Ahli Pas bengang kawasan Melayu PBS masuk?
PAS sudah berkorban, tapi kamu MCA dan PBS masih berebut sesama sendiri di DUN KARAMUNTING.
Semalam saya mendapat jemputan dari ahli maljis tertinggi MCA utk bersama mereka semasa penamaan calon pagi ini.
Saya katakan pada beliau (boleh dikatakan saya beri ceramah pendek la gitu) …
Dato..
kita PAS , MCA dan PBS dalam satu coalition. Tapi kenapa kamu Mca dan PBS dua² berlawan di Dun Karamunting. Kamu ada sokongan melayu kah di sana?
Kami PAS ada jentera, ahli dan cawangan. Setiap hari PAS turun bertemu rakyat. Malah kami ada ahli dari kalangan kaum Cina.
Tapi atas dasar coalition ini dan keputusan parti kami…kami berkorban utk beri laluan kpd rakan parti lain. Tapi apa gunanya jika PBS dan MCA masih bertembung di situ.
1 lawan 1 yg kita persetujui tidak akan berlaku. Kamu mengingkari objektif coalition party². Dan kamu tidak akan menang!!
Pengorbanan kami akan jadi sia²
Jadi PAS tidak akan bersama semasa penamaan hari ini. Sehinggalah MCA dan PBS ada kata sepakat.
Kami akan menilai semula sokongan PAS kpd rakan parti yang bertanding di Dun Karamunting.
Kamu berunding la dulu…sementara tu kami mau pi tangkap ketam sana di bakau.