ANDA PASTI TIDAK MEMPERCAYAINYA


Ahmad Shahril

*Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.*

*Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.*

*Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina oleh Trump untuk menyekat pelarian Mexico drp membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg  meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.*

*Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Sepanyol mengelami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian2 Spanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.*

*Tiada siapa akan mempercayai masjid2 dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara2 yg pernah mengharamkan laungan azan kini  sibuk membuka semula masjid2 dgn laungan azannya.*

*Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan yg merawati pesakit2 menemui ajal sedangkan pesakit2 mereka beransur pulih.*

*Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula2 drp sumber2 asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.*

*Tiada siapa akan mempercayai akhbar2 dan jurnal2 utama  dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith2 Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika  menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, wlupun alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.*

*Tiada siapa akan mempercayai yg ayat2 suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni2nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk  setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sbg agama pengganas.*

*Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara  kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dlm ketakutan seperti tikus2 dlm gereja.*

*Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa2 diatas.*

*Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.*

 *ALLAH Maha Kuasa, Yg Memiliki alam ini.. ALLAHUAKBAR!!*

Health DG: Today We Have 4817 Cases, Less Than The 6300 Cases As Predicted By JP Morgan By April 14

Health DG: 65 Specialists & More Than 1000 Nurses From The Private Hospitals Joining Us


*STATUS POLITIK: ORANG PAS*


Mat man

*Aku pernah berceramah bersama al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebelum PRU 1999 di Kedah. Dalam ceramah, aku cerita ada JKKK UMNO masuk PAS di Perlis*.

*Sampai giliran Ustaz Fadhil, dia kata, nak hairan apa di Perlis, JKKK UMNO masuk PAS. Di Kedah, pegawai kanan pendidikan, pegawai kanan polis, pengarah jabatan masuk PAS.*

*Memang pada waktu itu, dengan perkembangan semasa, ramai betul di seluruh Malaysia pegawai kanan kerajaan yang pencen masuk PAS bersama tokoh-tokoh masyarakat yang lain*.

*Pada waktu itu, orang PAS akan bangga kalau orang UMNO atau orang bukan PAS masuk PAS. Sebab, masuk PAS waktu itu ibarat hulur leher untuk dijerut oleh UMNO*.

*Tapi itu dululah. Sekarang orang UMNO tak berasa nak masuk PAS lagi sebab PAS-UMNO sudah berkahwin. Lagi pun mereka sudah berjaya dalam projek bersama tebuk atap*.

*Sekarang situasi juga sudah terbalik. Orang PAS akan bangga kalau mereka boleh pergi PWTC dan makan semeja dengan pemimpin UMNO. Mereka lagi seronok kalau dapat bergambar dengan Puteri UMNO atau Putera UMNO*.

*Maknanya pendirian politik orang PAS boleh berubah. Satu saja perkara yang pentaksub PAS istiqamah dari dulu sampai sekarang, tak berubah-ubah...*

*Tahu apa dia?  *MAKI Orang*

*fitnah orang,  kafirkan DAP,  sucikan MCA*.


#stayathome
#tolakpengkhianat


ANWAR JAWAB SURAT BERUNSUR FITNAH HADI




Anwar mengecam pihak yang menggunakan sumber fitnah termasuk daripada orang yang fasik untuk disebarkan kepada pemimpin islam seluruh dunia. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Zulkifli Al Bakri, yang kini dilantik sebagai Menteri Agama Perikatan Nasional memetik Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 6 berhubung tabayyun: Ayat tersebut bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Beliau merujuk kepada Surah Al-Hujurat, ayat 12, yang menyeru orang yang beriman supaya mengelakkan diri daripada prasangka. "Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."


MUAFAKAT NASIONAL TERPERANGKAP DALAM PN?

S’PURA HAMPIR BERJAYA PUTUSKAN COVID

HANGPA TENGOK LA DIA NI SAT...BAGI LA KEDIA SAMA.



Bodek dah...sesuai la letakmanamana GLC Idea pun baguih jugak kot nak pelingkup mana mana GLC...Mana la nak tau ..

MESEJ BUAT ANWAR TENTANG HADI…



Bob Kelanang.

Malam tadi semasa bersiaran secara hidup dalam dalam FB Anwar Ibrahim membangkitkan perihal surat yang dikarangi oleh Abdul Hadi Awang yang katakan dihantar kepada para pemimpin gerakan Islam di mana dalam surat itu ada disebut nama Anwar, sebagai seorang Freemason.

Freemason satu pertubuhan yang tiada agama dan tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Adakah Hadi nak mengatakan Anwar seorang yang tiada agama? Seolah2 menuduh Anwar seorang kafir?

Anwar sangat kesal dengan surat berkenaan kerana memfitnah beliau. Anwar kesal kenapa Abdul Hadi Awang yang diakui sebagai sahabatnya tetapi sanggup memifitnahnya. Kata Anwar untuk apa lagi Hadi berbuat demikian.

Haji Hadi mudah diperdaya oleh tipu dan muslihat dari internet.Tengok je nama Anwar, Hadi tak terbayang orang lain, hanya Anwar Ibrahim seorang  tu saja...

Soal Hadi nak sokong Umno (jadi Duta Khas) tidak jadi masalah sebab itu hak Hadi, tetapi yang dikesalinya untuk apa mengaitkannya.

Anwar menyebut tuduhan dia seorang Freemason itu perkara lama yang mana fakta dikutip Hadi fakta salah yang tidak ditabayunkan.

Anwar soal kenapa dalam membuat tuduhan kepadanya itu, Hadi naif untuk tidak membuat penyiasataan? (Itulah Hadi hanya tahu menyuruh tetapi tidak tahu berbuat, macam bocah tahu berak tapi tak reti basuh).

Saya nak sentuh sedikit hal ini di petang yang mulia ini. Ingin saya ingatkan Anwar begini sahaja. Beliau tidak perlu menjawab pun apa yang diungkitkan oleh Hadi itu.

Bukan sekali presiden parti agama itu berbuat silap dan bersikap sambrono begitu, sudah acap kali. Bahkan kalau tidak memfitnah orang, menyumpah orang dan merasakan dirinya suci itu bukan Abdul Hadi Awang, itu mungkin Awang bin Awang bin Awang.

Terbaik untuk Anwar pastikan dahulu apakah surat yang dikarangi Hadi itu dihantar, diterima, dibaca dan dipercayai oleh para pemimpin gerakan Islam itu atau tidak.

Tersebarnya surat tersebut adalah dengan tujuan agar Hj.Hadi itu benar2 bertanggungjawab dan berani mempertahankan apa yang ditulisnya itu setelah diberikan jawatan bertaraf menteri itu.

Kalau ia tidak diterima dan mempercayai apa yang Hadi fitnahkan itu, usahlah membuat apa-apa tindakan. Biarkan sahaja surat itu lenyap dalam laut Cina Selatan. Tidak perlu buat kerja sia-sia.

Sebaliknya kalau ia memberi kesan, ada implikasi dan memburukkan nama Anwar di mata dunia, Anwar perlu mengambil tindakan mahkamah. Beliau kena saman dan heret kawannya itu ke muka pengadilan.

Sedarlah kalau begitu perbuatannya tidak layak lagi untuk Anwar mengaku-akui yang Hadi adalah pernah jadi kawannya. Itu bukan lagi kawan tetapi musuh sepanjang zaman.

AKU JAWAB ORANG TANYA.


Malek Hussein

‪Menjawab kekawan yang bertanya:‬

‪“Semasa Pak Malek anggota parti Pas boleh terangkan tentang Anwar Ibrahim semasa itu dikalangan ahli Pas? Rata rata menyokong atau menolak Anwar Ibrahim?”‬

‪Aku menjawab berdasarkan pengalaman peribadi yang tidak mewakili sesiapa:‬

‪“Aku tahu nama Anwar Ibrahim sewaktu aku menjadi pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam 1973-1976. Aku tak pernah bertemunya semasa aku pelajar di ITM.‬

‪Pada 3 Disember 1974 demonstrasi lebih 20,000 pelajar-pelajar dari berbagai universiti dan institut pengajian tinggi meletus di Kuala Lumpur bagi membantah isu kemiskinan rakyat di Baling, Kedah akibat kejatuhan teruk harga getah. Ekoran demo itu, beberapa pemimpin pelajar dan tokoh ditahan oleh Kerajaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).‬

‪Kemudian pada tahun 1975 Kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk mencengkam pergerakan mahasiswa di semua universiti awam. ‬

‪Kerajaan memperluaskan cengkaman itu ke ITM dengan menggubal Akta ITM 1976. Para pelajar ITM bangkit membantah Akta ITM. Aku terlibat dalam menentangnya dan aku dipecat sebagai pelajar ITM atas arahan Menteri Pelajaran ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.‬

‪Aku kembali ke kampung setelah dipecat dan mengambil peperiksaan Association of Certified Accountants (ACA) sebagai private candidate. Aku belajar bersendirian, sambil bekerja menjadi pembantu jualan di sebuah kedai runcit di kampung.‬

‪Ketika aku di kampung, Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat dari tahanan ISA pada November 1976.‬

‪Selepas dibebaskan, Anwar selaku Presiden ABIM dan wakil Asia Pasifik dalam World Assembly of Muslim Youth (WAMY) menganjurkan Seminar Dakwah Belia Islam Asia di Kuala Lumpur yang diadakan pada Februari 1977.‬

‪Tanpa disangka, ketika aku di kampung itu, Anwar Ibrahim hantar rakan aku, Wan Nordin Che Murad untuk menawarkan aku bertugas bagi menjayakan Seminar Dakwah Belia Islam Asia.‬

‪Aku menerimanya, dan bergegas ke KL pada penghujung 1976. Aku menemui Anwar Ibrahim di Ibupejabat ABIM Pusat di Kampung Baru. Itulah kali pertama aku dan Anwar bertemu.‬

‪Episod-episod demonstrasi mahasiswa 1974, penganyangan gerakan pelajar melalui AUKU 1975, penggubalan Akta ITM 1976, dan penahanan Anwar Ibrahim di bawah ISA 1974-1976 itu berlaku ketika PAS berada dalam Kerajaan sebagai komponen Barisan Nasional (BN) sejak 1974.‬

‪Pada 1977 berlaku krisis Menteri Besar PAS Negeri Kelantan. Kemelut krisis itu mengakibatkan Kerajaan BN menggubal Akta Darurat Kelantan yang ditentang oleh PAS. Akibatnya PAS disingkir keluar dari BN.‬

‪Darurat Kelantan diisytiharkan pada 9 November 1977 dan berakhir pada 12 Januari 1978. Ia disusuli dengan pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Kelantan yang diadakan pada 11 Mac 1978.‬

‪Setelah disingkir dari BN, PAS berpecah dan parti BERJASA ditubuhkan hasil perpecahan dalaman PAS.‬

‪Dalam situasi PAS terhimpit dengan serangan BN dan BERJASA dalam menghadapi pilihanraya umum DUN Kelantan, Anwar Ibrahim mengambil pendirian menyokong PAS. Anwar kerahkan seluruh kekuatan ABIM mempertahankan PAS di Kelantan. Aku terlibat dalam kerahan itu, dan aku mengikuti Anwar berkempen menyokong PAS. Namun, disebalik sokongan itu, PAS kalah teruk.‬

‪PAS pada masa itu dipimpin oleh Datuk Asri Muda selaku Yang Di-Pertua PAS Pusat. Kepimpinannya dikecam dan dianggap oleh ramai kalangan dalam parti sebagai punca kemerosotan sokongan rakyat umum kepada PAS. Terdapat kalangan pimpinan PAS Pusat ketika itu berpendirian Asri wajar diundurkan dan digantikan oleh Anwar Ibrahim. Namun demikian, Anwar menolaknya.‬

‪Sementara itu, pada 1979 aku bermasalah dengan Presiden ABIM, Anwar Ibrahim kerana aku menganjurkan demonstrasi membantah campurtangan Soviet Russia di Afghanistan. Bantahan yang aku anjurkan itu tidak direstui oleh pimpinan ABIM Pusat, dan aku menentang dan mengecam keputusan mereka. Lalu aku dipecat dari ABIM yang dipimpin Anwar Ibrahim pada Januari 1980.‬

‪Dalam tahun 1981, Subky Latif seorang tokoh wartawan telah dipilih sebagai Yang Di-Pertua PAS Setapak. Selepas pemilihannya, Subky menemui aku dan mengajak aku menyertai PAS dan bercadang melantik aku sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, Wilayah Persekutuan.‬

‪Walaupun aku dipecat dari ABIM, hubungan peribadi aku dan Anwar tidak putus. Apabila Subky mencadangkan aku sertai PAS, aku merujuk kepada Anwar untuk membuat pertimbangan.‬

‪Aku ingat lagi kata-katanya apabila aku nyatakan Subky Latif mengundang aku menyertai PAS.‬

‪Anwar mempersoalkan aku, “Mana mungkin orang seperti kamu boleh menerima dan duduk di bawah kepimpinan [Datuk] Asri? Mana mungkin kamu boleh bekerja dengan orang seperti [Datuk] Abu Bakar Umar dan [Datuk] Sudin Wahab?”‬

‪Aku membalas Anwar, “I join PAS because you sacked me from ABIM. Where else can I go?”‬

‪Mendengar itu, Anwar tak sanggahkan aku lagi. Cuma dia berpesan dengan serius kepada aku, “Bantu Ustaz Fadzil Noor.”‬

‪Dalam tahun 1981, Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Kemudiannya pada 1982 Anwar menyertai UMNO. ‬

‪Aku dan ramai anak muda penyokong PAS amat kesali dengan tindakan Anwar sertai UMNO dan menyokong kepimpinan Dr Mahathir. Aku mencemuh pendapatnya yang kononnya untuk mengIslamkan UMNO. Ketika itu aku berpendirian, mana mungkin lubang penuh najis boleh dibersihkan dengan masuk ke dalam lubang najis itu?‬

‪Asri letak jawatan sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat di dalam Muktamar Tahunan PAS ke-28 pada 1982 dengan perwakilan sebulat suara menolak Ucapan Dasarnya. Sejak 1981 lagi, aku terlibat aktif menentang kepimpinan Asri. ‬

‪Bersama rakan-rakan seperjuangan, aku juga terlibat aktif menggerakkan usaha mencorakkan perubahan dalam PAS dengan mengemukakan gagasan Kepimpinan Ulama dengan mencontohi Iran yang berjaya menumbangkan diktator Shah Iran melalui perjuangan kebangkitan rakyat yang dipimpin oleh para ulama.‬

‪Dalam UMNO, Anwar Ibrahim dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 1982. Aku dan Anwar bertembung semasa beliau berceramah di Bukit Payong, Terengganu. Aku menyahut cabaran Anwar ketika dia mencabar PAS mengenai hujahnya menyertai UMNO. Aku melangkah ke depan dan menjawab cabaran Anwar. Hampir kecuh jadinya majlis ceramah itu.‬

‪Kami bertembung lagi dalam pilihanraya kecil parlimen Ulu Muda, Kedah pada 1983. Dia buat cabaran kepada PAS, dan segera aku meluru ke pentas untuk menyahut cabarannya. Namun, aku dihalang oleh pengerusi majlis.‬

‪Pendek kata, sewaktu aku menjadi ahli PAS dahulu, aku bersedia berdebat mendepani Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO di khalayak ramai, sekalipun diadakan dalam majlis pentas UMNO.‬

‪Apapun, sikap aku tidaklah mencerminkan sikap ahli-ahli PAS pada keseluruhannya. Semasa Anwar Ibrahim dalam UMNO, memanglah ramai ahli-ahli PAS menolak dan membencinya. Namun, aku tak nampak mereka itu berani mendepani Anwar untuk berdebat dan berhujah waras. Mereka ramainya hanya sekadar memekik kata-kata liar, menjerit slogan dan melaungkan bertakbir.‬

‪Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998 dan UMNO pada esoknya, rata-rata ahli PAS berubah selera sertamerta. Namun, mereka tidak dilihat bersama anak-anak muda aktivis sosial semasa ledakan Reformasi bagi menuntut perubahan dalam negara.‬

‪Sebaliknya ketika itu, PAS sibuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan politik untuk menambahkan keahlian parti. Ketika anak-anak muda bertarung di jalanraya menghadapi kezaliman dan penindasan pemerintah, PAS sibuk mengumumkan keanggotaannya bertambah setiap minggu.‬

‪Kesimpulannya, pendirian umum PAS terhadap Anwar Ibrahim tidak sangat berdasarkan prinsip menentang kezaliman dan menegakkan keadilan, tetapi lebih menggagasi kepada peluang dan kepentingan politik.‬

‪Aku tidak bermaksud mencemuh penyokong-penyokong fanatik PAS, tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan diri kamu bahawa dalam apa jua keadaan kita tidak harus menunggangi dan memperalatkan penderitaan orang lain untuk kepentingan duniawi diri. Jika demikian, itu cuma dorongan nafsu yang menampilkan perbuatan politik oportunis tahap paling menjijikkan dan menzahirkan akhlak berpolitik yang tersangat rendah lagi hina.‬

BEZA ANTARA PENGERUSI GLC DIZAMAN PH CUBA ANDA LIHAT PENGALAMAN MEREKA.



Senarai Chairman/Pengerusi GLC utama yang dilantik di bawah Pentadbiran PH:

1- Petronas: Datuk Ahmad Nizam Salleh

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Managing Director dam CEO Engen Ltd dan Vice President - Corporate Services di Petronas Gas Sdn Bhd. 

2- TNB: Tan Sri  Ahmad Badri bin Mohd Zahir

Beliau bertugas di Kementerian Kewangan selama lebih 20 tahun dan kini merupakan KSU MoF. 

3- TM: Rosli bin Man

Pernah penjadi President Celcom pada tahun 1996, dan COO GSM 1800 syarikat telekomunikasi di Indonesia. 

4- Tabung Haji: Tan Sri Md Nor Yusof. 

Pernah menyandang jawatang Managing Director MAS dan Executive Chairman Suruhanjaya Sekuriti. 

5- Felda: Tan Sri Mohd Bakke Saleh. 

Pernah menyandang jawatan Managing Director dan Chairman Sine Darby Plantation Sdn BhD dan merupakan salah seorang BOD Petronas. 

6- FGV: Datuk Wira Azhar Abdul Hamid. 

Pernah menyandang jawatan sebagai President dan Group Managing Director, Tradewinds Corporation dan CEO of MRT serta Group Managing Director of Malakoff. 

7- Syarikat Perumahan Negara Berhad: En Hassan bin Ibrahim. 

Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun di Bank Pembangunan sebelum menubuhkan firma guaman nya Messrs Hassan & Associates.

FELCRA: Datuk Nageeb Wahab

Merupakan CEO Malaysiaan Plantation Board dan pernah memyandang jawatan sebagai Vice President di Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. 

PNB: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. 

Siapa tak kenal Tan Sri Zeti? She was once one of the greatest and longest Central Bank Women Governor. 

MPOB: Tan Sri Bakke Saleh. 

--------------------------

Pernahkah PH melantik Ahli Parlimen Kerajaan sebagai Pengerusi GLC? Ya,  ada satu terlepas. Charles Santiago dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. 

Tapi itu je kot. Mungkin ada lain yang terlepas tapi agensi agensi kecil.

Tapi, dalam 10 lantikan PH dahulu, nisbah dia mungkin satu/dua berkait politik dan baki 9 lain ialah golongan profesional dan teknokrat. 

Simpan nama nama ini baik baik. 

Kita bandingkan kelayakan dan ketokohan mereka berbanding dengan lantikan lantikan Pengerusi Kerajaan PN yang bakal terdiri daripada MP MP yang tercicir nama mereka dari jadi Menteri/Timb Menteri. 

Slogan PAS Kerajaan Teknokrat?  Boleh campak dalam tong sampah sahaja. 

Kredit FB : Abu Affan.

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

Versi teks untuk Kenyataan Media Majlis SU PH:

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

13 April 2020

PERTIMBANG SEMULA KEPUTUSAN TIADA PENANGGUHAN BAYARAN BALIK LPPSA

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengambil maklum bahawa Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah mengumumkan 8 April lalu yang ia tidak akan memberi sebarang penangguhan (moratorium) pembayaran balik ansuran bulanan pembiayaan perumahan.

Antara sebab-sebab yang diberi termasuk kerana dana LPPSA disubsidi pada kadar faedah 4% yang lebih rendah berbanding kadar faedah mana-mana bank tempatan lain, kerana moratorium akan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 bilion, dan kerana penjawat awam telah banyak menerima bantuan Kerajaan.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan ekonomi negara yang semakin suram akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, semua golongan pekerja tidak terkecuali dari terkesan, termasuk 800,000 penjawat awam yang menerima pembiayaan pembelian rumah melalui LPPSA. 

Ramai di kalangan penjawat awam kini menjadi sumber sokongan kewangan buat ahli-ahli keluarga dan sanak saudara yang tiada pendapatan pada waktu PKP ini, lebih-lebih lagi kerana wujudnya persepsi bahawa “penjawat awam banyak terima bantuan Kerajaan”. 

Sebagai contoh, laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Bank Dunia menyatakan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendapati 28% rakyat yang bekerja terpaksa meminjam dari ahli keluarga untuk membeli barang keperluan asas. Dalam keadaan sekarang, sudah pasti jumlah peminjam seperti ini bertambah dengan mendadak, dan kebiasaannya ahli keluarga yang akan dicari pada waktu ini adalah dari kalangan penjawat awam.

Maka kesan ketiadaan moratorium ini terhadap kewangan para penjawat awam tidak boleh dipandang ringan, terutama bagi kumpulan Gred 56 ke bawah.

Oleh itu, Majlis Setiausaha berpandangan bahawa Kerajaan perlu pertimbang semula pendirian LPPSA ini, dan mencadangkan moratorium pembayaran selama enam bulan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah bermula 1 April 2020.

Majlis Setiausaha percaya langkah ini akan dapat membantu bukan sahaja penjawat awam malah juga keluarga-keluarga mereka menempuh keadaan ekonomi mencabar pada waktu ini.

YB Fahmi Fadzil
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Dr. Ong Kian Ming - 王建民
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Doctor rallies coworkers to dance on TikTok to spread joy


Kenapa lebih ramai lelaki mati akibat Covid-19?



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 


Lelaki membentuk kira-kira 76% daripada mereka yang maut akibat Covid-19 di Malaysia.

PETALING JAYA: Lebih 3/4 daripada mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia adalah lelaki, di mana trend yang sama berlaku di seluruh dunia.
Data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 58 lelaki Malaysia meninggal dunia akibat penyakit ini setakat ini, yang membentuk 76% daripada jumlah keseluruhan 76 kematian.
Peratusan Malaysia lebih tinggi berbanding yang dilaporkan di Itali (68%), China (64%), Jerman dan Sepanyol (63%) serta Australia dan Sweden (60%) menurut kumpulan penyelidikan Global Health 50/50.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr N Ganabaskaran memberitahu , tidak jelas mengapa begitu ramai lelaki meninggal dunia.
Angka di Amerika Syarikat menunjukkan lebih ramai keturunan Amerika Afrika yang mati akibat Covid-19 berbanding keturunan Caucasian.
Bulan lalu, satu kajian yang diterbitkan dalam Lancet, jurnal perubatan British, mengatakan bukti yang muncul menunjukkan alasan lebih ramai lelaki mati berdasarkan perbezaan imunologi atau jantina berasaskan seks seperti tabiat gaya hidup dan kelaziman merokok.
Pakar perubatan swasta, Dr Kuljit Singh, memberitahu  bahawa “secara amnya, wanita lebih berdaya tahan terhadap sebarang jenis penyakit berjangkit atau tidak berjangkit berbanding lelaki.”
Kajian morbiditi Malaysia pada 2015 menunjukkan lelaki Malaysia sangat terdedah kepada penyakit akibat gabungan diet tidak sihat, tidak aktif fizikal, penggunaan tembakau dan penggunaan alkohol yang berbahaya.
“Lebih 60% lelaki adalah sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes, 1/3 mempunyai hipertensi dan hampir 20% mempunyai kencing manis,” kata Azrul Mohd Khalib, ketua eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial.
“Ia adalah satu kombinasi yang menakutkan yang menjadikan lelaki sangat terdedah kepada Covid-19. Mereka mempunyai risiko peningkatan komplikasi teruk akibat jangkitan Covid-19,” katanya.
Azrul berkata kadar kematian yang tinggi akibat Covid-19 dalam kalangan lelaki di Malaysia mungkin dikaitkan dengan mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit – seperti diabetes – sementara 1/3 daripada mereka mempunyai 3 penyakit.
Azrul berkata lelaki berkemungkinan kurang mendapatkan rawatan perubatan sehingga terlambat bagi penyakitnya.
“Pada masa mereka dirawat di hospital, pesakit sama ada memerlukan rawatan intensif atau sokongan ventilator. Semua faktor ini berkemungkinan besar menyumbang kepada lelaki yang membentuk sebahagian besar kematian di Malaysia,” katanya.
Kuljit berkata wanita umumnya mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding lelaki, dan banyak kajian antarabangsa membuktikan wanita mempunyai tahap kebersihan yang lebih baik.
Satu kajian di AS menunjukkan 15% lelaki di sana tidak mencuci tangan selepas keluar tandas berbanding dengan 7% wanita.
Apabila mereka mencuci tangan, hanya 50% lelaki menggunakan sabun berbanding 78% wanita.
“Sebab yang paling penting orang mati akibat Covid-19 adalah kerana ia tidak dikesan lebih awal, tidak kira sama ada lelaki atau wanita,” kata Kuljit.
Sekitar 110,000 orang meninggal dunia akibat Covid-19, yang merebak ke 213 negara dan menjangkiti lebih 1.8 juta orang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 





BETULKAH SURAT ITU HADI YANG TULIS? KENAPA KEPADA PIMPINAN ISLAM?


Ibrahim Mat Isa


Ramai juga bertanyakan aku melalui text dan juga bersemuka, tentang SURAT HJ HADI. Antara soalan mereka, betul ke surat itu tulisan Hj Hadi, kenapa Hj Hadi mesti tulis surat kepada pemimpin Gerakan Islam, dan pasai apa mesti ditulis keburukan pemimpin yang jadi seteru parti dia..
Dan macam-macam soalan lagi timbul.
Seperti biasa, jika soalan secara beradab, aku jawab sampai si penyoal puas hati.
Yang boleh aku simpulkan dari jawapan aku ialah, seseorang yang kurang dipercayai, yang tidak diambil perhatian dan membawa banyak kerenah kepada orang lain sudah tentu membina kebaikan diri dengan wangian dan bunga, lalu dilonggokkan sampah dan najis kepada seterunya untuk menyatakan bahawa dia dan kumpulan dia ialah suci lagi menyucikan.
P/S | Sekarang, hal ini sudah jadi terbuka dan dibaca oleh umum. Siapa yang akan malu? Yang menyampaikan aduan palsu dan fitnah, ataupun yang menjawab tuduhan dan fitnah.
Pak Arab bukannya bodoh, tambah lagi mereka di dalam gerakan Islam. Kalau tidak, masakan mereka merujuk kepada parti Amanah supaya terangkan hal sebenar. Ingat Pak Arab telan bulat-bulat ke tuduhan Hj Hadi?
📷 Ini merupakan surat balasan kepada Jemaah Islam serta kerajaan Timur Tengah yang meminta pengesahan sahih dan pembuktian dari Parti Amanah Negara. Surat ini ditandatangan oleh Penasihat Umum Ustaz Ahmad Awang.

CASH IS KING’ MUHYIDDIN LEBIH PARAH DARIPADA NAJIB, NEGARA MENUJU KEHANCURAN



Pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bahawa semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Muhyiddin Yassin sedang mengamalkan budaya “cash is king” untuk mengekalkan kuasanya.

Ia juga menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan memiliki sokongan majoriti yang pasti menjelang Sidang Parlimen pada 18 Mei depan sehingga perlu menyuap mulut Ahli-Ahli Parlimen dengan jawatan berpendapatan puluhan ribu setiap sebulan kepada mereka, walupun rakyat sedang dilanda kesusahan akibat wabak Covid-19.

Malah Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas mengesahkan semua Ahli Parlimen parti itu yang belum beroleh jawatan akan menerima lantikan masing-masing tidak lama lagi.

“Ahli Parlimen PAS ada 18 orang, lapan orang sudah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang  (Hadi Awang) jadi duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.

"Tinggal sembilan orang lagi yang belum ada jawatan. Alhamdulillah saya difahamkan semua Ahli Parlimen  kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC,” ujar beliau.

Kenyataan Takiyuddin ini sudah semestinya benar kerana beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kedudukannya berada di bawah dagu Perdana Menteri setiap hari.

Dengan ini, semua Ahli Parlimen kerajaan yang belum mendapat lantikan, khususnya daripada Pas, bolehlah berasa senang hati mulai sekarang.

Sudah tentu, lebih-lebih lagi kerana Takiyuddin adalah pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam dan selalu berketayap putih, mustahil beliau mereka-reka cerita atau bercakap bohong mengenainya.

Cakap beliau tentunya perkara-perkara yang benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka.

Bak kata AR Tompel dalam filem P Ramlee, “takkan lebai nak menipu pulak”.

Begitu pun, keghairahan Muhyiddin mengagih-agihkan harta rampasan perang melalui lantikan dalam GLC kepada Ahli-Ahli Parlimen yang menjayakan tertubuhnya kerajaan tebuk atap akan menimbulkan beberapa kebimbangan, malah ketakutan yang mengerikan.

Pertama, keadaan ini memperlihatkan amalan budaya “cash is king” yang cuba dilakukan Muhyiddin jauh lebih teruk dan parah berbanding semasa Najib Razak dahulu.

Jika Najib menyuap ramai penyokongnya dengan wang tunai, Muhyiddin nampaknya mengagihkan jawatan dan kedudukan yang daripadanya akan membuatkan Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan jawatan itu mampu memperolehi elaun mewah secara bulanan, sambil menggunakan GLC yang diketuai untuk pelbagai manfaat lainnya lagi.

Sorrylah Najib, nampaknya Muhyiddin sekarang sudah memintas anda sebagai raja segala raja kepada amalan “cash is king” dalam negara ini!!

Kedua, dengan melantik semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan mengetuai GLC, bermakna faktor kelayakan, kemampuan, pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam hal ehwal syarikat dan perniagaan sebagai asas perlantikan seseorang itu telah diketepikan sama sekali.

Faktor kelayakan utama disisi Muhyiddin ialah mesti taat dan patuh kepada Perdana Menteri, walaupun mungkin ada sesetengah Ahli Parlimen yang dilantik itu hanya mempunyai pengetahuan berceramah, memberi kuliah di masjid dan membaca doa saja.

Jadi, dengan kedudukan itu, agak-agaknya selepas ini GLC yang dipengerusikan Ahli-Ahli Parlimen itu akan bertambah maju atau banyak yang lingkup dengan kerugian berganda-ganda setiap tahun?

Ketiga, memandangkan Ahli Parlimen yang dilantik itu sedar lantikan mereka bukan kerana kelayakan, kemampuan atau untuk memajukan GLC, tetapi semata-mata sebagai hadiah rampasan perang, maka dengan sendirinya mereka akan bebas melakukan segala-galanya tanpa gangguan.

Akhirnya, GLC lebih mungkin menjadi alat politik untuk mengukuhkan kedudukan, menambah pengaruh, mengekalkan keselesaan hidup sebagai wakil rakyat dan selebihnya untuk menambah kekayaan.

Untung rugi GLC yang daripada keuntungan itu dapat menyumbang kepada kedudukan kewangan negara bukan lagi jadi keutamaan dalam era Muhyiddin ini.

Akhirnya, katalah melalui lantikan Ahli-Ahli Parlimen itu mampu menyelamatkan Muhyiddin dalam usul undi tidak percaya di Parlimen pada 18 Mei nanti, tetapi menjelang kira-kira dua tahun lagi sebelum ketibaan PRU15, bukan saja banyak GLC akan hancur, bahkan negara ini juga akan jahanam jadinya.

Dengan ekonomi merudum susulan wabak Covid-19 yang  dijangka lebih panjang, minyak tiada harga, cukai-cukai perniagaan berkurangan dan GLC banyak yang rugi kerana sudah jadi alat politik dan untuk mengekalkan kuasa, tanpa  disedari, Muhyiddin melalui keghairahannya bakal menghadiahkan kehancuran untuk generasi kita yang akan datang.

(ShahbudinHusin 13/04/2020)


Amanat Hadi hingga Anwar Freemason: Silat pulut parti Islam

Amanat Hadi hingga Anwar Freemason: Silat pulut parti Islam



Sekarang gerombolan pengikut parti Islam sedang giat bersilat menafikan Hadi Awang menuduh Anwar Freemason. Ia selepas terbongkar surat tidak senonoh itu kepada pemimpin gerakan Islam dunia Arab.
Mereka sedang ‘terkucil’ dan ‘sakit perut’ dengan kebocoran surat yang tidak disangka ditulis oleh tok guru itu.
Sebenarnya sudah lama puak parti Islam, parti Melayu dan NGO Melayu tertentu membuat tuduhan Anwar alat Amerika Syarikat (AS), ejen Freemason, liberal, plural menyamakan semua agama dan sebagainya.
Itu sudah lama berlaku dalam ceramah-ceramah kecil, cakap-cakap di bawah, dalam usrah, dalam komen-komen di internet. Itu langsung tidak boleh dinafikan.
Tiba-tiba apabila ada sungguh dokumen yang mengulangi tuduhan yang membawa maksud yang sama seperti itu daripada orang tertinggi parti Islam.
Anwar pun menjawab atau menafikan khabar angin itu, yang antaranya bermula dengan nama yang sama dengan namanya tersenarai dalam jawatankuasa Freemason itu, dengan mendedahkan gambar orang yang bernama Anwar Ibrahim itu adalah seorang Arab yang gemuk dan berperut buncit.
Akibat tersalah urat kerana terkejut dengan pendedahan gambar Anwar Ibrahim Setiausaha Agung Freemason itu gemuk dan buncit perutnya, tiba-tiba terus pengikut parti Islam membuka silat pulut untuk mengelak dan mengelat dengan mempersoalkan ayat mana dan perenggan mana dalam surat itu menuduh anwar Freemason.
Kes tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar ini samalah dengan Amanat Hadi 1981, yang akibatnya orang Umno dikafirkan oleh pengikut Pas sehingga solat dua imam, tidak makan sembelihan orang Umno, bercerai-berai suami isteri dan putus silaturrahim antara adik beradik dan sebagainya.
Ia berlaku selama puluhan tahun. Maksudnya takfir memang berlaku dalam masyarakat, khususnya di Terengganu dan Kelantan. Di Kedah pula ia berlaku di bawah ajaran Ustaz Ibrahim Libya.
Apabila dibangkitkan Amanat itu antara punca kepada fenomena takfiri, mereka pun bingkas bangun dan bersilat pulut juga lalu bertanya, “ayat mana dalam Amanat itu mengkafirkan Umno?” Wow, hebat betul silat parti Islam.

MCA hina Pas halal?