Undi pos tentera guna kod luar negara? (LM)

DS Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan mengenai 42 undi pos di bawah kategori tentera dan polis yang didaftarkan di bawah kod bangsa Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Filipina. Apakah tentera Malaysia ini turut dianggotai oleh warga asing? (klip video di dalam)

Beliau juga mendedahkan dokumen SPR yang ditemui di luar lokasi rahsia di mana peti undi disimpan. 

Anwar berkata bukti ini mempersoalkan kredibiliti SPR dan menyeru mereka mengemukakan jawapan dengan segera.

Musa Hassan sertai Panel Keselamatan PR (LM)

Jadi, jika sebelum ini, Najib ada angan-angan hendak wujudkan keadaan huru-hara ala-13 Mei 1969 untuk terus berpegang kepada kuasa selepas keputusan PRU-13 diumumkan, eloklah fikir baik-baik.

Mantan pegawai tertinggi kedua-dua cabang keselamatan (ATM) dan ketenteraman awam (PDRM) kini telah menganggotai Panel Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat. 

Catatan pembuka mata dari Putrajaya... (LM)

Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat di Putrajaya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.