulalah gerakan secara bersepadu & bersungguh2 oleh kedua-dua pihak Pas & Umno untuk membawa kedua-dua parti tersebut ke era baru iaitu menjalin kerjasama politik sebagai sekutu. Usaha ini berlaku secara tersembunyi sejak 2011 lagi & secara terbuka selepas PRU14.

Umpan dedak 90 jote adalah tanda komitmen & bukti keikhlasan Najib Umno kepada Hadi Pas selain dari janji2 manis Najib mahu menjadikan Pas sebagai sebahagian dari kerajaan kleptokrasi Najib UmnoBN jika Najib & BN kekal memerintah selepas PRU14. Kemungkinan juga Hadi Awang akan dilantik menjadi TPM-2 tidak dapat disangkalkan.

Pas tidak lagi menoleh ke belakang semenjak dari itu dan terus melangkah ke depan bagi merealisasikan impian mereka. Maka berlakulah peristiwa2 yg di luar dugaan seperti berikut :

1. Pas memutuskan hubungan dgn Dap.

2. Pas keluar dari gabungan Pakatan Rakyat.

3. Golongan G18 digugurkan setandan pada muktamar Pas 2015.

4. Tiada lagi kritikan & serangan Pas ke atas UmnoBN.

5. Pas sentiasa membela Najib UmnoBN di dalam & luar parlimen.

6. Serangan & fitnah bertali arus dipertingkatkan ke atas Dap & Amanah.

7. Berbagai program bersama PASUmno dirancang & diadakan untuk tatapan umum.

8. Projek *kami puas hati* dilakukan dlm siri lawatan Pas ke 1MDB, Felda & Tabung Haji.

9. RUU355 dijadikan umpan Umno bagi menipu Pas & Pas mengencing penyokong2 mereka.

9. Berlakunya perlawanan 3 penjuru di seluruh negara pada PRU14 bertujuan memecah undi bagi memenangkan UmnoBN.

PASUmno tidak lagi berkhalwat selepas mereka sama2 kalah pada PRU14 & menjadi pembangkang, semuanya menjadi rasmi & terbuka. Berbagai strategi & pelan bersama dirancang & dilaksanakan oleh PASUmno bagi tujuan menjatuhkan kjaan PH yg dipilih rakyat secara sah. Isu perkauman & agama dimainkan ke tahap maksima. Dap diserang, difitnah & digambarkan sebagai musuh utama orang Melayu Islam. Dr Mujahid & parti Amanah diserang serta difitnah semahu-mahunya.

Kemuncaknya, langkah Sheraton menumbangkan kerajaan PH & terbentuklah kjaan Tebuk Atap Perikatan Nasional di mana Pas menjadi salah satu parti komponennya bersama Umno & Bersatu Muhyiddin. Maka ramai lebai2 Pas dilantik menjadi menteri, timbalan menteri & jawatan2 di dalam GLC selain dapat menjadi MB di Kedah. Pas menganggap ianya satu kejayaan yg harus dibanggakan padahal sebenarnya ia adalah satu penghinaan; kerajaan PN terbentuk hasil dari pembohongan, fitnah, adu domba, hasutan & pengkianatan mandat rakyat. PN adalah sebuah kerajaan yang tidak bermaruah.

Beberapa siri PRK berlaku pasca PRU14 dan Pas hanya dibenarkan bertanding cuma sekali dan itupun Pas kalah. Selainnya, Pas menjadi pencacai kepada UmnoBN/Bersatu sebagai tukang sorak & pacak bendera. Paling trajis adalah PRK Tg Piai di mana Pas menyokong Wee Jeck Seng & menjadi khadam kpd MCA yg melawan calon PH, seorang Tok Imam. Begitu hinanya Pas yang Allah swt pertontonkan kepada rakyat.

Fast forward, kini di PRN Sabah, Pas tidak dibenarkan oleh sekutunya untuk bertanding walau 1 kerusi pun daripada 73 kerusi dan Pas akur. Walaupun Pas memberikan berbagai sebab & alasan bagi menutup malu, namun rakyat sudah dapat melihat & menilai bagaimana Pas dihina sebegitu rupa oleh UmnoBN & Bersatu. Suara2 tidak puas hati pimpinan bawahan Pas & akar umbi menjadi saksi. Sindiran2 tajam & troll yg bertali arus dari netizen di media2 sosial menguatkan lagi bukti bahawa rata2 rakyat sudah meluat & marah melihat Pas menunggang agama sebagai alat bagi mencapai objektif mereka untuk menjadi kerajaan walaupun secara salah & tidak bermoral; tanpa menghiraukan lagi soal halal haram & dosa pahala. Pas kini di pandang jijik, bukan lagi sebagai sebuah parti yang dihormati, berwibawa & berintegriti; tidak seperti sebelum kematian almarhum Tok Guru Nik Aziz.

Pas menjadi khadam & pencacai kepada ramai Tuan hinggakan Pas sudah tidak lagi tahu Tuan yang mana satu yang harus diikut; Umno, MCA, MIC, Bersatu atau PBS.

Dulu, Hadi Awang selalu menuduh pihak lain sebagai khadam. Sekarang Allah swt pulangkan kembali fitnah Hadi ke atas kepala Hadi sendiri bila Pas terus menjadi khadam kepada ramai Tuan.

Ironisnya, walaun masih belum sedar dan mereka ingat ini adalah satu kemuliaan bukan penghinaan. Speechless...


Che Azemi


Kenapa UMNO Berani Kincin Atas Kepala Pas? Sebab Pas Tak Boleh Buat Apa Pun.


Mula sekali Pas telah tersilap langkah apabila bergabung dengan UMNO. Buat masa ini (dan untuk foreseeable future jugak) Umno adalah parti yang kedua lemah sekali dalam politik negara kita. Parti yang lemah sekali adalah Pas.  

Jangan lupa bahawa apabila mereka kalah PRU14 (Mei 2018) - setelah 63 tahun memerintah negara (sejak first Federal elections pada 1955) - Umno / BN berada pada tahap yang paling lemah  dalam riwayat politik mereka.


Walaupun UMNO/BN begitu lemah parti Pas pula hanya dapat menang 18 kerusi Parlimen dalam PRU14.  Maksudnya Pas jauh lagi lemah daripada UMNO. 

Jadi apabila Pas bergabung dengan Umno sekarang ianya adalah "marriage between two losers".  Gabungan antara dua parti politik yang keduanya dunggu dan dinosaur gua kelawar.     

Lukisan kartun berikut  yang menunjukkan Pas menjadi kuli pacak bendera bagi BN dan Bersatu di PRN Sabah memberi gambaran yang sangat tepat akan  kedudukan politik Pas. Pas sudah ditongsampahkan.  

Pas tidak pernah mempunyai sebarang pemimpin yang intelligent atau handal. Inilah kelemahan Pas yang sangat kronik dari dulu sehingga ke hari ini, walaupun parti itu menarik minat wala'un yang berPhD dan sebegitu. 

Kekuatan Pas berada kepada angkatan tentera penyokong yang simple dan kurang daya fikiran - terima kasihlah kepada sistem pendidikan negara kita.

Hashim Jasin membayangkan perkembangan dalam pendirian parti itu 

muktamar ke-66 mereka berlangsung hujung minggu ini.

kita tengok perkembangan, selepas penamaan calon di Sabah.

“Tengok macam mana PAS akan tentukan sikap,” katanya 

PAS menjalin hubungan dengan Umno tahun lalu

dan menerima Perikatan Nasional yang diilhamkan Bersatu

PRN Sabah 26 Sept ini, PAS yakin diperuntukkan 10 kerusi 

Bagaimanapun PAS bukan saja tidak dapat kerusi, malah tidak dijemput pun 

Hadi kata Pas “memberi laluan” 

Hashim berkata: “..ada lagi kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku”

OSTB : Jelas sekali keputusan UMNO/BN di Sabah untuk tidak menerima seorang pun wakil Pas menjadi calon PRN Sabah menunjukkan UMNO boleh kencing atas kepala Pas ikut suka hati mereka. 

Pas tidak boleh buat apa pun.  Itulah keadaan Pas yang sebenarnya. 

Parti Pas sudah menjadi pengemis politik (political beggars) yang harapkan bantuan duit daripada UMNO (duit RM90 juta contohnya) dan agihan kerusi PRN Sabah (yang tak jadi pun).

Apakah yang Pas boleh buat? Jawapannya : Nothing. 

Pas tidak boleh buat apa pun sebab parti Pas memang tidak mempunyai sokongan pengundi bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di Semenanjung.


Syed Akbar Ali at 9:24:00 PM


NEGARA MULA TANGGUNG BAHANA PENYELEWENGAN SRC?


AHLI PAS BENGANG KAWASAN MELAYU PBS MASUK?


𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗜𝗟, 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗗𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡, 𝗟𝗨𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗧𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗛…



Biarpun kepimpinan Pas Pusat masih boleh berlapang dada selepas tidak diberi peluang meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, tidak bagi petugas Harakah.
Wartawan veteran Harakah, Aziz Muda menyelar tindakan Muafakat Nasional (MN) mengetepikan Pas yang sebelum ini berhasrat untuk bertanding 10 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau bahkan merujuk makna muafakat dalam Kamus Dewan yang tegasnya bermaksud seia sekata atau setuju.
“Muafakat jika dirujuk kepada Kamus Dewan bermaksud seia sekata atau setuju. Jika muafakat itu dalam kerangka yang besar hingga ke peringkat nasional, ia dipanggil Muafakat Nasional (MN).
“Dalam PRN Sabah tahun 2020 sekarang, aku tak nampak MN kerana Pas ternyata diketepikan sama sekali,” hujahnya dalam hantaran di Facebook lewat malam tadi.
Sehubungan itu, wartawan berpengalaman lebih 30 tahun berkenaan mengaitkan kubur sebagai lokasi hala tuju permuafakatan dalam MN.
Aziz mengingatkan perasaan ahli Pas yang terguris ekoran rundingan agihan kerusi antara parti rakan di Sabah yang tidak adil itu.
“Justeru aku bertanya, pihak berkenaan hendak bawa ke mana MN ini sebenarnya? Hendak dibawa ke kuburkah?
“Jangan difikir ahli-ahli Pas tidak terasa dengan apa yang dilakukan itu. Ia ternyata satu bentuk muafakat yang cukup tidak adil, tidak setia kawan dan amat memedihkan,” luahnya.
Dalam reaksinya terhadap salah satu komentar di hantaran itu, Aziz menganggap Pas diperalat semasa kempen PRN seolah-olah ahli-ahli parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mempunyai perasaan.
“Lepas tu sama-sama nak harapkan Pas untuk bantu (kempen PRN). Nak pergunakan Pas tapi dalam masa yang sama ketepikan Pas.
“Ahli-ahli Pas manusia, tetap ada hati dan perasaan,” keluhnya lagi.
PRN Sabah kali ke-16 pada 26 September ini menyaksikan pertembungan blok Warisan Plus diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
Warisan Plus dianggotai parti Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR.
Warisan Plus mengumumkan seramai 66 calon akan ke gelanggang untuk merebut 73 kerusi dipertandingkan manakala seramai 84 calon bakal bertanding mewakili BN, PN dan PBS.

MENTERI KANAN TAPI KENA BOOO


HAMDAN  TAHA




Sekarang ini Azmin Ali adalah menteri kanan...hebat lah boleh jadi menteri kanan
Tapi apabila dia ke mana mana mata orang tajam melihat dia...dia pun sama juga menjeling jeling tajam....
Orang jeling dia dengan macam macam dalam otak fikiran....dia pula jeling orang pun sama ada macam macam dalam hati dan fikiran dia yang pasti dia tidak pernah tenang sentiasa susah hati bila nak berdepan dengan sesiapa sahaja...
Buktinya hari ini di Sabah...boleh dia di booo oleh orang ramai....dan melaungkan dengan pangilan yang malu nak kita sebut...
Dato najib orang tak buat macam tu....dato Zahid pun orang tak kata dan di booo walaupun dua dua tokoh ni ada kes di mahkamah...
Azmin ali belum ada kes di dakwa oleh mahkamah....tapi orang boooo dia....ini ada yang tak kena....dan ada badi di situ


POLITIK MATANG ATAU TAK DIJEMPUT



Nuar Musa kata Pas politik matang..Politik matang atau tak dijemput?Pas diperkudakan umno seperti Pas perkudakan agama..Itu politik matang kot?
Seronoklah BN krana asyik Pas yang kna politik matang..

