Liwat lagi, bangang kalau percaya
RajaGelap
Hahaha… Aku gelak je. Malas nak ambil pot sebenarnya. Tapi ada juga sesetengah yang mula syak wasangka. Jadi aku nak ajak korang fikir bersama.
Kenapa agaknya selalu kes liwat yang digunakan?
1. Perkara bohong yang diulang banyak kali akan dianggap benar. Kes Liwat 1 dan Liwat 2 gagal mencapai matlamat. Maka dibuat kes Liwat 3.
Jangan terkejut kalau ini gagal, akan ada kes ke-4 dan seterusnya. Sehinggalah yang tak percaya pun akan mula jadi sangsi dan akhirnya percaya.
2. Liwat adalah sangat susah untuk dibuktikan. Sebab tak ada orang yang akan simpan ‘sisa permainan’ sehingga 3 hari (kecuali Saiful).
Kalau dilihat, tuduhan kali ini juga cerita lama. Tahun 2015 kalau tak salah (aku tak baca habis). Bagaimana hendak dibuktikan (atau nafikan) kes yang sudah begitu lama? Sebab itu tuduhan hanya berasaskan sekeping SD.
3. Dan kisah cinta DS Anwar dan DS Wan Azizah juga diketahui umum. Hampir setiap masa mereka bersama. Dan jika tidak bersama pun, payah nak jumpa perempuan lain berjumpa berduaan dengan dengan DS Anwar.
Untuk menuduh DS Anwar ada affair dengan wanita lain sungguh tak mungkin. Dan rakyat juga akan sukar mempercayai DS Anwar mengkhianati DS Wan Azizah dengan wanita lain.
Lebih mudah suapkan minda rakyat dengan kes begini. Tambah lagi adanya kes Liwat 1 dan 2 untuk jadi penguat cerita.
4. Tuduhan lain seperti seleweng, rasuah, pecah amanah dan sebagainya memang tak dapat diadakan kerana ternyata DS Anwar suci dari sebarang salah laku begitu.
Ada lagi kalau nak dikira tapi aku malas nak menulis.
Sekarang, kenapa aku masih tak mahu percaya kes liwat ini?
1. Kerana meliwat ini susah. Berbanding dengan hubungan jenis dengan wanita, meliwat memerlukan lebih ‘effort’.
Kalau orang muda seperti Haziq, senang nak percaya. Tapi untuk seorang yang berumur 70, dengan sejarah sakit belakang, terasa hampir mustahil ianya berlaku.
2. Wajah orang yang dakwa diliwat itu… Bukan tak menyelerakan tetapi mengerikan. Aku rasa lebih mudah orang percaya DS Anwar langgan bapok dari meliwat lelaki yang menuduhnya.
3. DS Anwar sebenarnya boleh dapat yang lebih high class. Pergi sahaja ke luar negara. Boleh dapat barang mat saleh. Tak rasa pelik ke DS Anwar yang tahu kedudukannya di Malaysia mahu lakukan kerja terkutuk itu di sini?
Pemimpin Umno yang sah bangang pun nak berjudi pergi luar negara. DS Anwar nak buat di sini? Hey come on! Simple sangat rancangan kamu.
Apapun, terpulanglah kepada diri sendiri nak percaya atau tidak. Tapi kalau pihak polis nak ambil kes ini hanya berdasarkan sebuah SD, melihatkan cara kes Lim Guan Eng dikendalikan, aku tak pelik.
Sebagaimana aku tak pelik kes Azmin yang berbekalkan video jelas masih tidak diambil tindakan.
Dan aku pun pernah tulis… Aku jangkakan pemimpin utama PH akan dipenjarakan sebelum PRU15.
Dalam tulisan itu aku telah menyeru PH menampilkan barisan pemimpin pelapis bagi menghadapi PRU15 kerana kemungkinan pemimpin veteran yang ada akan meringkuk dalam penjara ketika PRU15.
Benda aku dah jangka. Buat apa nak terkejut? Rilek rilek suwa… Sambil makan kuaci.
Sebagai marhaen, aku tak dapat halang kelicikan permainan politik dajjal ini. Hanya setakat mampu berdoa agar Allah halang kejahatan ini dan selamatkan bumi Malaysia dari pemimpin khianat.
Sesungguhnya aku amat bersyukur andai manusia jahat yang memainkan fitnah ini mati dalam keadaan paling ngeri supaya jadi pengajaran kepada yang lain.