LAPORAN SINAR BIAS


 Laporan Sinar Harian berkaitan Saman REE: Sanusi vs Saifuddin ini tidak tepat!






Ya, Mahkamah terima bantahan Sanusi tolak PTG bertarikh 4hb Oktober 2022; Kompaun Pejabat Tanah Galian kepada MBI. 


Tapi Sinar Harian tidak laporkan ada surat yang dikeluarkan PTG Kedah bertarikh 5 Oktober 2022.


Laporan ini bagi saya bias, berat sebelah dan menjejaskan imej Saifuddin Nasution. 


Mohon jasabaik Sinar Harian dapat edit. Terima kasih.


Syam Ghaz



JANGAN LEPASKAN MEREKA NI

 


SIB BAIK BABI TAK LEH MENGUNDI

 


LAPORAN PAS.. PEMBANGKANG KIOK


 

PINJAMAN BANTU UNTUK YANG BERUSAHA


 

SANUSI DOK KATA KE ORANG. TAPI DIA APA PUN TAK BUAT

 


JANGAN SENYAP, TAPI LAKUKAN DENGAN TELUS DAN TANGKAP

 


Kesilapan Ilustrasi Jalur Gemilang: Siasatan Dalaman Masih Dijalankan - Fadhlina


Artikel di ruang komen




SANUSI AKAN KALAH KES REE.

 

Sham Ghaz. 


Sanusi nampak stress selepas keluar Mahkamah Tinggi Alor Setar Isu REE (nadir bumi) dan salahguna wang MARRIS (jalan).







Sepatutnya orang yang saman senyum, ni muka masam mencuka kenapa? 


Bagi yang follow rapat kes REE Kedah ni akan faham.


1. Tangkapan pelombong haram REE telah dibuat di Bukit Enggang, Sik, Kedah. Kes ini valid dan benar benar berlaku. 


2. Ho Chu Meng  yang ditangkap adalah sub kontraktor kepada syarikat yang jv dengan Menteri Besar Kedah Incorporate yang dipengerusikan Sanusi


3. MBI Kedah dikompaun RM500,000 dan Mahir Binari Sdn Bhd – RM130,000 kerana melombong secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Keda


4. Kesalahan dibawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara dikeluarkan oleh PTG Negeri Kedah.


5. SPRM telah mendakwa Ceo MBI kerana minta rasuah RM4 juta dan Setiausaha Politik Sanusi minta RM400,000. 


6. 


Sanusi saman Saifuddin untuk tutup mulut kerana dedahkan kecurian terancang hasil bumi Kedah.


6. Fakta kes ini jelas, Sanusi akan kalah. Saifuddin Nasution hero kerana berani dedahkan kecurian hasil bumi yang patut dinikmati rakyat Kedah.


7. Kita doakan kemenangan buat Saifuddin Nasution.



PH AKAN KEKAL .

 


WOIII BEQOK... KALAH KA TEWWW... KEH.. KEH.. KEH


 

KALAH TU KALAH LA WEIIII... PAS AKAN KALAH SAMPAI PRU KE 16

 


KISAH TOK SIAK SAMSENG. SAH WALAUN NI

 Che Ibrahim. 


Ambo pernah kena halau kerana berhenti kereta depan tandas, bukan petak parking, cucu nak kencing, hajat nak berhenti sekejap jah, terus kena maki, sambil ambo berlalu dan dia berlalu, pun dok maki lagi.... 


Memang ambo salah kerana berhenti wpun sekejap sebab bukan di petak parking...






Orang menjual, kita membeli, kata Dr Zulqarnain kepada Adun Pas Sura


 


K PRAGALATHApril 29, 2025

Peguam Zulqarnain Lukman bersedia berdepan dengan tindakan saman daripada Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi, Adun Sura dari Pas di Terengganu.

“Nampaknya Adun Sura agak emosi dengan pandangan awam.

“Jika kita menjadi ahli parlimen atau Adun sepatutnya kita perlu lebih cool dan tidak terbawa bawa dengan komen awam.

“Namun, jika Adun Sura hendak menjual kita sedia untuk membeli.

Zulqarnain turut menambah bahawa Fakhruddin mungkin tidak memahami maksud istilah menghasut dalam undang-undang.

“Sebelum itu, diharapkan YB memahami dahulu istilah menghasut dan kecenderungan menghasut. Istilah ini mempunyai maksud berbeza dalam undang-undang berkaitan akta hasutan.


“Ada puluhan kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang mengenai maksud istilah ini.

Isu ini tercetus ekoran kenyataan Fakhruddin berkenaan orang Melayu Singapura yang memberikan gambaran bahawa Fakruddin menghasut masyarakat mengurangkan kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

Pagi ini Tengku Fakhruddin berkata beliau mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat, malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara peribadi dan politik.

“Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain atas kenyataan liar dan bersangka buruk ini.

“Jangan menggunakan title ‘pakar perlembagaan’ tersebut untuk membuat sebarang tuduhan dan membawa persepsi jahat kepada seseorang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 


Pergolakan Bersatu Perak makin meruncing, ada akuan berkanun tolak kepimpinan Peja

 



K PRAGALATHApril 29, 2025


Pergolakan dalaman Bersatu Perak semakin meruncing dengan kemunculan akuan berkanun yang mendesak agar Ketua Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digantikan.

Salah seorang ketua bahagian Bersatu Perak yang enggan dinamakan mendakwa akuan tersebut ditandatangani 16 daripada 24 ketua bahagian Bersatu Perak yang tidak bersetuju dengan kaedah Faizal memohon pertukaran tempat antara Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.

“SD itu minta kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan pemimpin lain, ramai tidak setuju kerana tidak dimaklumkan pertukaran kerusi itu sebelum permohonan rasmi dibuat ke DUN.

“Surat itu diberi kepada Timbalan Presiden Hamzah Zainudin pada minggu lalu, sekarang kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya, lapor FMT.

Sumber tersebut turut menyifatkan tindakan Faizal memalukan presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Faizal yang lebih mesra dengan panggilan Peja memohon penukaran kerusi ekoran daripada pelantikan Nadziruddin sebagai setiausaha Bersatu Perak.

Jawatan tersebut kosong apabila dilepaskan oleh Zainol.

Sebilangan bahagian Bersatu menyifatkan usaha Peja sebagai ‘cubaan untuk membenarkan Nadziruddin mengambil alih jawatan pemangku ketua pembangkang daripada Zainol selepas Razman Zakaria dari Pas digantung selama enam bulan.

Permintaan tersebut telah ditolak speaker DUN tapi beliau memindahkan Nadziruddin ke barisan depan.

 

Siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri: Baru sampai 15-20 peratus



K PRAGALATHApril 29, 2025

Siasatan kes ke atas mantan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baharu sahaja mencapai 15-20 peratus, jelas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini kerana siasatan ke atas pengisytiharan harta mengambil masa yang Panjang, kata Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki.

“Mengisytiharkan satu hal, yang pentingnya dari segi memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar atau tidak,” katanya ketika ditemui di satu persidangan anti-rasuah.

Azam juga mengesahkan bahawa Ismail akan dipanggil semula untuk merekodkan kenyataan. Setakat ini Ismail sudah merekodkan kenyataannya Sembilan kali.

Perisytiharan harta telah dilaksanakan pada 10 Feb. Siasatan dimulakan pada 19 Feb.

Enam hari lain Ismail dipanggil untuk soal siasat dan setiap sesi mengambil masa enam jam.

 

Ismail sedang disiasat ekoran penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas di beberapa lokasi.

 



MB KAMI SEMPOI. NYANYI SAMPAI KELAM


 

TERKINI- KITA TENGOK SAJA...SIAPA NAK KENA.


 

PASTI....






 

PENDEDAHAN PANAS JOHARI GANI ISU KG SUNGAI BARU! INDIVIDU DISEBUT ANNUAR...



Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani berpendapat projek pembangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, perlu dimbil alih oleh pemaju lain khususnya syarikat berkaitan kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), TH Properties Sdn Bhd dan Sime Darby Property. Mencadangkan jalan penyelesaian, kata Johari, pemaju semasa dilihat gagal mendapatkan kepercayaan daripada penduduk yang tidak bersetuju dengan pengambilan tanah, selain melakukan pemindahan penduduk sebelum persetujuan 100 peratus diperolehi. "Jadi ada satu solution (penyelesaian) saya bagi (cadangkan) kepada dia orang (penduduk). Saya cakap, mereka ramai-ramai ada persatuan, dah tengok pemaju ini dah 'cap ayam' saya dah hot sikit. Cubalah pergi bincang dengan pemaju itu, tanya mereka. "Engkau dah tak boleh buat pasal dah hilang kepercayaan. Jadi untuk dapat balik kepercayaan orang kat situ, kenapa tidak dia (pemaju) surrender daripada projek ni? ADS "Bagilah kat UDA berapa yang kamu dah bayar pampasan. Kalau RM62 juta bincang dengan UDA. Jadi UDA buatkan projek ini. Jadi orang yakinlah. "Itu kalau UDA nak buat. Kalau UDA tak nak buat carilah mana-mana agensi. Mungkin Sime Darby Property, TH Properties ke, supaya orang yakin yang ada orang beli apabila projek ini akan siap," katanya dalam program audio siar, Podcast Utama, di TV3, malam tadi. Johari juga mendakwa pemaju sekarang menuntut pampasan yang tinggi sekiranya ada pihak mahu mengambil alih projek berkenaan dengan nilai ganti rugi mencecah RM170 juta. Dia berkata demikian sebagai mengulas isu berkaitan projek pembangunan di Kampung Sungai Baru yang menjadi kontroversi mutakhir ini. ADS Isu tersebut kembali hangat baru-baru ini selepas sekumpulan ahli parlimen pembangkang turun padang bertemu dan mendengar penjelasan daripada penduduk yang tidak bersetuju dengan pengambilan tanah kawasan itu. Patut uruskan penduduk tak setuju Dalam pertemuan berkenaan wakil penduduk mendakwa beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyebelahi pemaju, termasuk Annuar Musa, Shahidan Kassim, serta ahli parlimen Titiwangsa ketika itu, Rina Harun. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru dengan sebahagian penduduk enggan berpindah, bukan semata-mata kerana pampasan, tetapi kerana ingin mempertahankan warisan rumah pusaka keluarga. Menurut laporan media tempatan, projek pembangunan di kawasan itu bermula sejak 2016 dengan persetujuan 260 penduduk namun terhenti apabila 37 penduduk membantah. Pemaju kemudian menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mengambil alih tanah terbabit. Namun laporan Malaysiakini menyebut seramai 219 pemilik telah bersetuju manakala 109 pemilik lagi masih mempertahankan hak mereka. Mengulas lanjut Johari yang juga menteri Perladangan dan Komoditi berkata, projek pembangunan kawasan itu tidak boleh ditarik semula apabila Akta Pengambilan Tanah 1960 diluluskan dan 67 peratus penduduk sudah berpindah.










SAH!! - PN RESTU GABUNGAN UMDAP MANTAP - Hamzah Zainudin

MB SG4 jenis munafik kot dah dapat lepas tu henyak.....??

DENGAN PSM TUMBANG, APA CERITA?

ADUN PAS DIDAKWA HASUT RAKYAT SUPAYA TIDAK PERCAYA PADA AGONG! INFLUNCER...



Tulisan seorang Adun dari Terengganu berkenaan keberadaan orang Melayu boleh dianggap sebagai cuba memperkecilkan kuasa serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Peguam dan pakar Perlembagaan Persekutuan, Zulqarnain Lukman, berkata kenyataan dibuat Adun Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi (gambar atas) memberi gambaran bahawa kedudukan raja-raja Melayu boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa politik. Merujuk tulisan Adun terbabit di media sosial, Zulqarnain berkata, hantaran tersebut cenderung kepada perbuatan menghasut rakyat untuk mengurangkan kepercayaan kepada Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu. "Adun ini sudah melampaui batasan undang-undang dalam bersuara. Tindakan undang-undang patut dikenakan ke atas Adun ini," katanya dalam satu pandangan di Facebook hari ini. Semalam dalam tulisan itu, Tengku Muhammad Fakhruddin menyentuh mengenai Perlembagaan Singapura yang memberi jaminan kedudukan orang Melayu melalui perkara 152 yang didakwanya kini digugat walaupun tanpa sebarang pindaan. Dia antara lain mendakwa masjid di Singapura dikawal kerajaan, madrasah ditekan mengikut silibus sekular, bahasa Melayu menjadi 'hiasan' dan jarang berlaku kenaikan pangkat dalam kalangan anggota polis, askar serta kakitangan kerajaan berbangsa Melayu. "Semua ini berlaku tanpa perlu pinda satu huruf pun dalam perlembagaan. Kalau DAP dan geng dapat dua per tiga di parlimen (Malaysia), apa boleh jadi? "Kerusi Melayu dikecilkan, ubah peta pilihan raya, buat Melayu jadi minoriti dalam banyak kawasan, nak menang pilihan raya, sayonaralah," dakwanya yang menekankan bahawa perlembagaan itu hanya kertas. Bekas pegawai perubatan Hospital Kemaman itu turut mendakwa jika DAP berkuasa, jawatan penting dalam kerajaan akan diambil alih, belanjawan untuk Islam dipotong, dan sekolah agama ditekan. "Nak tahu lebih pedih? Semua ini berlaku di Singapura walaupun jaminan untuk Melayu ada atas kertas. Kita di Malaysia nak ulang sejarah itu? "Jangan sampai satu hari nanti anak kita tanya, ayah kenapa kita tak ada kuasa lagi? Mak, kenapa sekolah agama kena tutup?" dakwa Adun PAS itu lagi. Zulqarnain berkata, seseorang Adun sepatutnya mempunyai kefahaman yang lebih mendalam mengenai perlembagaan berbanding rakyat biasa kerana dia sendiri menjadi anggota sebuah badan penggubal undang-undang. Tertakluk perkenan Agong, raja-raja Seseorang Adun, tambah Zulqarnain, tidak patut meremehkan perlembagaan. "Tulisan di dalam Perlembagaan Persekutuan itu meskipun nampaknya seperti hanya kumpulan tulisan tetapi makna yang wujud dalam perlembagaan itu direalisasikan di dalam pentadbiran. "Tidakkah Adun ini sedar bahawa kedudukan dia di dalam DUN itu pun kerana termeterainya kedudukan di dalam perlembagaan. "Kemudian, Adun ini juga meremehkan kedudukan Melayu dalam Perkara 152 Perlembagaan Singapura. "Mudah sahaja bagi Adun ini untuk baca Perlembagaan Singapura kerana kerajaan Singapura sudah wujudkan Singapore Statutes Online. Masalah akan berlaku jika dia membuat perbandingan antara rasa buah epal dan buah oren," katanya yang juga pengamal undang-undang. Mengulas lanjut Zulqarnain menjelaskan, walaupun Singapura pernah menjadi sebahagian daripada Malaysia tetapi Perkara 152 Perlembagaan Singapura itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Malaysia. Katanya, Perkara 152 Perlembagaan Singapura meletakkan Melayu di bawah tajuk orang asal dan minoriti. "Begitu juga kuasa menjaga masjid di Singapura itu di bawah (kuasa) Majlis Ugama Islam, sama seperti di negeri-negeri di Malaysia. "Dalam Perlembagaan Malaysia semua jawatan penting dalam kerajaan seperti perdana menteri, menteri, ketua polis, panglima tentera, ketua hakim, peguam negara dan banyak lagi jawatan penting kerajaan kesemuanya perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja. "Dalam Perlembagaan Singapura tiada peruntukan berkaitan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-Raja. "Adun ini sedar atau tidak bahawa sebarang pelanggaran perlembagaan itu adalah suatu perkara yang serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sama ada secara sivil atau jenayah," tegasnya.








Laporan Video Forensik Skandal ADUN Sabah Minggu Depan – KP SPRM


Azam Baki sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah mengarahkan makmal forensik SPRM agar menyiapkan analisis 10 video berkait skandal rasuah ADUN Sabah secepat mungkin.

PUTRAJAYA, 29 Apr – Status laporan forensik mengenai video skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dijangka diketahui pada minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, beliau meneliti kesemua rakaman yang diterima dan tidak akan melengah-lengahkan siasatan.

“Saya jangka dalam seminggu lagi, seminggu lagi akan keluar. Saya ada bertanya dengan pegawai saya, saya pun tidak mahu lambat perkara ini.

“Jadi semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya. Jadi saya jangka dalam seminggu lagilah.

“Mereka memerlukan masa sedikit lagi kerana 10 video bukan satu video.” Katanya ketika ditemui media pada Persidangan Badan Anti Rasuah Asia Tenggara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.


‘Kena herdik dengan LOD, mencicit menyusun jari’


 


HarapandailyApril 29, 2025

Seorang peguam menasihatkan generasi muda hari ini untuk tidak melampaui batas dalam melontarkan kritikan sehingga dikenakan tindakan undang-undang.

​Liyana Marzuki menerusi platform berkata, sikap berhati-hati itu perlu diamalkan supaya tidak menyesal apabila menerima surat tuntutan atau Letter Of Demand (LOD).

“Pada saya, lelaki yang berani dan hebat, ialah lelaki yang boleh mengawal diri dan mengawal emosi sendiri.

“Bukan acah-acah berani mati. Bila kena herdik dengan LOD, mencicit menyusun jari.

“Anak-anak muda berhati-hati. Nak kritik dan komen silakan. Tapi kita ini orang Timur dan orang Islam.

“Jaga kelaku dan bahasa. Jangan terikut perangai keyboard warrior dan cytros yang ada. Depa tu untuk fitnah pun dibayar,” katanya.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2024/01/image-45-e1745895415171.png​Liyana Marzuki

Pengendali podcast Jangan Pajak Otak (JPO) itu berkata demikian mengulas tohmahan seorang pengguna Facebook, Naziron Mohamed terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Selepas menerima surat tuntutan atau saman dari Dr Zaliha, pemuda berkenaan telah ke pejabatnya di Putrajaya untuk memohon maaf.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/04/naziron-1.jpg

Mengulas lanjut, Liyana berpendapat kualiti sosio-politik semakin merudum.

“Maka lahirlah pengundi seperti saudara ini. Berpolitik bukan cara Nabi.

“Diikutnya perangai Arab Jahiliyah. Set-set Abu Jahal, penghina Rasullullah.

“Inilah kualiti orang muda kita. Nampak berani atau kuatkah mereka?” bidas Liyana lagi.

 


 

Adun Sura mahu saman Dr Zulqarnain kerana dakwa dia hina Agong


 


Adun Sura mahu saman Dr Zulqarnain kerana dakwa dia hina Agong

BORHAN AHMADApril 29, 2025

Adun Sura, Terengganu, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, beliau sedang membuat kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam perlembagaan, Dr Zulqarnain Lukman.

“Saya sedang mengambil langkah undang-undang terhadap Zulqarnain Lukman atas kenyataan liar dan bersangka buruk ini,” kata Adun berkenaan mengulas tulisan Dr Zulqarnain yang menyifatkan kenyataannya sebagai menghina Yang Dipertuan Agong.

Muhammad Fakhruddin, menegaskan bahawa tuduhan yang mengaitkan beliau dengan perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong adalah satu tuduhan yang sangat berat, tidak berasas, bersifat jahat dan berniat jahat (mala fide).

“Peguam Zulqarnain Lukman secara terbuka telah membuat kenyataan yang memberi gambaran seolah-olah saya menghasut rakyat untuk mengurangkan kepercayaan kepada institusi Raja-Raja Melayu — sedangkan kenyataan asal saya langsung tidak menyentuh apatah lagi menghina mana-mana Raja atau institusi DiRaja.

“Tuduhan ini bukan sahaja mencemar reputasi saya sebagai wakil rakyat, malah cuba mencetuskan persepsi buruk yang berunsur fitnah terhadap saya secara peribadi dan politik,” kata beliau.

Sebelum ini, Zulqarnain dalam tulisan yang kemudiannya dipetik Malaysiakini berkata, analogi yang dibuat oleh Adun dari Pas itu melalui tulisannya terlalu jauh melencong berniat tidak baik kepada Yang Dipertuan Agong.

 

 “Jika Adun ini hendak bermusuh dengan DAP itu dia punya fasal. Tetapi menyebarkan naratif songsang begini tidak perlu dibuat,” katanya.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2023/12/Dr-Zulqarnain-Hakim.jpg

Zulqarnain (gambar atas) dalam tulisannya bertanya, Adun ini sedar atau tidak dalam Perlembagaan Malaysia ini mengenai kedudukan Raja-Raja.

“Adun ini sedar atau tidak kedudukan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ini jauh lebih kuat daripada Perlembagaan Singapura.

“Dalam Perlembagaan Malaysia ini kesemua jawatan penting dalam kerajaan seperti Perdana Menteri, Menteri, Ketua Polis, Panglima Tentera, Ketua Hakim, Peguam Negara dan banyak lagi jawatan penting kerajaan kesemuanya perlu mendapat perkenan YDPA atau Majlis Raja-Raja.

Katanya, dalam Perlembagaan Singapura tiada peruntukan berkaitan YDPA atau Majlis Raja-Raja.

