MANA SATU YANG BETUL

PAS yakin gandingan parti itu dengan UMNO dan Bersatu dalam Muafakat Nasional (MN) akan mewujudkan suatu gagasan besar “Melayu Raya”.
Bukan itu sahaja, malah kata Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, langkah itu dapat memperkasa struktur masyarakat Malaysia.
Justeru tambah beliau, Pas menyokong penuh keputusan Bersatu untuk menyertai MN.
Namun demikian, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, MN bukan sebuah gabungan politik yang berpaksikan Melayu.
Ini kerana, katanya, MN sedang berusaha membawa masuk parti pelbagai kaum ke dalam gabungan yang kini disertai UMNO, PAS dan Bersatu itu.
Seterusnya jelas Annuar lagi, prinsip pelbagai kaum sangat mustahak untuk MN.
Jadi, mana satu yang betul?
MN sebuah gabungan “Melayu Raya” atau pelbagai kaum seperti BN sebelum ini?
Janganlah bagi pengundi pening kepala!! (Shahbudindotcom 17/08/2020)

No comments: