LIVE : SEGMEN JOM NGETEH 55 - Penyertaan PPBM didalam Muafakat Nasional, menguntungkan atau merugikan UMNO


KERAJAAN PIMPINAN MUHYIDDIN KEKAL LEMAH , TAK STABIL



Walaupun Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 atau belanjawan tambahan berjaya diluluskan dalam undian belah bahagi di Parlimen petang tadi, tetapi realitinya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin kekal lemah, tidak stabil serta tidak diyakini.
Dalam undian yang diadakan, 111 menyokong, 106 menolak manakala 5 Ahli Parlimen tidak hadir.
Mereka yang tidak hadir ialah dua daripada PN iaitu Maximus Ongkili (PBS – Kota Marudu) serta Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO – Gua Musang) dan tiga daripada blok pembangkang iaitu Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), Shafie Apdal (Warisan – Semporna) dan Christina Liew (PH – Tawau).
Dalam undian memilih Speaker Parlimen sebelum ini, Azhar Azizan Harun disokong oleh 111 undi, sementara yang menolaknya ialah 109.
Maximus Ongkili yang dirawat di hospital juga tidak hadir ketika undian memilih Speaker dan Rashid Hasnon (Batu Pahat) tidak mengundi kerana mempengerusikan mesyuarat.
Tetapi, dalam undian belanjawan tambahan ini, oleh kerana Azhar yang mempengerusikan mesyuarat dan Timbalan Speaker boleh mengundi, malangnya undi yang diperolehi blok kerajaan kekal 111.
Kalau dicampur dengan Tengku Razaleigh yang dulu hadir tetapi kali ini tidak hadir, undi yang memihak kepada kerajaan menjadi 112.
Di blok pembangkang, tiga Ahli Parlimen daripada Sabah tidak dapat hadir ke Parlimen hari ini kerana ada kes saman yang difailkan oleh Musa Aman di mahkamah negeri itu.
Ketiga-tiga mereka adalah pemimpin utama kerajaan negeri Sabah di bawah Warisan di mana Shafie adalh Ketua Menteri, manakala Wilfred Madius Tangau dan Christina Liew adalah Timbalan Ketua Menteri.
Selain itu, ketiga-tiga mereka juga sedang sibuk dalam persiapan menghadapi PRN Sabah 26 September depan.
Jika ketiga-tiga mereka hadir, undi blok pembangkang akan menjadi 109 berbanding penyokong kerajaan adalah 111.
Maknanya, meskipun sepatutnya PN bolen mendapat 112 undi, termasuk undi Timbalan Speaker, tetapi kekal 111 kerana ketidakhadiran Tengku Razaleigh.
Itupun, sebelum pengundian petang tadi, Speaker telah menangguhkan mesyuarat selama 10 minit terlebih dahulu, dipercayai untuk memastikan jumlah Ahli Parlimen kerajaan yang berada di dalam dewan benar-benar mencukupi untuk menang undian.
Penangguhan seperti itu adalah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Apakah tanda semua itu?
Tidak lain ia menandakan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sekarang benar-benar lemah dan tidak stabil.
Selepas ini banyak lagi rang undang-undang perlu diluluskan di Parlimen melalui undian, termasuk Belanjawan 2021 pada sesi akan datang.
Mampukan Muhyiddin menanganinya?
Apakah nanti, Speaker perlu menangguhkan mesyuarat juga setiap kali sebelum undian dijalankan? 
(Shahbudindotcom 17/08/2020)


AKAN DIBAWA LIVE UNTUK ANDA


Henti tubuhkan kementerian baru untuk kroni






Penubuhan kementerian-kementerian baharu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan kerana ia dianggap hanya digunakan untuk memberi imbuhan kepada kroni dan mendapat sokongan politik.

Malah, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata peruntukan tambahan sebanyak RM7.184 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM7.8 bilion untuk perbelanjaan pembangunan tidak mencerminkan jumlah sebenar yang diterima oleh kementerian-kementerian baharu.

"Sebenarnya ada perbelanjaan tambahan untuk negeri dan perbelanjaan tambahan untuk setiap kementerian, jadi tentu sekali ada penambahan dari segi emolumen.

"Tetapi perkara ini tidak dirujuk menteri kewangan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan, cara ini mengelirukan rakyat sebenarnya.

"Justeru, saya cabar menteri kewangan supaya letak penambahan jumlah emolumen menteri, timbalan menteri dan ketua setiausaha kementerian baharu, kalau tidak kita tidak boleh lulus RUU ini," katanya dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Fuziah juga menganggap beberapa kementerian baharu tidak sepatutnya diwujudkan seperti Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

"Kementerian Tenaga dan Sumber Asli tidak perlu peruntukan tambahan tetapi ia dipisahkan dari Kementerian Alam Sekitar semata-mata untuk mendapatkan imbuhan dan untuk dapatkan sokongan kepada menteri dan perdana menteri dalam kerajaan PN

"Kita boleh bergerak efektif dan efisien, tetapi janganlah semata-mata tambah kementerian dan menstruktur semula kementerian untuk dapatkan sokongan, ini salah," katanya.

Fuziah yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mempersoalkan kewujudan Kementerian Perpaduan Negara, sebaliknya menggesa kerajaan supaya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Agama.

"Kementerian perpaduan yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanyalah kementerian kecil dan hanya menguruskan beberapa badan seperti rukun tetangga.

"Lebih elok tubuh kementerian untuk hal ehwal agama yang lebih wajar ada ketua setiausaha kerana sukar untuk uruskan isu agama apabila melibatkan agensi dibawah agama

"Malah, tidak ada yang mengurus mengenai soal jawab di Parlimen, jadi rasionalnya tidak kena dengan kerajaan PN ketika ini.

"Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) yang kini diletakkan dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga perlu diletakkan semula di bawah Kementerian Hal Ehwal Agama.

"Agensi ini amat penting untuk bangunkan industri halal negara bagi membantu industri kecil dan sederhana (IKS) serta perniagaaan mikro.

Kerajaan boros, kementerian baru jadi lubuk wang politik PN





Cara dan pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan perbelanjaan dan peruntukan ketika ini dilihat bermotifkan politik semata-mata.

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berpandangan bahawa saiz kabinet PN yang begitu besar dengan penambahan jumlah timbalan menteri dari kebiasaaan bukanlah cara baik untuk kerajaan bergerak ke depan.

"Malah, lantikan ahli parlimen dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun biasanya untuk memastikan asas pembentukan sesebuah badan itu seiring dengan dasar kerajaan.

"Malangnya, dalam pengalaman lepas ia tidak berlaku begitu, sebaliknya ia jadi lubuk sesetengah pihak mengatur wang untuk politik kepartian sempit," katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan ( Penguntukan Semula
Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 di Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Amin turut mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen dikembalikan bagi membolehkan peruntukan untuk setiap kawasan Parlimen diagihkan secara demokratik.

"Di disinilah (Parlimen) kerajaan membuat keputusan tertinggi dan tidak ada alasan untuk memperkasakan institusi Parlimen.

"Akta itu juga akan menetapkan setiap kawasan Parlimen untuk menyediakan peruntukan yang sama dan disalurkan oleh Parlimen, bukan melalui peruntukan khas dari menteri serta bukan mengurangkan peruntukan untuk pengaruh politik bersifat memihak.

"Ini membolehkan rakyat seluruhnya mendapat peruntukan pembangunan dan kebajikan yang diperlukan.

"Kita tidak perlukan ahli parlimen mempengaruhi GLC dan badan berkanun secara tidak wajar, sebaliknya ahli parlimen turun kawasan dan membantu penduduk serta memberi maklum balas mengenai apa yang dibahaskan di Parlimen," katanya.


Sidang Parlimen bertukar panas, kerajaan PN tidak cukup majoriti




Proses Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) Tahun 2020 bertukar panas apabila kerajaan gagal mendapat majoriti yang mencukupi.

Ini selepas 15 ahli parlimen berdiri sebagai tanda bantahan terhadap usul RUU tersebut dan memaksa speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun membuat proses undi belah bahagian.

Azhar menangguhkan sidang selama 10 minit dan meminta loceng dibunyikan selama dua minit, sebelum proses belah bahagian dibuat.

Bagaimanapun, Azhar kemudian bangun dan bertindak keluar daripada dewan, sekali gus mengundang reaksi negatif daripada ahli parlimen dari blok pembangkang.

Tindakannya dilihat sengaja memberi masa kepada ahli parlimen kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk berada dalam dewan supaya dapat mengambil bahagian dalam proses belah bahagian.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad sendiri meluahkan rasa hairannya terhadap situasi tersebut.

"YDP Speaker menangguh sidang selama 10 minit selepas membunyikan loceng selama 2 minit untuk melakukan undi belah bahagian.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini. Unprecedented!

"Ahli-ahli Parlimen Pembangkang terpinga-pinga! Tunggu apa atau siapa ya?" katanya di Twitter.

Selepas menangguhkan sidang lebih 10 minit, Azhar meluluskan RUU Perbekalan selepas proses belah bahagian mendapat sokongan daripada 111 ahli parlimen, manakala 106 ahli parlimen membantah usul tersebut.

Terdapat lima ahli parlimen yang tidak hadir iaitu Maximus Ongkili (Kota Marudu), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Shafie Apdal (Semporna) dan Christina Liew (Tawau).

Ini menunjukkan kerajaan PN terpaksa menggunakan taktik kotor jika tidak mempunyai majoriti bagi meluluskan sebarang Rang Undang-Undang di Parlimen.

