AHLI UMNO KENA KENCING LAGI....


PAU 2020: UMNO muktamad tolak kerjasama dengan BERSATU

Majlis Ketiadaan Telor (MKT) telah memutuskan tidak menarik sokongan kepada kerajaan tebuk atap. Sekali lagi warga parti keris telanjang tak bersarung yang memekik-mekik dengan penuh semangat di perhimpunan di PWTC tertipu dengan sandiwara pemimpin mereka.

Slogan, "No Dap, No Anwar, No Bersatu" hanyalah sebuah lagu dendangan penyedap halwa telinga perwakilan. Hakikatnya, "YES Bersatu, Yes PN".

Mana korang nak letak muka? Susah kalau parti dipimpin oleh orang yang ada masalah kerana pemimpin ini mudah untuk dipicit telor mereka.

.MKT umno takkan berani tinggalkan PN. Kalau setakat desak PN buka parlimen dan tamatkan darurat, NGO dan PH dah lama buat.

Sekarang, rakyat nak tengok sampai bila Umno mahu berlutut dgn PN? Kalau mlm tadi Umno umum tarik sokongan kpd PN, esok tumbanglah kjaan PN, maka keadaan negara boleh diubah segera. Tapi bila Umno terus sokong PN, maksudnya Umno redho dgn apa yg kjaan PN buat skrg.

Sembang kencang, tapi habuk pun tarak. Muhyiddin mampu 

Hebatnya Keadilan adalah pemimpin kami tiada masalah. Siapa boleh ugut Keadilan? Mahathir? No Way. Malah, Mahathir pun kami terajang ke longkang. PN tidak boleh ugut Keadilan. Sekor dua dalam Keadilan yang ada masalah, dipicit telor mereka, maka mereka lompat ke seberang. Tapi mereka bukan pemimpin besar kami. Mereka ke seberang pun tidak bawa seorang pun ahli Keadilan ikut mereka.

Wahai rakyat Malaysia. Sekarang korang boleh lihat parti mana satukah yang betul2 ada maruah dan tidak takut kepada ugutan Sang Penguasa. Parti berlambangkan 'mata lebam' lebih berwibawa, bermaruah dan berani berbanding dengan parti keris telanjang tanpa sarung. Itu fakta dan buktinya jelas depan kita.

Tidak guna Najib hari2 belasah Muhyiddin di media sosial. Muhyiddin hanya ketawa. Tidak guna Zahid lucutkan jawatan Shahidan Kassim di Perlis, Shahidan kassim sekarang terguling2 ketawa. Anuar Musa pula terbahak2 ketawa sambil makan budu.

PRU15, rakyat tiada pilihan lain kecuali bersama parti Keadilan kerana inilah satu2nya parti yang beregang erat dengan slogan "Lawan tetap lawan".

WFAUZDIN NS

 

No comments: