Tinjauan pendapat tunjuk kerajaan baharu perlu dipilih, kata Guan Eng


Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin Yassin terus dilihat tidak selamat dari segi politik.

PETALING JAYA: Undian bagi memilih kerajaan baharu, baik oleh Parlimen mahupun rakyat, adalah satu keperluan walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendapat peratusan sokongan tinggi dalam satu tinjauan pendapat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.

Memetik tinjauan terkini oleh Merdeka Center, Lim berkata, 46% responden percaya negara kini “menuju arah yang salah”, berbanding 41% yang percaya negara bergerak “ke arah yang betul”.

“Jelas kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak dipilih ini gagal membawa negara ke arah yang betul sekali lagi,” katanya dalam kenyataan, sekali gus menggesa supaya demokrasi ditegakkan dengan membenarkan Parlimen atau rakyat memilih kerajaan yang baharu.

Lim berkata, walaupun Muhyiddin mencatatkan kadar sokongan 67% “setelah gagal mengurus tiga krisis Covid-19, ketidakstabilan politik dan kemelesetan ekonomi”, beliau tetap dilihat tidak selamat dari segi politik.

Beliau mendesak Muhyiddin “membuka semula Parlimen dengan penuh keyakinan” dan bersedia mengadakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat pilihan raya.




No comments: