Kapal selam Nanggala 402 terbelah tiga, kru sah terkorban

 

Panglima Tentera Indonesia Hadi Tjahjanto mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung. (Gambar AP)

JAKARTA: Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

“Seramai 53 personel KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya berdasarkan visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.



No comments: