MASA IBUBAPA READY PDPR KAU SURUH KE SEKOLAH.BILA SEKOLAH DIBUKA, MURID SEKOLAH DIJANGKITI...SETIAP NEGERI ADA KES...KAU SURUH TUTUP BUAT SEMULA PDPR....PENING LA KAU NI

 

Pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri - Radzi

Astro Awani
Pelajar tidak perlu hadir sekolah lebih sebulan, PdPR 2 minggu selepas cuti Aidilfitri - Radzi
Mohd Radzi berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, berkata ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.
Dalam satu entri di laman Facebooknya, beliau berkata, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan.
"Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 dan 10 Mei, manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei.
"Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei," katanya.
Sumber Facebook DrRadziJidin
Dalam satu gambar yang dikongsikan di akaun Facebook itu, ia turut menunjukkan cuti penggal akan bermula pada 28 Mei hingga 12 Jun bagi Kumpulan A dan Kumpulan B (29 Mei hingga 13 Jun).
Ini bermakna, pelajar tidak akan masuk ke kelas bermula pada cuti Aidilfitri dan berlanjutan sehingga tamat cuti penggal iaitu pada 12 Jun bagi Kumpulan A dan Kumpulan B (13 Jun)


MALAYSIAKU DI BAWAH KERAJAAN MELAYU ISLE---KEH..KEH

 May be an image of outdoors


VIDEO RAFIZI DAN NURUL IZZAH AKAN KEMBALI? BERSAMA YB DS SAIFUDDIN NASUTION,DA...

VIDEO ((KECEWA))DATO KAMAL: KENAPA UMNO TIDAK KELUAR KERAJAAN? AKAR UMBI KECEW...

VIDEO ; ((GEMPAR)) LOKMAN: AHLI UMNO CEMUH ZAHID! PELIK! KENAPA UMNO TAKUT DENGA...

MALAGNYA BILA KAU SEORANG MARHAEN DAN BUKAN KLUSTER POLITIK DAN RETIS....


May be an image of 1 person, burger and text




INI MEMANG SALAH peniaga burger ni. SALAH dia ialah dia jadi Rakyat Marhaen. Dia sepatutnya jadi Artis, VVIP, ahli politik parti KERA jaan, Menteri dan org2 kaya tentu tak jadi lagu ni kan?

Tapi..biarlah ramai lagi Rakyat kena mcm ni, tiba PRU15 baru depa KERA jaan PNkhianat ni ada akai.

Wallahualam.

- Zus Din

26 April 2021

*****************************

Peniaga burger dikompaun RM50,000 kerana operasi lebih waktu

Seorang peniaga burger, yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50,000 oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam tadi dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan pesanan pelanggan di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu.

Katanya, pihak polis kemudiannya bertindak mengeluarkan kompaun RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja.

"Saya terkejut kerana dikompaun dengan nilai setinggi itu. Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini.

"Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Tambah Faisal, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak lain yang membuat laporan menyata kedainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Malah katanya, kompaun ke atasnya itu merupakan kes berulang selepas kali pertana ketika PKP sebelum ini dan dikompaun RM1,000.

"Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini merupakan satu-satunya mata pencarian saya.

"Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya," katanya.

Sebagai rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata, inidvidu tersebut boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kompaun berkenaan.

Katanya, kompaun yang dinyatakan itu merupakan jumlah maksimum denda bagi kesalahan berniaga melebihi masa

"Pada buku saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum. Bagi kesalahan individu akan ditulis jumlah maksimum RM10, 000.

"Beliau boleh buat rayuan kepada KKM," katanya ketika dihubungi.

https://www.malaysiakini.com/news/572247

 

KEPADA ADIK YANG DIBANTU STEVEN SIM...SILA CARI PROFF KANGKUNG NI UNTUK DAPATKAN RM 2K

 

ROZY RAZID


Bro PandaFood..

Sila hubungi beliau dan claim RM2k & bantuan tu.. Biar tercyduk Prof kangkung ni..

**dia punya busuk hati.. Nauzubillah..

Bro PandaFood..

Sila hubungi beliau dan claim RM2k & bantuan tu.. Biar tercyduk Prof kangkung ni..

**dia punya busuk hati.. Nauzubillah..

May be an image of 1 person, standing and text that says "< Kamarul Yusoff 3h SAGUHATI RM2,000 UNTUK MENCARI PEKERJA PANDA FOOD YANG DIBANTU OLEH STEVEN SIM Disebabkan oleh beberapa misteri yang menyelubung diri beliau, sukacita dimaklumkan bahawa saya serta dua rakan Facebook saya, iaitu Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail dan Saudara Saiful Haq, dengan ini menawarkan saguhati sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang mampu memberi maklumat seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal atau alamat tempat kerja anak Kelantan pekerja Panda Food yang dibantu oleh Steven Sim sehingga beliau dapat dipertemukan dengan saya untuk tujuan pemberian sumbangan tertentu kepada beliau."