KENYATAAN BERKAITAN NGO

Menteri Agama PN dicabar bentang laporan kewangan TH di Parlimen


Menteri Agama PN dicabar bentang laporan kewangan TH di Parlimen

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan beberapa pimpinan parti kerajaan seperti Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Menteri Agama kerajaan Perikatan Nasional dicabar untuk membentangkan laporan kewangan tahunan Tabung Haji di Parlimen.
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 5,6,7,8 dan 9 Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) (Akta 240) dan Seksyen 26 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), laporan kewangan Tabung Haji yang telah diaudit perlu dibentangkan.
Katanya, keperluan untuk melaksanakan tanggungjawab undang-undang ini amat penting bagi pengagihan hibah kepada pendeposit Tabung Haji.
“Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 22 (3) Akta Tabung Haji akan keperluan untuk memastikan nilai aset melebihi nilai liabiliti tahun berkenaan dan ia boleh dipastikan melalui Laporan Tahunan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara,’ katanya dalam satu kenyataan.
Laporan kewangan beraudit bagi tahun 2018 dan 2019 untuk Tabung Haji yang seharusnya dibentangkan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang lalu, tidak menjadi kenyataan ekoran berlaku pertukaran kerajaan pada Februari 2020.
Malahan perkara in telah ditegaskan oleh beliau dalam program Berani Semuka anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lepas.
Merujuk kepada kenyataan Mujahid, sebarang proses pengauditan yang berkaitan telah diselesaikan.
Justeru, bagi Pemuda AMANAH, tiada sebarang sebab yang boleh menghalang kementerian ketika ini untuk membentangkan laporan tersebut, apatah lagi jika sanggup beralasan bohong dengan mengatakan laporan tersebut masih belum siap.


Pemimpin yang paling digeruni di Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...ANDA TAKUT???ANDA TENTU AMBIL RASUAH

Image may contain: text that says "4G 13:57 Selagi pihak yang taja cerita liwat ini tak mampus, selagi itu cerita liwat tak pupus! 76 16 Comments Like Comment Share"

Pemimpin yang paling digeruni di Malaysia setakat ini adalah Anwar Ibrahim...

Sejak zaman Mahathir pertama kali jadi perdana menteri pada thn 1981 hingga ke era Najib Razak 9 thn ditampuk kuasa... keberadaan sosok bernama Anwar Ibrahim cukup dibimbangi..jadi mimpi ngeri kepada pemimpin kleptokrasi..

Berbagai usaha untuk memalitkan tuduhan terus digerakkan..satu persatu tak mampu mengetarkan sosok seorang pejuang..
Idea mengenakan tuduhan liwat sejak 1998 kini berulangkali terus dipergunakan.. ianya tak lebih sebagai peluru terakhir utk mengaibkan Anwar Ibrahim seumur hidup..

Kerana bagi mensabitkan tuduhan rasuah, bagai mustahil untuk berjaya jatuhkan Anwar.. ini kerana sedari awal sejak awal lagi Anwar tegas memerangi rasuah.

Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN ketika itu.

Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri waktu itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.

Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteri beberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.

Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997 itu.
Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.
Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.

Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.

Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.
Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.

Kepada Parti Keadilan Rakyat, para pendokong Reformasi..sudah-sudah lah mempercayai Mahathir Mohamad.




ANWAR IBRAHIM PD


Pelancaran Bulan Kemerdekaan KEADILAN Negeri Sembilan

Tarikh : 20 Ogos 2020, Khamis
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Dataran Pachitan, Kg. Pachitan, Port Dickson
#ParlimenPD



Image may contain: 3 people, people standing, text that says "Anjuran Biro Penerangan Keadilan Negeri Sembilan dan Pejabat DUN Chuah sdielkint 63 MERDEKA MALAYSIA PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KEADILAN NEGER SEMBILAN 20.08.20 Khamis 10.00 pagi Dataran Pachitan Kg. Pachitan, Port Dickson"

Pelancaran Bulan Kemerdekaan KEADILAN Negeri Sembilan
Tarikh : 20 Ogos 2020, Khamis
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Dataran Pachitan, Kg. Pachitan, Port Dickson

#ParlimenPD




Ziarah jenazah dan keluarga arwah Tan Sri Abdul Rahman Arshad. Jasa allahyarham amat besar pada negara justeru ia akan terus diingati dan dikenang oleh segenap kita. Mendoakan kekuatan dan ketabahan buat keluarga.

Image may contain: one or more people and indoor
Image may contain: 2 people, people sitting, table, food and indoor
[ADMIN]

Pejabat Parlimen Port Dickson menyampaikan sumbangan kepada Sjn Norasyikin & Cikgu Shahril di Kg. Paya, Port Dickson yang ditimpa musibah akibat ribut petir pada awal pagi tadi.
Penghargaan juga kepada pihak tentera yang bertindak segera menggantikan bumbung yang rosak di rumah mereka berdua.
#ParlimenPD






Mendapat khabar sedih bahawa Dr Essam el-Erian telah meninggal dunia tatkala di penjara di Mesir. Beliau adalah seorang doktor perubatan dan juga Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir yang sentiasa komited mendukung prinsip tersebut sepanjang hayatnya.
Saya menyeru agar tahanan politik, wartawan dan individu yang ditahan secara salah di Mesir segera dibebaskan dari tirai besi agar kematian tragik dalam tahanan seperti ini tidak berulang.
ANWAR IBRAHIM
Foto: AFP/MEE


Image may contain: 1 person, close-up



Bersama kumpulan Ahli Parlimen Digital. Saya tekankan soal maruah dan prinsip yang tidak harus diambil mudah oleh golongan muda.
Saya juga turut berbicara mengenai agenda reformasi yang menjadi landasan perjuangan sejak lebih 20 tahun.
Sebagai generasi muda mereka ini merupakan penerus legasi reformasi dan kesinambungan perubahan.

#Parlimen #ParlimenDigital








3 ADUN BERSATU AKAN AKAN KELUAR PARTI?

E-WALLET RM50, KELEBIHAN KEPADA GUAN ENG

PAS TIDAK BERNILAI DI MATA UMNO JOHOR?

SURAT IKLAS DARI SEORANG LELAKI YANG BUDIMAN, HANSEM, TAMPAN,IKLAS DAN BIJAK BUAT HADI AWANG

Akhirnya RUU 355 hanya sandiwara, alat kempen pilihan raya

Akhirnya RUU 355 hanya sandiwara, alat kempen pilihan raya



APA nak dikata, segala-galanya makin terang dan nyata dan apa yang acapkali dikata sebagai sandiwara sebelum ini, nyata tidak dapat disembunyikan lagi.
Begitulah apa yang terzahir di penghujung cerita di sebalik permainan UMNO dan Pas dalam menjadikan Akta 355 sebagai alat dan geli-gelian untuk rakyat jelata.



RUU355..Adi  Awang dah ngaku...ianya semata-mata untuk tujuan Politik dan bukanlah matlamat utama PASik.

TITM dah menghampiri ciri-ciri seorang lelaki Melayu yang Munafiq apabila memberitahu bahawa RUU355 memang tidak lengkap dan cuma di gunakan bagi tujuan Politik sahaja kerana status PASik sebagai PEMBANGANG (pada masa itu)!!!.

Semasa duduk sebagai PEMBANGANG...puak-puak lebai PASik turut mempersoalkan bible di dalam bilik hotel, Pakaian Peramugari, isu Allahyarham Adib, Pengisytiharan harta dan berbagai-bagai lagi perkara-perkara lain demi MEMFITNAH DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA sebagai platform utama bagi mencapai kemenangan.

Hari ini, puak-puak PASik dengan jelas mengakui kebiadapan mereka yang telah menghina, melacurkan dan mempersenda-sendakan agama.

Mereka (lebai2 Pasik) juga dengan jelas telah memungkiri janji kepada ahli-ahli 'Parti Asuhan Syaitan' dengan berjimak, bermukah, berlucahan, bersundalan dan menjadi jalang kepada parti umngok sdn bhd ketika mana UMNGOK hari ini, masih tidak pernah berubah iaitu mereka terus-menerus mengagung-agungkan SEKULARISME & LGBT (contoh Timbalan Speaker).

Maka, aku sanggup menjadi saksi di di Mahsyar nanti dan mengakui bahawa "kami telah dan pernah menyedarkan mereka supaya menjauhi ulamak-ulamak  Suk Ya Allah...dan meminta mereka keluar dari bersepakat dengan kumpulan-kumpulan yang menjadi perompak @ pencuri wang negara dan rakyat (umngok). Namun mereka menolak sapaan @ teguran kami itu Ya Allah kerana mereka terlalu walak kepada ulamak-jlamak PASik. Dan ada di kalangan mereka telah mendapat habuan berupa wang ringgit, pangkat, jawatan, perempuan dan jalang-jalangdari tepi jalan".
"Moga Allah mengampunkan aku dan ramai lagi rakan-rakanku yang lain yang GAGAL mengembalikan aqidah pewalak-pewalak  syaitan tersebut yang di ketuai oleh Diktator Abd Adi a/l Bawang marang perapu kepunden sotong sekeper!!!".

Wallahhua'lam....

Yang ikhlas, benar, jujur, bijak, tampan dan beriman (kepada Allah swt) :

Mohd Asri Bakar



(function() { var d = document, w = window; w

Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa

  Astro Awani September 22, 2021  KKM dan MKN hari ini membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi ...