Jentera perang siber BN dakwa mereka dilayan seperti kelas kedua


Lepas buat rumah pahat berbunyi.Tu dia mana tidaknya jentera perang cyber pun tak cerdik.Elok la kena humban dalam sampah.Kerja cyber trooper maki hamun orang.Awat ingat rakyat Malaysia akai dok bawah lutut ka. Patut pun. Kalau dok maki hamun, kata ke alim ulama, fitnah jadi mainan akhirnya kecoh sesama sendiri.

Bila dapat duit bukan bermakna hentam orang ikut suka hati, tetapi harusnya lah menggunakan fakta.Akai cyber trooper macam macai di TV1 TV3 dan akhbar yang lain. Berita yang cuba memperbodohkan rakyat diketika era 80an.Era dimana orang dan generasi baru yang tidak mendapat maklumat selain tv dan akhbar.Tetapi apabila dunia berkembang dan tahap kefahaman dan membaca meningkat, generasi muda membuka mata dan minda mereka untuk mengetahui lebih lagi.


Oleh Md Izwan
June 16, 2013

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Unit Media Baru (UMB) yang menjalankan tugas perang siber Barisan Nasional (BN) mendakwa dilayan seperti kelas kedua, kata pengerusinya Tun Faisal Ismail Aziz, sambil mempertahankan mereka tidak wajar dipersalahkan kerana prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Tun Faisal berkata tidak adil hanya pihak mereka dipersalahkan kerana dikatakan memainkan peranan, sebaliknya mempersoalkan sikap pemimpin atasan yang lebih mementingkan blogger-blogger upahan yang mementingkan wang.

"Jangan bila ada peruntukan, beri pada orang lain. Bila mesyuarat, panggil orang lain. Bila makan-makan ajak orang lain. Bila jalan sana sini ajak orang lain. Bila ada maklumat bagi pada orang lain. Bila operasi turunkan orang lain. Bila buat latihan, bayar orang lain atau guna modul yang bukan cadangan UMB.

"Tetapi bila gagal, salahkan UMB. Banyak cantik...," tulis Tun Faisal dalam laman blognya tunfaisal.blogspot.com tetapi tidak merujuk secara khusus terhadap individu yang dimaksudkannya.

Tun Faisal juga mendedahkan UMB sering dijadikan "kambing hitam" oleh blogger upahan apabila berlaku sesuatu kegagalan dalam sesuatu misi walhal kumpulan tersebut menerima arahan dan peruntukkan daripada pihak atasan.

"UMB sering dijadikan scapegoat oleh pihak tertentu untuk menafikan kegagalan mereka," kata beliau.

"Mereka akan terus menyalahkan UMB sebagai jentera parti. Mereka akan kata kami bukan jentera parti, apa jentera parti buat? Sedangkan arahan dan peruntukan diberikan kepada mereka, bukan kepada jentera parti," tambahnya lagi.

Disamping itu, Tun Faisal juga mempertahankan blogger-blogger yang berada dalam UMB sebagai individu yang berpengalaman diperingkat akar umbi dan memahami keadaan semasa, bukannya seperti blogger upahan yang disifatkannya sebagai mereka yang seronok sendiri walaupun mempunyai pengalaman dan pengaruh yang luas di alam maya.

"Jelasnya mereka ini mempunyai pengikut dan kekuatan tersendiri; dan yang paling penting, mereka bukan bukan menulis, berfacebook atau bertweet hanya dari dalam bilik, sebaliknya mereka orang yang masak dengan pengalaman operasi di lapangan.

Terdapat kira-kira 13 juta pengguna Facebook di Malaysia, dengan 64 peratus terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 dan 34 tahun, menurut sumber Socialbakers yang merupakan sebuah syarikat pemantau media sosial.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Malahan,  "Tsunami Politik" pada Pilihan Raya 2008 lalu juga dikatakan berpunca daripada peranan media baru yang terdiri daripada Facebook, Twitter, blog dan banyak lagi, dimana menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009.

Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.

Susulan keputusan mengejutkan tersebut, pemimpin atasan kerajaan pemerintah mula menyedari tentang peranan media baru tersebut dan telah membelanjakan jutaan wang untuk memperkuatkan jentera siber mereka pada pilihan raya 5 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, keputusan sebaliknya yang berlaku apabila BN masih gagal menyaingi kekuatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang lebih ke depan dalam perang siber dimana ia sendiri diakui oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum Pilihan Raya 2013 lalu.

Selepas pilian raya 5 Mei lalu, BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89.

Buat pertama kali BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan.

Anwar: Kecurangan pilihan raya perlu diselesaikan secara serius

Anwar: Kecurangan pilihan raya perlu diselesaikan secara serius

JAKARTA, 16 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
dsai_pc_jkt“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.
Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.
“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.
“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.
dsai_pc_jkt
Anwar ditemubual media Indonesia
Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.
Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.
“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya
Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.
“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.
Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53425

POLITIK JAKUN DI SABAH

 



















KOTA KINABALU: Dewan Undangan Matunggong Jelani Hamdan telah berjanji untuk menyiasat
dakwaan bahawa ramai penerima komputer riba 1Malaysia di kawasan itu mempunyai nama-nama mereka dikeluarkan daripada senarai, kerana didakwa menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lepas. Nama-nama mereka telah nampaknya telah digantikan.

Jelani berkata beliau akan menjalankan siasatan terperinci dengan memeriksa senarai asal yang mengandungi nama-nama penerima yang mendakwa mereka telah dikeluarkan.
Rupa-rupanya, yang sama telah dilakukan kepada warga emas dan ibu tunggal yang disyaki menyokong pembangkang dalam pilihan raya.

Beliau berkata, jika dakwaan itu benar, ia akan dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan dan ketidakadilan kasar kepada kumpulan-kumpulan orang.

Jelani berkata bahawa mereka layak menerima bantuan kerajaan tanpa mengira sama ada mereka adalah penyokong pembangkang atau Barisan Nasional (BN).

Beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin BN dan Koperasi mereka untuk tidak keterlaluan dalam meting keluar "hukuman" kepada mereka yang hanya menjalankan hak-hak mereka sebagai pengundi berdaftar.








 
Rakyat, katanya, mempunyai hak untuk menerima bantuan daripada kerajaan tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Jika tuntutan adalah benar, saya akan mengetengahkan ini semasa Undangan Negeri persidangan Dewan," katanya.

Beliau mendakwa mempunyai bukti warga emas yang nama mereka tidak lagi muncul dalam senarai penerima bantuan.

Jelani berkata terdapat juga dakwaan bahawa beberapa penerima rumah panjang di Matunggong telah digantikan.

"Kita juga tahu bahawa ada pemimpin yang meraih tanah yang telah dikenal pasti untuk orang-orang miskin di kawasan ini," katanya.

Untuk itu, beliau berkata rakyat harus diberi keutamaan seperti apa yang BN telah menyokong, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak berkonfrontasi secara semula jadi, tetapi ia akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat seperti yang diamanahkan kepadanya oleh rakyat.







SOKONG ATAU TIDAK IANYA TELAH DIPUTUSKAN

Kalau dibaca entri dibawah ini setelah polemik ini berjalan sejak sebulan lalu, ianya sememangnya telah di teruskan dan akan diteruskan. Ianya tidak memaksa mana-mana parti atau badan-badan tertentu untuk menyertai atau pun tidak, untuk menyokong atau pun tidak.

Melakukan himpunan ini bukannya untuk kepentingan PKR ,Anwar atau pun orgsmisasi tertentu, akan tetapi himpunan ini ada lah jelas untuk menentang penipuan.Kita sertainya bukan kerana Anwar atau Mat Sabu atau Ambiga menyertainya, atau pun bukan kerana Hj Hadi tidak menyertainya atau Nik Abduh menerima hakikat.

Penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat yang merasakan diri tertipu. kalau pemuda pas merasakan ianya bukan menjadi agenda sehinga membuat sidang akhbar, itu dikira sesuatu yang amat besar untuk dijadikan sebagai agenda pemuda PAS.Terus atau tidak 22 semua rakyat yang merasakan diri tertipu, wajib turn. Tidak ada walla,tidak ada hadia atau surah untuk menyuruh rakyat turun.

 

 

Pemuda PAS sokong himpunan Black 505 diteruskan

Anis Nazri, 15 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan sokongan terhadap mana-mana badan yang menentang dan membantah penyelewengan pilihan raya umum.

Sokongan itu dinyatakan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada sidang media di Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap itu.

Nasrudin berkata, sokongan itu dinyatakan kerana pihaknya berpandangan pilihan raya perlu dilaksanakan dengan adil dan telus, tanpa sebarang penyelewengan dan salah laku.

"Kita menerima apa sahaja keputusan yang diputuskan rakyat jika pilihan raya itu dijalankan dengan adil dan tanpa salah laku. Kalah menang dalam pertandingan itu kita terima," kata beliau kepada media.

Justeru, beliau menyatakan sokongan kepada himpunan Black 505 yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.

Sementara itu, menyentuh soal larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Padang Merbok untuk perhimpunan pada tarikh tersebut, Nasrudin hanya menyerahkan kepada pihak penganjur.

"Kita serahkan kepada penganjur. Jika mereka meneruskan himpunan aman itu di situ, kita teruskan. Begitu juga jika mereka pinda tarikh atau sebagainya," tegas beliau.

Dalam pada itu, Pemuda PAS turut menumpukan perhatian khusus berhubung daftar pemilih dan undi awal bagi persiapan sayap itu menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, penumpuan itu akan diberikan bersama jawatankuasa postmortem
yang dibentuk Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS yang turut memberi input kepada jawatankuasa postmortem di peringkat pusat.

Sidang media itu turut disertai Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...