Nk tahu kamu amal politik matang atau,cuba kamu bagi laluan kepada Radzi Jidin di Parlimen Ketereh..Nak tahu matang atau tidak?Kalau nak tahu pas matang atau tidak,cuba jangan bagi mana2 kerusi kapad Pas pada pru 15.. Kalau Pas akur dan setuju,comfirm Pas politik matang..

Image may contain: one or more people, text that says "Annuar Musa @AnnuarM... Politik matang.... 1d mkk mk Malaysiakini (BM) @... 1d PAS beri laluan untuk pastikan pertembungan dua penjuru Hadi malaysiakini.com/news/542228 BERITA PAS tak dapat jemputan ke majlis pengumuman calon PN dan BN 0 Mnlaysinn ChinessAssuciation Chinese 4 PRN SABAH BN Umum Calun Pas Tak Dijemput, Minta 10 Dpt Telur. Lps Tu Kata Politik Matang?Gatal Bulu Hidung Aku Mendengar Nuar Musa.."

YA KA TAK KENA TIPU?

Nizam Aka

Tuan Brahim oiiii..Rakyat tak nmpk Pas yang elak perangkap,tapi rakyat nampk Pas yang kena perangkap dgn geng-geng perompak dan penyamun kesayangan kamu..Rupa-rupanya gasing yang jadi juara dunia pun kalah dengan putaran kamu..

 



NI NAK KELENTONG AHLI LA YA.

 Teruknya. Takkan dalam isu2 utama parti keputusan di hujung lidah Hj Hadi saja. Apa guna Dewan Harian, Mjlis Syura Ulama, Jkuasa Pas Pusat, Lajnah Politik jika akhirnya keputusan ikut suka Hj Hadi saja. Amacam?


MENUJU PRU 15: TUMPU YAKINKAN KAUM MELAYU PH BERI KEUTAMAAN


Sumbangan terbesar Anwar, 'Islam sebagai cara hidup'


 

Rakyat malaysia mungkin tidak dididik siapakah tokoh yang banyak menerapkan ajaran Islam ke dalam institusi-institusi negara.

 Bagi Prof Redzuan Othman, tokoh yang banyak memberi sumbangan menjadikan Islam sebagai the way of life adalah tokoh politik tersohor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Katanya, tanpa peranan Anwar pada 1980an, ajaran Islam mungkin lebih lewat untuk diterapkan di sekolah, universiti, isntitusi perbankan dan sebagainya.

 "Dalam syarahan perdana saya pada 2015, beberapa bulan selepas Anwar dimasukkan kembali dalam penjara, saya menyebut bahawa masyarakat Melayu pada hari ini bernasib baik kerana mereka terselamat daripada ancaman yang dialami masyarakat yang lain.

 "Perkara yang saya tekankan pada waktu ini Islam telah diinstitusikan, dibudaya dan diakar umbi dalam masyarakat Melayu.

 "Bukan Islam sebagai anutan semata-mata tetapi Islam sebagai satu cara hidup. Itu perupakan sumbangan terbesar Anwar. Saya menyebut hampir setiap umat Islam Malaysia terhutang budi dengan seorang insan bernama Anwar Ibrahim.

 "Pada hari ini lihat sekeliling kita. Setiap yang ada hari ini ada kena mengena dengan beliau. Bagi wanita, kaji semula bagaimana puan-puan pakai tudung, adalah bersumber pada pemikiran yang tekad yang beliau kemukan pada peringkat awal.

 "Bagi yang terlibat dengan pendidikan, akan ada elemen-elemen yang dikaitkan dengan beliau (Anwar)," katanya sebagai moderator Muktamar Nasional Wadah Keempat Belas di Bangi, Selangor pagi tadi.

 Menurut Dr Redzuan, sisi penyertaan Anwar ke dalam parti pemerintah Umno ketika itu mungkin dianggap gelap oleh gerakan Islam berasaskan politik seperti Pas.

 Namun penyertaan itu, katanya, mempunyai hikmah apabila ajaran Islam boleh dikembangkan dalam pemerintahan, yang sebelum itu diserang hebat lewat pertembungan gerakan Islam dan sekularisme pada hujung 1970an dan awal 1980an.

 "Penyertaan beliau dalam Umno menyebabkan Islam menjadi arus perdana dalam pentadbiran. Oleh sebab itulah pelbagai institusi berjaya ditubuhkan.

 "Namun ketika Anwar dalam penjara terdapat jawatankuasa ditubuhkan untuk menafikan sumbangan Anwar kepada negara.

 "Tiada sumbangan dalam perkara yang berkaitan perbankan Islam, tiada sumbangan Universiti Islam Antarabangsa dan tiada apa-apa sumbangan kepada Islam di Malaysia

 "Tetapi (walau apa pun) kita tahu beliau telah memberi sumbangan yang besar," kata Dr Redzuan dalam ucapan aluan ke arah pidato penuh Anwar pada majlis syarahan bertajuk 'Merekayasa Agenda Dakwah Milenial' tersebut.

 Majlis itu juga menyempurnakan peluncuran buku karya Dr Razali Nawawi berjudul 'Erti Perjuangan' dan 'Antologi Puisi Islami Covid 19: Ibrah Buat Umat".

 

6 PENJURU DI KLIAS



 Dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Klias dan DUN Tempasuk menyaksikan KEADILAN berdepan pertandingan 6 penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 

Calon KEADILAN, Abdul Rahman Md Yakub kembali bertanding di DUN Klias selepas bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

 

Malah, KEADILAN sendiri kembali bertanding di DUN Klias, selepas kerusi itu dipertandingkan oleh Warisan pada PRU-14 namun tewas kepada penyandang, Isnin Aliasnih.

Isnin juga kembali mempertahankan kerusinya namun berdepan cabaran kerana pada PRU-14, beliau menang di bawah logo Barisan Nasional (BN) namun kali ini beliau bertanding sebagai calon parti Bersatu dan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

 

Empat lagi calon yang bertanding adalah Maksit Saidi dari Parti Gagasan Rakyat Sabah, Abdullah Okin dari Parti Cinta Sabah, Amsir Dani dari USNO dan Jismit Japong muncul satu-satunya calon Bebas.

Sebanyak 16,905 pengundi berdaftar di DUN Klias.

 

Pada PRU-14, Isnin meraih 6,173 undi dengan majoriti 2,336 menewaskan Lajim Ukin dari Parti Harapan Rakyat Sabah yang meraih 3,837 undi dan Johair Mat Lani dari Warisan yang meraih 3,725 undi.

 

Di DUN Tempasuk, calon KEADILAN yang bertanding iaitu Mustapha Sakmud kembali buat kali kedua meskipun mengalami kekalahan pada PRU-14.

 

Beliau akan sekali lagi berdepan penyandang kerusi, Musbah Jamli yang sudah memenangi kawasan itu sejak 1994.

 

Walaubagaimanapun, Musbah yang sebelum ini bertanding sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tampil sebagai calon Bebas kali ini.

 

Ini setelah beliau bertindak keluar UMNO dan menyertai Warisan pada tahun lalu, namun setelah dipecat kerana menunjukkan sokongan kepada Musa Aman, beliau kini tidak mewakili mana-mana parti.

 

BN sebaliknya mencalonkan bekas naib ketua pemuda UMNO, Mohd Arsad Bistari.

 

Tiga lagi calon lain adalah bekas pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Zon Sabah, Hamzah Sundang yang menjadi calon USNO, Abd Alif Saibeh selaku calon Parti Cinta Sabah dan Kanul Gindol sebagai calon Parti Gagasan Rakyat Sabah.

 

Sebanyak 11,996 pengundi berdaftar di DUN Tempasuk.

 

PRN Sabah: KEADILAN berdepan pertandingan 10 penjuru di DUN Inanam

 

Calon KEADILAN, Peto Galim berdepan cabaran getir apabila beliau mengesahkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam akan melibatkan pertandingan 10 penjuru.

 Malah, Peto akan bertanding buat pertama kali sebagai calon dan akan berdepan dengan saingan daripada beberapa calon yang sudah mempunyai pengaruh kuat dalam politik.

 Namun, beliau mengakui tidak tergugat dengan calon lain, sebaliknya yakin dapat menarik jumlah undi yang besar daripada rakyat.

 "Ini satu pertandingan yang sengit, tetapi saya yakin dan percaya dengan usaha serta aktiviti yang telah dilakukan dan sedang dilakukan ketika ini, sokongan daripada pengundi adalah amat memberangsangkan.

 "Kita juga akan berkempen dengan sebaik mungkin, kita akan membawa pendekatan kempen yang lebih mesra, memberi data yang lebih tepat dan kita akan menyampaikan penerangan jelas serta memberikan cadangan untuk masa depan

 

 "Walaupun saya baru, saya tetap postif. Kalau kita bekerjasama dengan gerak kerja yang betul, semua akan jadi mudah.

 "Kita akan gerakkan jentera termasuk UPKO, Warisan dan KEADILAN sendiri untuk memenangkan Warisan Plus. Jadi soal calon baru itu tidak mustahil, kita bergerak satu dalam tujuan dan kita akan rebut semula kerusi N18 ini," katanya kepada Suara Keadilan selepas selesai proses penamaan calon.

 Pada masa sama, Peto juga menganggap sokongan pengundi Inanam terhadap KEADILAN tidak terjejas meskipun penyandang kerusi, Kenny Chua bertindak mengkhianati parti.

 "Saya tidak lihat ini memberi kesan kerana tindakan itu adalah lebih kepada individu, jadi tidak ada kesan yang besar kepada penyokong Warisan Plus.

 "Terpulang kepada pengundi untuk menilai perjuangan Warisan Plus, malah apa yang berlaku sebelum ini memberi kekuatan kepada kita untuk bekerjasama dan membuktikan kami masih kuat di sini," katanya.

 Di pusat penamaan calon DUN Inanam yang bertempat di Dewan Masyarakat Menggatal, Kenny tampil bertanding sebagai calon Bebas selepas beliau gagal mendapatkan tiket untuk bertanding sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS).

 PBS sebaliknya meletakkan William Majimbun sebagai calon setelah Johnny Goh Chin Lok tewas kepada Kenny pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

 Selain calon KEADILAN dan PBS, terdapat lima lagi calon parti lain iaitu Chong Kah Kiat bertanding selaku calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Regina Lim calon Parti Cinta Sabah (PCS) Francis Goh selaku calon Parti Gagasan Rakyat Sabah, Terence Tsen Kim Fatt selaku calon Parti Kerjasama Anak Negeri dan Mohd Hardy Abdullah selaku calon USNO.

 Calon Bebas pula terdiri daripada tiga individu iaitu Kenny, Achmad Noorasyrul Noortaip dan George Ngui.

 Berdasarkan PRU-14, hanya Kenny dan Terence bertanding buat kali kedua di DUN Inanam.

Sejak 2013, KEADILAN mendapat sokongan yang cukup besar di Inanam apabila meraih 8,926 undi dengan majoriti 3,202 pada PRU-13.

 Jumlah itu meningkat pada PRU-14 apabila KEADILAN meraih 13,633 undi dengan majoriti 7,783.

 

LA...BUKAN MACAM TU HADI..



 Bodohnya orang tua ni.  Itu bukan King Maker, itu korang bersubahat dengan pengkhianat.  King maker ni adalah jumlah undi dlm praya, kerajaan tak dapat ditentukan melalui pilihanraya, jika pas jadi penentu maka barulah dipanggil king maker.  Bukannya king maker itu Pas menyumbang untuk tegakkan kerajaan baru tanpa pilihanraya.


Macam mana boleh jadi duta bertaraf menteri orang sebodoh ini?



MUHYIDDIN CEMAS ISU HAJIJI KETUA MENTERI


 Tidak pasti sama ada Muhyiddin Yassin yang tersasul atau pun secara tidak sengaja apabila terlepas cakap semasa menamakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Bersatu Sabah, Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri mereka sekiranya memenangi PRN kali ini.

Berikutan pengumuman tersebut, maka berlaku sedikit kekecohan antara kem Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi dengan kem Muhyiddin.

Bukannya apa, susulan laporan tersebut difahamkan pegawai akhbar Muhyiddin sibuk dan cemas menghubungi pengamal media supaya menukar tajuk berita mereka selepas ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kem BN.

Bukan itu sahaja, Annuar Musa juga difahamkan ada menghubungi pengamal media untuk menjelaskan situasi sebenar ekoran laporan berita tersebut yang kononnya tidak tepat.

Isunya di sini bukanlah sama ada ia tepat atau tidak, jika pada awalnya sudah ada persefahaman antara BN dan PN mengenai calon Ketua Menteri, masakan kenyataan Muhyiddin yang mencolonkan Hajiji itu menerima reaksi tidak senang kurang senang daripada kalangan pimpinan BN sendiri.

Muhyiddin sebenarnya lebih dilihat cuba menguji reaksi BN dengan mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi tidak menyangka ia tidak disenangi dan menerima kecaman.

Bahkan, sumber memberitahu, Ahmad Zahid sebenarnya sudah mempunyai persetujuan dengan Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin untuk menamakannya sebagai calon Ketua Menteri.

Bung selaku Pengerusi UMNO sebenarnya mempunyai autonomi untuk meletak dirinya sebagai calon Ketua Menteri, bukankah UMNO Pusat sudah memberi autonomi penuh kepada UMNO Sabah untuk membuat keputusan sendiri?

Akhirnya, seperti biasa Muhyiddin yang kononnya boleh mengawal semua parti komponen dalam PRN terpaksa mengalah dan lebih memalukan lagi akan terpaksa menarik balik keputusannya mencalonkan Hajiji.

Lebih jelas lagi, Muhyiddin sebenarnya tidak mempunyai “command” dalam mengemudi parti politik yang bertanding di Sabah malah beliau seakan-akan tidak dihormati oleh kem BN walaupun cuba menunjukkan kononnya mereka sudah bermuafakat dalam menghadapi pilihan raya ini.

Mengambilkira situasi ini, Muhyiddin dilihat bakal mengulangi langkah sama seperti yang berlaku di Kedah, Melaka dan Johor apabila sekadar memerhatikan UMNO mengambilalih tampuk pimpinan negeri.

Yang jelas, Muhyiddin akan sekali lagi terpaksa akur dan tunduk dengan BN khususnya UMNO dalam memilih siapa yang bakal menjadi calon Ketua Menteri.

Secara tidak langsung ini menunjukkan kelembikan Muhyiddin yang hanya sekadar menjadi Perdana Menteri pak hangguk semata-mata kerana kuasa sebenar dipegang oleh UMNO atau BN.

Bagi BN, tindakan mengumumkan nama calon Ketua Menteri terlalu awal oleh Muhyiddin sebenarnya akan memberikan impak moral kepada jentera mereka yang sedang bertanding berikutan banyak pertindihan kerusi melibatkan calon BN dengan PN.

Bagi pemerhati politik, sekiranya dalam isu pemilihan Ketua Menteri pun Muhyididn dihentam teruk, seolah-olah tidak ada gunanya beliau mengemudi jentera PN, malah mengumumkan pembentukan Gabungan Rakyat Sabah.

Sudahlah pembahagian kerusi pun tidak dapat diselesaikan dengan baik, bila umum calon nama Ketua Menteri pun dihentam maka tidak ada gunanya status jawatan “PERDANA MENTERI” yang dipegangnya.

Jika Muhyiddin mahu menjaga maruahnya, beliau perlu mempertahankan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri pilihannya, bukan dengan secara sembunyi-sembunyi lagi.

Apakah perkiraan Muhyiddin selepas ini, mahukah beliau dilihat sebagai PERDANA MENTERI lembik yang boleh diperkotak-katikkan oleh UMNO dan BN?

Nak pilih calon Ketua Menteri pun dah pening dan bergaduh, macam mana (Shahbudindotcom 13/09/2020)

(function() { var d = document, w = window; w

Waspada tindak balas siber dari sekutu Israel - CDCS

  Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) menggesa rakyat negara ini aga...