K PRAGALATHApril 29, 2025
Pergolakan dalaman Bersatu Perak semakin meruncing dengan kemunculan
akuan berkanun yang mendesak agar Ketua Bersatu Perak Datuk Seri Ahmad Faizal
Azumu digantikan.
Salah seorang ketua bahagian Bersatu Perak yang enggan dinamakan
mendakwa akuan tersebut ditandatangani 16 daripada 24 ketua bahagian Bersatu
Perak yang tidak bersetuju dengan kaedah Faizal memohon pertukaran tempat
antara Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin dengan Adun Changkat Jong
Nadziruddin Bandi.
“SD itu minta kedudukan Peja dikaji semula atau digantikan dengan
pemimpin lain, ramai tidak setuju kerana tidak dimaklumkan pertukaran kerusi
itu sebelum permohonan rasmi dibuat ke DUN.
“Surat itu diberi kepada Timbalan Presiden Hamzah Zainudin pada minggu
lalu, sekarang kita tunggu arahan selanjutnya,” katanya, lapor FMT.
Sumber tersebut turut menyifatkan tindakan Faizal memalukan presiden
Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Faizal yang lebih mesra dengan panggilan Peja memohon penukaran kerusi
ekoran daripada pelantikan Nadziruddin sebagai setiausaha Bersatu Perak.
Jawatan tersebut kosong apabila dilepaskan oleh Zainol.
Sebilangan bahagian Bersatu menyifatkan usaha Peja sebagai ‘cubaan untuk
membenarkan Nadziruddin mengambil alih jawatan pemangku ketua pembangkang
daripada Zainol selepas Razman Zakaria dari Pas digantung selama enam bulan.
Permintaan tersebut telah ditolak speaker DUN tapi beliau memindahkan
Nadziruddin ke barisan depan.
.jpeg)
No comments:
Post a Comment