 

Farhash puji keputusan MKT UMNO desak kerajaan agar Parlimen bersidang

 


Farhash puji keputusan MKT UMNO desak kerajaan agar Parlimen bersidang

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, keputusan itu menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun parti itu menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan.

Katanya, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Kenyataan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan agar Parlimen dan DUN dibenarkan bersidang semula menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun sedang berada di dalam kerajaan.

“Situasi rakyat yang semakin meruncing pasca pandemik COVID-19 di samping ketiadaan semak dan imbang bagi sebuah pentadbiran yang demokratik hanya mengundang kemudaratan kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Farhash Wafa berkata, timbul persoalan mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ia dibimbangi tidak diuruskan dengan baik.

Katanya, malah KWAN bakal menghadapi risiko dijarah sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menggunakan kuasa darurat untuk mengelak akauntabiliti.

“Semoga (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dalam hal ini dan menyedari bahawa pentingnya amanat rakyat diutamakan sebelum kepentingan politik,” katanya lagi.

Pada Ahad, MT UMNO memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat kembali bersidang.

Ahmad berkata keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Ujarnya UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi berparlimen.



BILA "RAJA BINATANG" BERCAKAP LAGI.......

 


Hadi anggap pelampau politik anti darurat seperti jerung lapar bersembunyi dibalik batu

VIDEO : SEMOGA ADA CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG



Pada 17 April lalu, Majlis Peguam Malaysia memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan bagi membatalkan beberapa bahagian dalam Ordinan Darurat itu. "Ordinan Darurat menyebabkan banyak kuasa diberikan kepada eksekutif, manakala perlindungan perlembagaan seperti semakan dan kebertanggungjawaban Parlimen dikurangkan.





POLITIK PERKAUMAN BUKAN POLITIK MASA DEPAN

 

"Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan"- Lee Chong Wei

 

Ismardy dan YB Yahaya ceritakan perkara yang sama

 

“Ini bukan Malaysia yang saya perjuangkan," tegas Chong Wei. Tulisan beliau di laman FBnya.

Melihat perkembangan yang meresahkan itu, jaguh badminton negara itu mengimbas kisah pahit manis perjuangannya semasa menentang Lin Dan dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2006, dan mahu pembaca menilai erti di sebaliknya.

 

"Saya fikir saya akan kalah apabila ketinggalan pada mata 13-20. Adalah mustahil (untuk menang) menentang lawan paling berbakat dengan kekurangan tujuh mata,"

"Saya letih dan sedih. Saya pandang ke atas dan melihat kepada orang ramai. Sokongan lantang mereka tidak pernah goyah. Kemudian terlihat seorang gadis Melayu, mungkin sekitar umur 8 tahun meletakkan kedua tangan bersama dgn matanya tertutup. Dia berdoa untuk saya.

 

"Di bahagian lain stadium, saya melihat seorang wanita muda India menangis. Saya tidak tahu adakah dia menangis untuk saya? Tetapi saya menganggap itulah yang dia lakukan," tambah beliau lagi.

 

"Sebarkan kasih sayang bukan kebencian!" Saya mahu anak-anak dan cucu saya mempunyai rakan Melayu dan India. Saya mahu mereka berasa selamat di Malaysia, jangan 'bunuh' saat indah Malaysia itu.”

 

Kata-kata Lee Chong Wei di laman FBnya sangat menyentuh hati. Beliau adalah antara sebilangan rakyat Malaysia yg kecewa isu perkauman dimainkan begitu teruk sekali akhir2 ini di negara kita.

Iswardy Morni Official

sewaktu di Sabah, beliau mengatakan politik perkauman bukan masa depan negara.

Seingat saya katanya, " Jika kita mahu berjuang dlm mana2 parti kita mestilah berjuang utk semua kaum. Ia adalah politik masa depan negara. Parti perkauman ini adalah politik sempit yg akan menjerat sesebuah parti apabila pemikiran rakyat lebih terbuka. Ia akn luput suatu hari nanti."

Begitu juga YB Yahaya ... orgnya nampak tenang dan 'humble' tetapi mempunyai pemikiran kritis. Ujar YB Yahaya,"Politik perkauman ini yg lebih membimbangkan soal perpaduan pelbagai kaum. Kita sudah merdeka begitu lama tetapi isu perkauman semakin menjadi jadi.

 

" Berpolitik secara sihat. Politik perkauman ini dimainkan hanya utk melahirkan persepsi bagi menarik perhatian pengundi Melayu khasnya. Sampai bila? Yang paling penting perpaduan tetapi melihat senario akhir-akhir ini saya sangat bimbang dan sedih."

 

Penulis sendiri sudah puas menulis soal perpaduan ini bertahun tahun lamanya sehingga saya dituduh sebagai pembela kaum Cina. Bukan saya membela tetapi fitnah yg sgt jijik ini perlu dihentikan.

Nilai buruk org kita apabila kebaikkan bangsa Cina, bukan ingin diucapkan terima kasih kerana membantu malah dipertikaikan. Yg menulis itu bertaraf Profesor... jelas pemikiran org Melayu walaupun bertaraf Profesor tetapi jika nilai kebencian atau sifat perkauman terlampau ia merosakkan mindanya sendiri.

Sifat rasis ini agama Islam tidak pernah mengajarnya kita jadi begitu. Siapa yang ada dalam dirinya sifat rasis dia bukan belajar dari guru yang betul.

 

NORMAN RADZUAN



LAAAA...AWAT TAKUT SANGAT KENA KRITIK ? KKM TUTUP FB....KAH...KAH.....

 May be an image of 1 person and text that says "MD dateline MALAYSIA HOME BERITA VIDEO April 26, 2021 11:03 AM RENCANA Sumbangan Iklan Teruk dikritik, KKM sempat tutup ruangan komen di Facebook Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON April 26, 2021"


Susulan peningkatan kes Covid-19 dalam negara dengan lebih seminggu merekodkan kes melebihi 2,000, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dihujani kritikan dari pengguna media sosial.

Ketika ini wujud dakwaan bahawa angka kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kerajaan merupakan nombor yang direka untuk menyekat rakyat Malaysia melakukan aktiviti rentas negeri menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pengguna Muhd Allan berkata, kerajaan seharusnya mempamerkan data terperinci sebagai bukti kenaikan kes dan bukan hanya melaporkan nombor.

Ia turut disokong pengguna Aqil Irfan yang memberi amaran agar KKM di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Adham Baba untuk tidak menyebabkan rakyat hilang kepercayaan.

“KKM jangan buat rakyat bosan dan hilang kepercayaan. Takut nanti pilihan raya menteri kamu auto kena tendang oleh rakyat dan kamu pun susah dalam kerja kamu,” katanya.

“Hari-hari naik tak tahu mai celah mana. Pening jugak. Tak bagi raya pula ke,” kata Muhammad Hasmawi.

Untuk rekod, setakat semalam, negara mencatatkan 2,690 kes baharu dengan keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 392,942.

“Nak dekat raya je kes naik, hairan sungguh. Nak rentas tak boleh, macam mana kes boleh banyak?,” soal pengguna lain.

Pada masa sama, pengguna Eswari Devi meminta kerajaan untuk mencontohi negara jiran yang dikatakan berjaya mengawal wabak Covid-19, lebih-lebih lagi apabila ‘kluster sekolah’ mula menyerang kembali.

“Kawal pergerakan orang masa hujung minggu. Kawal jumlah orang keluar rumah, jamuan dan perjumpaan. Jangan dah teruk baru nak buat sesuatu,” tulisnya.

Berikutan kritikan yang dilemparkan, FB rasmi KKM itu didapati telah menutup ruangan komen mereka untuk sementara waktu sebelum dibuka semula.

Bagaimanapun, ruangan komen KKM berterusan dihujani kritikan orang ramai.

“Teruskan drama anda KKM,” sindir pengguna Syafiq Asyraf.


 W.FAUZDIN






ALAHAI KAZEEM SUDAH PUTUS ASA? MAHU TUNGGU IMAM MAHDI? COME ON LA..ISLAM...




Waktu kerajaan kami yang diberi mandat oleh rakyat memerintah, kamu tak tunggu pun Imam Mahdi. Kamu redho dan hanya melihat pengkhianat dengan rakus merampas kerajaan kami. Nah, ini yang kamu mahukan? Bukan saja melayu..Islam pun semakin hilang syiarnya di bawah kerajaan tebuk atap sekarang. Harapkan lebai? Lebai dah buncit perut..


W.FAUZDIN




BETUL BETUL KA BOHONG BOHONG NI ...Kerajaan jamin Parlimen bersidang secepat mungkin, kata Takiyuddin

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan, berkata semua pihak termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan melalui saluran ditetapkan, seperti Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.

PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan sidang Parlimen akan segera dipanggil pada masa sesuai, sama ada sebelum atau selepas perintah darurat tamat pada 1 Ogos depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, bagaimanapun berkata perkara itu bergantung pada nasihat dan pandangan pakar, termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Takiyuddin berkata, semua pihak, termasuk pembangkang boleh menyalurkan pandangan kepada kerajaan melalui saluran ditetapkan, seperti melalui Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang ditubuhkan bawah Ordinan Darurat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai hal berkaitan penguatkuasaan perintah itu.

“Dalam masa sama, tidaklah wajar wujud kesangsian atau syak wasangka berlakunya salah guna kuasa kerana sistem kerajaan berfungsi seperti biasa, termasuklah dalam aspek pemantauan pentadbiran oleh agensi penguat kuasa, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Justeru semua pihak diseru supaya memberikan sepenuh kerjasama kepada kerajaan dalam usaha memastikan kelangsungan hidup rakyat dalam aspek-aspek kesihatan, ekonomi dan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Parlimen dijadual digantung selama enam bulan 20 hari hingga 1 Ogos susulan perisytiharan darurat pada 12 Jan.

Media semalam melaporkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan supaya menyambung semula sidang Parlimen.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, berkata keputusan itu selaras kenyataan Agong sebelum ini bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerajaan amat menyedari tanggungjawab keperlembagaan dalam memastikan penerusan proses demokrasi di negara ini terjamin melalui sidang Parlimen.

Takiyuddin berkata, keutamaan kerajaan pada masa ini adalah usaha memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikawal sepenuhnya, termasuklah melindungi Ahli Parlimen, pegawai dan semua pihak yang berurusan dengan Parlimen.

“Kerajaan mengambil maklum gesaan beberapa pihak, termasuk parti politik supaya Parlimen dipanggil bersidang walaupun negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19 yang belum reda sepenuhnya.

“Dalam hal ini kerajaan ingin menarik perhatian semua pihak bahawa langkah pengawalan dan pencegahan wabak berbahaya ini masih berterusan dengan seluruh jentera kerajaan memberi fokus terhadap tindakan imunisasi, rawatan, pengasingan dan juga pelan vaksinasi yang berterusan.

“Di samping itu pihak penguatkuasa, terutama polis, tentera, imigresen, RELA dan lain-lain masih bertungkus lumus menjaga perbatasan negara daripada dibolosi pendatang asing yang turut membawa risiko penularan Covid-19 dari negara luar,” katanya.


Pelajar universiti mengaku tak salah hina TMJ

 

Ahmad Muazz Ishak, 22, dituduh memuat naik status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama MuazzIshak yang tertera perkataan menghina Tunku Ismail. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pelajar universiti awam di Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan memuat naik status menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di akaun Facebooknya pada Februari lalu.

Tertuduh, Ahmad Muazz Ishak, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Pelajar universiti itu dituduh memuat naik status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama MuazzIshak yang tertera perkataan menghina Tunku Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan di premis makanan segera di Jalan Pontian-Skudai, di sini, 11.45 pagi, 5 Februari 2021, menurut laporan Harian Metro.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Valantino Ifni Ho Ridzuan.

Terdahulu, Qayyum menawarkan jaminan RM10,000 dengan tertuduh perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kesnya selesai.

Peguam tertuduh kemudian memohon jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan anak guamnya masih menuntut sebagai pelajar tahun kedua jurusan sains sosial di Kuala Lumpur dan tiada pendapatan.

Hakim kemudian memerintah tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, setiap dua minggu sekali.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 Mei.


KERAJAAN MESTI HENTI GUNA AKTA LAPUK TEKAN SUARA-SUARA KRITIKAN ( KENYATAAN MEDIA ANWAR IBRAHIM )

 

Berita mutakhir ini terkait penahanan dan pelecehan terhadap para aktivis seperti Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah cukup memprihatinkan serta adalah usaha melampau dalam menekan kebebasan bersuara dan bereskpresi.

Sikap dan perilaku pemerintah dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan yang jelas terdesak untuk membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa.


Malaysia sudahpun menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan medianya merudum parah di bawah kerajaan hari ini yang terus terusan menyalahgunakan kuasa.


Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda.

Memetik filasuf dan pemikir Renaisans Voltaire, “saya mungkin menentang dan tidak bersetuju dengan idea anda yang berbeza dari saya, tetapi saya bersedia untuk mempertahankan hak anda untuk meluahkannya”.

Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata.