“Adun ini sedar atau tidak bahawa sebarang perlanggaran Perlembagaan itu adalah suatu perkara yang serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sama ada secara sivil atau jenayah.

“Tulisan Adun ini adalah memperkecilkan kuasa dan kedaulatan YDPA dan Majlis Raja-Raja seolah-olah Adun ini menganggap YDPA dan Majlis Raja-Raja ini boleh diperkotak-katikkan oleh kuasa politik.

“Tulisan sebegini adalah satu cenderung kepada perbuatan menghasut rakyat untuk mengurangkan kepercayaan rakyat kepada YDPA dan Majlis Raja-Raja.

“Adun ini sudah melampaui batasan undang-undang dalam bersuara. Tindakan undang-undang patut dikenakan ke atas Adun ini,” kata Zulqarnain.

 

MACAM BAGUS


 Pagi-pagi aku dah terhibur. Aku 𝗰𝗶𝗹𝗼𝗸 𝘴𝘤𝘳𝘦𝘦𝘯𝘴𝘩𝘰𝘵𝘯 ni dari 𝘱𝘰𝘴𝘵 kawan aku. Aku tak 𝘧𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸 mamat ni seingat aku. Harap betul la dia yang tulis.






Persoalannya, dia ingat dia siapa sampai orang takut sangat dengan dia? Sejujurnya, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 pun yang terfikir apa yang dia sebutkan tu.


Sedangkan raja dan ratu iblis, 𝗚𝗼𝗺𝗼 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗴𝗮, elok je hadap MCMC. Tak kena bunuh pun. Apalah sangat kalau setakat dia ni yang ibarat nyamuk tak bersayap.


Siapa la agaknya yang risau tu? Mungkin orang tu ada 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹. Atau belum matang jadinya mudah terpengaruh drama Hollywood. Macam 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶.


Rasanya tak ada siapa pun yang risau. Dia je agaknya yang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻. Macam budak sekolah dulu. Lagak samseng, bila cikgu panggil, terus menangis.


Atau dia sengaja reka 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Ye la. Walaupun mengaku tak berparti, tapi ramai yang kata dia ni dari 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗷𝗶𝗯. Sebab tu la 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗶 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝙨𝙘𝙧𝙪𝙩.


Kalau betul, dia maknanya telah melabelkan dirinya sebagai 𝘁𝗮𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Bukan taik biasa ni. Tapi ini taik 𝗸𝗹𝗲𝗽𝘁𝗼𝗸𝗿𝗮𝘁. 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸.


Dia ni bukan siapa-siapa pun. Tak gugat kerajaan pun. Nurul Izzah pun 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗮. Kalau bukan Liyana Marzuki beritahu, Izzah tak tahu pun 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 dia tu.


Malah Izzah tak buat laporan bahkan 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 dia disiasat. Lebih dari itu, 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗱𝗶𝙨𝙘𝙧𝙪𝙩. Jadi apa yang nak ungkit 𝗞𝗲𝘃𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗿𝗮𝗶𝘀, 𝗧𝗲𝗼 𝗕𝗲𝗻𝗴 𝗛𝗼𝗰𝗸 bagai? Perasan 𝙨𝙩𝙖𝙧 sangat ke?


Oh 𝘣𝘺 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺, kes Morais dan Beng Hock 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯. Zaman 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 ni, pemfitnah kerajaan pun dapat masuk radio dan tv 𝘮𝘢𝘪𝘯𝘴𝘵𝘳𝘦𝘢𝘮.


Perasan sikit-sikit tu normal. Kita manusia memang ada kala hati kita dijentik iblis untuk berasa riya. Tapi sikit-sikit dah la. Tak payah la rasa macam kita hebat sangat. Itu nanti iblis pun meluat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PANDANGAN USTAZ SALMAN

 

Ustaz 𝗦𝗮𝗹𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗶 ni salah seorang asatizah yang aku sangat hormati. Sebab beliau berani 𝙘𝙖𝙡𝙡 𝙖 𝙨𝙥𝙖𝙙𝙚, 𝙖 𝙨𝙥𝙖𝙙𝙚. Dan beliau bukan jenis menyimpan dendam.







Walaupun seseorang itu pernah menggelarkan beliau sebagai 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵, beliau sanggup 𝗯𝗲𝗹𝗮 semata-atas atas nama kebenaran. Inilah sikap terpuji.


Cuma yang aku tak setuju kalau nak kaitkan dengan menteri. Sebab di bawah 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜, penguatkuasa bertindak 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 pihak eksekutif.


Kalau menteri campur tangan suruh henti siasatan, bermakna kita 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 di masa akan datang, kalau ada 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁, menteri campur tangan dan suruh hentikan siasatan.


Biarkan agensi jalankan kerja mereka. Menteri tak perlu beritahu apa yang 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 dibuat. Kalau benar, tiada yang perlu dirisaukan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KENYATAAN PALING KIOK


Alif Jamil 


Ini kenyataan paling bebal selepas PAS diaibkan dgn kekalahan besar ditinggalkan hampir 5000 undi di PRK Ayer Kuning.





Dalam PRK yg hanya mencatat 58% keluar mengundi, dengan ramai perantau tak balik mengundi, calon Perpaduan masih berjaya belasah PAS sampai KO. 


Tapi PAS cuba spin konon rakyat tolak kerajaan walhal fakta dimedan sebenar menceritakan kisah yg sangat memalukan untuk PAS. 


PAS di tempat tercorot di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM). 


Di PDM Banir Utara, Kampung Coldstream dan Ayer Kuning Selatan , calon PSM di tempat kedua manakala PAS jatuh ke tempat ketiga dgn undi tercorot. 


PAS hilang 2 kubu kuat mereka. 

Masa PRU15, PAS menang besar di 3 PDM tapi PRK kalini PAS hanya berjaya survive 1 PDM saja.


2 PDM lain? Ghuyub, lesap tanpa batu nisan. 


Tambah lagi, undi PAS merosot lebih 800 undi sedangkan Perpaduan hanya alami penurunan turnout biasa kesan biasa dari PRK dan ia bukan disebabkan gelombang penolakan seperti yg PAS duk syok sendiri dakwa.


Hakikatnya, realiti harini rakyat sudah muak dgn retorik Perikatan Nasional terutama PAS tak serik menunggang agama tanpa rasa malu, menghalalkan fitnah dan Qazaf dan menjadikan pentas politik sebagai medan perkauman dan kebencian melampau. 


Dari kempen berisi idea, PAS pilih modal politik maki hamun, caci-maki dan tunggang isu babi untuk raih undi murahan.


PAS bukan saja gagal menunjukkan kematangan politik tapi mereka gagal menjaga akhlak Islam yg mereka laungkan selama ini. 


Spinlah berjela mana pun, ceramahlah berjuta patah perkataan pun. 


Tapi realitinya, rakyat di Ayer Kuning sudah menghantar mesej keras kepada Perikatan Nasional bahawa politik ekstrimism, perkauman dan fitnah itu sudah mula ditolak dan sedang terkubur dgn sendirinya. 


Sebab itulah Gelombang Hijau ini hanyalah gelombang hangat² tahi ayam saja. 


Dan harini Gelombang Hijau itu dah mula hanyut bersama najis khinzir. 


Yang tinggal hanyalah geng berkokok dipentas syok sendiri tanpa sedar rakyat sudah jauh meninggalkan mereka.


Dan amatlah merugikan bagi sekutu² PAS-PN seperti Gerakan Tanah Air dan PEJUANG yg berkempen untuk memenangkan PAS kerana kononnya mahu menumpang populariti undi melayu daripada PAS yg akhirnya sedang mula hanyut bersama najis khinzir. 


Perikatan Nasional dan sekutu sepatutnya kena sedar bahawa zaman harini adalah zaman kemajuan teknologi maklumat. 


Rakyat boleh akses segala maklumat hanya dgn jaringan internet sahaja. 


Jadi amat malang dan bebal jika mereka masih kekal dgn gaya politik murahan yg sama. 


Teruskan berkhayal , PN akan jadi aset besar yg boleh menyumbang kemenangan kpd PH-BN pada PRU akan datang.



RAMAI DAH YANG MULA SEDAR.


 

JILAKE


 

PAS MAKIN HANYUT LA


 

2 EKOR LEBAI PAS CUBA CAMPOR TANGAN


 

APA KATA ZAID IBRAHIM. DENGAR WALAUN PAS.


 

SIAPA NAK JADI AKAUNTAN PENTING UNTUK PEKERJAAN.


 

GADOH NGAT KAT MAHKAMAH