SAIFUDDIN, SHAMSUL ANTARA CALON MENTERI PKR

ISU JAMAL, 1MDB PENENTU MARUAH PENTADBIRAN PH

PENASIHAT KERAJAAN BN GAJI RM200,000 SEBULAN?

Rakyat Malaysia buktikan perubahan boleh berlaku secara demokratik dan aman


Rakyat Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa sistem demokrasi masih memiliki harapan menjana perubahan secara demokratik dan aman demi memperbetulkan semula landasan negara.
“Kita telah membuktikan bahawa  sistem demokrasi negara kita masih ada harapan – meski memiliki masyarakat majmuk dengan kepelbagaian suku bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan, Malaysia berupaya menjalani perubahan secara demokratik dan aman,” kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, di sebalik permainan politik berasaskan kaum, agama, ketakutan dan pembohongan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pengundi telah nekad dan memilih untuk keluar daripada acuan politik perkauman dan ketakutan.
“Saya ingin melihat demokrasi bangkit semula di Malaysia, bukan sahaja daripada pihak media dan masyarakat sivik tetapi juga memiliki barisan pembangkang yang kuat,” katanya.
Namun, terdapat perbezaan yang ketara bagaimana untuk memiliki sebuah pasukan pembangkang yang kuat, kata Kit Siang.
“Ada yang berpandangan bahawa rakyat mungkin perlu memaafkan segala kejahatan besar, pengkhianatan dan kelemahan oleh kerajaan BN sebelum ini.
“Saya tidak mahu UMNO mati, tetapi adalah terlalu naif bagi mereka untuk memaafkan jenayah yang dilakukan UMNO-BN yang telah menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka dunia dan menjadi negara kleptokras global,” katanya.
Kit Siang berkata, UMNO-BN tidak akan memperoleh kredibiliti sebagai pembangkang selagi tidak bersedia untuk mengakui dua jenayah pengkhianatan terbesar terhadap negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara kleptokrasi global dan menjadi peneraju politik kebencian memainkan sentimen agama, kaum, ketakutan.

Dr Amim sebak, sumbang RM1 juta untuk Tabung Harapan


Kecintaan dan semangat untuk menyelamatkan negara telah mendorong seorang doktor gigi menderma sebanyak RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia hari ini.
Pemilik Amim Dental Surgery, Dr Amim yang juga merupakan pemilik lima buah klinik pergigian sekitar Johor Bahru hari ini menzahirkan rasa gembira dan terharu dapat melakukan sumbangan terhadap negara.
Serahan sumbangan tersebut dibuat dalam sebuah majis sederhana penyerahan replica cek kepada tokoh veteran Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; dan Exco Pembangunan Wanita & Pelancongan Johor, Liow Cai Tung.
“Ini adalah saat terindah dalam hidup saya apabila dapat berkongsi kegembiraan dengan yang lain.
“Saya gembira kerana saat ini saya boleh beri sumbangan kepada negara. Saya juga berbangga dengan kakitangan saya, kita mempunyai pakar yang bagus dan juga jururawat yang setia. Tanpa anda, kita mungkin tidak berupaya memberi sumbangan ini,” kata Dr Amim menahan sebak.
Ketika memberikan ucapan, veteran DAP Lim Kit Siang berkata Tabung Harapan merupakan  manifestasi ‘kelahiran semula’ Malaysia di mana rakyat Malaysia seluruhnya menunjukkan kecintaan kepada negara.
“Tak ada siapa berharap tabung ini akan berjaya mengumpul sehingga menghampiri jumlah trillion ringgit hutang negara namun ia boleh dikatakan sebuah katarsis nasional apabila rakyat Malaysia – walau apa yang telah dilakukan pemimpin sebelumnya, rakyat keseluruhannya tidak akan membiarkan tanah air dan masa depan negara digadaikan oleh pemimpin,” katanya membaca kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin berkata, jumlah RM1 juta yang disumbangkan tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil.
“Sebagai Ahli Parlimen, kita akan terus bersuara kepada rakyat supaya Pakatan Harapan menjadi kerajaan yang telus, bersih, tidak mencuri wang rakyat, akauntabel dan bertanggungjawab demi memastikan Malaysia dapat ditadbir dengan baik!”
Exco Pembangunan Wanita & Pelancongan Johor Liow Cai Tung pula dalam ucapan ringkasnya berkata sumbangan yang dilakukan seperti ini menunjukkan semangat patriotik kepada negara.
“Harapan rakyat Malaysia amat tinggi kepada Pakatan Harapan. Kami berjanji akan menggunakan dana Tabung Harapan ini di tempat yang betul dan secara telus,” katanya.
Selain pimpinan DAP, turut hadir memberikan sokongan ialah Dr Zakiah (isteri), para doktor dan jururawat dari seluruh kliniknya.
Menurut Dr Zakiah, pihaknya ingin membuat sumbangan sejak awal Tabung Harapan Malaysia dilancarkan secara senyap tanpa mahu didedahkan kepada umum namun terkejut apabila diberitahu bahawa Lim Kit Siang membuat keputusan menemui mereka hari ini.

42 Ahli Parlimen DAP akan sumbang sebahagian gaji untuk Tabung Harapan


Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP akan menyumbang sebanyak RM210,000 kepada Tabung Harapan Malaysia dengan derma RM5,000 setiap orang untuk membantu memulihkan krisis hutang negara kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, Tabung Harapan merupakan wadah dan manifestasi semangat patriotik dan  cintakan negara melangkaumi suku bangsa, agama dan daerah.

“Tabung Harapan adalah satu manifestasi ‘kelahiran semula’ Malaysia di mana rakyat Malaysia seluruhnya menunjukkan kecintaan kepada negara.

“Sebab itu saya juga ingin bertanya adakah Ahli Parlimen UMNO-BN juga akan memberi sumbangan kepada Tabung Harapan?

“Tak ada siapa berharap tabung ini akan berjaya mengumpul sehingga menghampiri jumlah trillion ringgit hutang negara namun ia boleh dikatakan sebuah katarsis nasional apabila rakyat Malaysia – walau apa yang telah dilakukan pemimpin sebelumnya, rakyat keseluruhannya tidak akan membiarkan tanah air dan masa depan negara digadaikan oleh pemimpin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga hari ini 11 Jun 2018, Tabung Harapan Malaysia telah berjaya mengumpul sebanyak RM56,662, 086.58 sejak dilancarkan pada 30 Mei lalu.
Tabung ini dilancarkan ekoran wujudnya banyak permintaan daripada rakyat Malaysia untuk meringankan beban hutang negara yang ditinggalkan kerajaan BN terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak. 

PRN KEDAH: PAS TAMAK KUASA – DR ISMAIL

TIADA DOKUMEN CHINA IMPORT AS$2 TRILION BARANGAN MALAYSIA

LAGI RAMPASAN BEG BERJENAMA DALAM BANGLO DIKAITKAN NAJIB

BANYAK 1MDB MINI – DAIM