ANWAR IBRAHIM

26 April 2021




PAS DAN PEMIKIRAN TAKFIRI BERPISAH TIADA

 PAS DAN PEMIKIRAN TAKFIRI BERPISAH TIADA

Pemikiran takfiri sudah berakar umbi di dalam otak pentaksub
Pas
dan memang tidak boleh lagi ditanggal buang, tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Nasional, Ustaz Zolkharnain Abidin.
Beliau berkata demikian mengulas tulisan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin dalam Harakahdaily baru-baru ini.
“Tulisan ini (Ustaz Ahmad Bilal) membawa maksud, jika Adly (bekas Ketua Menteri Melaka) mempunyai jiwa Islam, AMANAH tidak boleh bekerjasama politik dengan DAP, tapi perlu bersama PN. Jika tak bersama PN, tetapi bersama DAP, jiwa Adly apa?
“Orang AMANAH terutama Adly dianggap tidak berjiwa Islam hanya kerana bekerjasama politik dengan DAP?
“Jiwa Islam Adly hilang apabila DAP bersedia mengembalikan posisi KM kepadanya jika berjaya dalam pilihan raya akan datang?” soalnya.
Terdahulu, Ahmad Bilal menulis Adly dan PAN sendiri hatta PKR jika mempunyai jiwa Islam dan semangat negarawan, maka penyatuan ummah yang diusaha perkasakan ketika ini wajar disambut.
“Tinggalkan DAP yang membentangkan fatamorgana dan kehancuran generasi masa depan dan mari kita adakan ‘new deal’ bersama Perikatan Nasional,” katanya.
Mengulas lanjut, Ustaz Zolkharnain berpendapat adalah lebih sesuai ungkapan lain digunakan seperti Adly berjiwa kental, jika Adly mahu Melaka lebih maju, atau jika Adly mahu sungai Melaka lebih jernih berbanding mengaitkan dengan agama.
“Jika Adly bersama DAP dianggap tidak berjiwa Islam, Adly berjiwa apa? Bagaimana mahu ditakwil kenyataan itu? Jika “berjiwa bukan Islam” bukan antonim berjiwa Islam, berjiwa apa?
“Jika dulu, ada orang
Pas
yang berani secara terang-terang berkata orang Umno kafir, kini mereka agak lunak tapi pemikiran takfiri tetap wujud. Dan tak mustahil, jika terdesak ungkapan takfiri akan kembali membelit lidah pentaksub
Pas
,” bidasnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, tulisan pemimpin Pas itu tetap menggambarkan pemikiran takfiri memang berakar umbi dalam otak pentaksub parti tersebut seperti ketagih arak berakar umbi dalam diri orang jahiliah - Fazli Radzi

JANGAN LUPA KEMPEN PH di PRU15..ingatkan Rakyat tentang masalah dibuat UMNO BN. Puak tu yang MENONGKAT KERAT PN.


UMNO BN tetap lawan utama PH nanti. PA$ dan PPBM "gone case". PA$ tidak cukup sokongan pengundi atas pagar di Pantai Barat, PPBM TIADA akar umbi. Mereka hanya mampu guna kuasa dan wang peruntukan selaku KERA jaan PNkhianat. Biarkan. Biar rakyat dpt hadiah, namun undi belum tentu.
Rakyat bukan bodoh, terutama "Economic Voters" di sekitar 55 kerusi Parlimen. PNkhianat akan dpt "habuan" di PRU15 nanti. UMNO BN pasti terpalit sama atas kerosakan Ekonomi yg menekan dan menghancurkan kehidupan Rakyat.
Wallahualam.
Zus Din
26 April 2021



COVID-19 : SISTEM KESIHATAN INDIA RUNTUH.


INGAT tak betapa Modi berlaku zalim terhadap org-org Islam di India? Samada bala bencana itu tiba atas sbb apa hanya Allah Yg Maha Mengetahui.
Secara umumnya kita tahu bhw bala bencana itu tiba atas kerosakan dan dosa dari tangan-tangan manusia juga.
Modi dan ekstrimis mereka mgkin tidak ambil ikhtibar, tapi kita perlu belajar akan natijah dari kezaliman dan kerosakan yg berlaku. Ia tiba dan menimpa ke atas semua, bukan ke atas yg jahat shj. IKHTIBAR buat Malaysia.
Apa tidak berlaku penindasan, penganiayaan terhadap Rakyat Malaysia terutama dari segi Ekonomi dan Sosial? Tidakkah Rakyat DIKHIANATI?? Adakah pemerintah berhukum dgn adil?? Kita hanya mampu berdoa jika ada "RAMUAN" yg bisa mendatangkan bala bencana.
Wallahualam.
- Zus Din
26 April 2021







(function() { var d = document, w = window; w

BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

  Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka October 27, 2021  Veteran UMNO mendakwa ...