KENALILAH KARTEL DEDAK ?

Zaharudin nafi Dr Samsuri, Khalil terlibat kartel dedak





Pendedahan oleh Ustaz Zaharuddin mengenai kartel dedak dalam Pas telah membuka pekung bahawa parti tersebut bukanlah parti suci. Pendedahan sebelum ini berkaitan dengan wang 90 juta juga yang dikaitkan dengan wang umno yang  diberikan kepada beberapa pimpinan  Pas kini semakin terbukti kebenarannya.

selain kartel dedak yang didedahkan, kes 90 juta juga akan melibatkan sebahagian besar pimpinan Pas yang kini cuba berbaik baik dengan Umno malahan Hadi sendiri mengaku akan bergabung dengan Umno melawan PH...
Kata bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu pendedahannya berhubung "kartel dedak" suatu ketika dulu mendapat restu presiden parti terbabit.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, Zaharudin mendakwa kumpulan kartel terbabit mula menjalankan usaha menghasut bapa mentuanya sudah berjalan selepas dia membuat siri pendedahan mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun Zaharudin mendakwa maklumat yang disampaikan kepada Abdul Hadi ketika itu "separuh masak".
"Kartel waktu tu dah mula cucuk tok guru suruh hentikan FB saya. Macam biasa, bagi info (kepada Abdul Hadi) separuh masak, kata saya tembak sama sendiri dalam FB.
"Akhirnya saya bagi penjelasan sebab apa saya buat begitu. Dan tok guru restu dan saya tak tarik tulisan tu sampai sekarang," katanya melalui hantaran malam ini.
Isu "kartel dedak" bertambah panas hari ini apabila Zaharudin pagi tadi menyenaraikan secara simbolik lima watak utama yang didakwanya terbabit menerima wang daripada orang Umno.

Mahfuz seru ahli Pas tinggalkan parti kerana ‘cop halal’ Abdul Hadi



Mahfuz seru ahli Pas tinggalkan parti kerana ‘cop halal’ Abdul Hadi
Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas meninggalkan parti itu apabila pemimpinnya lantang menyuarakan kerjasama Umno-Pas hari ini sudah ‘bersih’.
Naib Presiden AMANAH itu menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang itu melucukan kerana berpandangan Pas-Umno kini bersih ekoran ahli kedua parti itu menyertai Pakatan Harapan diibaratkan memberikan ‘cop halal’ kepada Umno.
Beliau berkata, Presiden Pas itu sebagai ulama yang terkenal apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagai telah membawa kepada politik mencalarkan Pas-Umno
“Sedangkan menantunya pula mendedahkan Pas tidak bersih kerana ada kartel dedak yang membabitkan puak pimpinan Pas. Kartel dedak yang disebut itu sangat bertentangan dengan pengakuan dibuat oleh Presiden Pas sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan pendedahan Zaharudin Muhamd di posting facebooknya beberapa hari lalu, membuktikan wujudnya hubungan Umno-BN dalam kartel dedak.“Dedak makanan haiwan…saya tak tahulah apa maksud Presiden Pas itu. Pemimpin Pas haiwan menerima dedak daripada penternak iaitu Umno sendiri.
“Saya nak ingatkan beliau (Abdul Hadi) bahawa Najib penasihat Umno sedagnkan semua orang tahu najib terpalit dengan pelbagai skandal SRC dan 1MDB dan ramai lagi pemimpin Umno diseretkan di mahkamah.

“Walaupun ia hanya siasatan dan pendakwaan yang dibuat polis dan SPRM ini cukup mengambarkan penglibatan pemimpin Umno.

“Saya harap ahli Pas tdak lagi diperdaya oleh pemimpin Pas yang hari ini jadi ‘cop halal’ kepada segala salah laku Umno.

“Kemunafikan dan kebobrokan yang berlaku dalam Umno selama ini dan Pas memberikan tanda cop halal sebagaimana halalkan
barang yang dimakan oleh orang Islam,” ujarnya lagi.

Isu kartel dedak dalam Pas ini mula berbangkit apabila Zaharuddin yang juga menantu Hadi  membidas beberapa pihak yang membuat tafsiran tentang siapa lima kartel dedak yang dimasudkannya.

Kartel dedak adalah nama gelaran yang diberikan oleh Zaharudin kepada pemimpin Pas yang terlibat mengambil duit dari Umno.

Bagaimanapun dalam posting terkini beliau menafikan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda Pas Muhammad Khalid Abdul Hadi salah seorang daripada kartel dedak itu.
Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

Namun beliau tidak menafikan tiga nama lagi yang dinamakan oleh pelbagai pihak sebagai terlibat iaitu Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan, ahli parlimen Bachok Nik Muhamad Abduh dan ahli parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairudin Aman Razali.

Pada Sabtu, Abdul Hadi menjawab isu kafir mengakifir atau takfiri yang ditimbulkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan mereka yang ekstrem menimbulkan isu tersebut telah diambil Dr Mahathir masuk Umno, termasuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang keras menghentam kerajaan dan Umno pada tahun 1982.


Namun katanya, pergolakan yang berlaku tahun 1998 menyebabkan Anwar keluar daripada Umno dan mereka itu bergabung dengan PAS dan turut menimbulkan masalah lagi.
“(Tetapi) Alhamdulillah, saya ucap terima kasih (kepada) Perdana Menteri (kerana) ambil orang-orang ini masuk PH, masuk dalam parti dia, dan Umno bersih daripada orang ini. Jadi Umno dan PAS dalam keadaan yang bersih sekarang,” ujar Abdul Hadi.