KEH.. KEH.. KEH..


Threads

Awatlani






Sey orang Nismilan, tak payahlah bergo-go away bona. 


Demikian tulis Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim di media sosial.


"Tak bulih ko cakap Nismilan. Nak jugak cakap omputih tu. Buek namo yo orang Nismilan. 


"Itulah manusio. Ado koso sikit mulo la  tunjuk lagak. Tak komano koso kau tu. Akhirnya bobungkuih mo kain kapan gak. Bongih lak sey," tulisnya tanpa merujuk kepada sesiapa.





DAH MASUK UGUTAN JENAYAH

 

Che Ibrahim




Ni dah masuk bab ugutan jenayah, kalau buat report polis, boleh penyakit budak ni...





SAMAN FITNAH

 

Dato Ismail Saleh





Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan telah menfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan mengekalkan pendirian bahawa kenyataannya berhubung pertikaian takhta Negeri Sembilan, siasatan polis, dan rasuah adalah berdasarkan fakta serta peristiwa awam.


Dalam pembelaan yang difailkan pada 15 Sept, Tuan Ibrahim menafikan bahawa ucapan beliau bersifat fitnah, dan mempertikaikan dakwaan Anwar bahawa beliau telah menuduh perdana menteri campur tangan dalam pertikaian diraja serta mengarahkan siasatan polis terhadap pengkritik Anwar.


Tuan Ibrahim mengekalkan pendirian bahawa Anwar telah campur tangan dengan mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar berikutan proklamasi mengatakan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar ‘pemerintah baharu’.


Tuan Ibrahim juga bergantung pada penghakiman terdahulu untuk mewajarkan kenyataannya berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah.


Bagaimanapun, Anwar menjawab pembelaan tersebut dengan berkata kewujudan penghakiman terdahulu mesti dibezakan daripada bukti bahawa beliau telah melakukan penyelewengan, rasuah, atau penyalahgunaan kuasa, seperti yang didakwa dibayangkan dalam ucapan Tuan Ibrahim.


Anwar menyanggah hujah mengatakan Tuan Ibrahim boleh menggunakan penghakiman itu sebagai asas untuk mengaitkannya dengan setiap dakwaan salah guna kuasa semasa pentadbirannya.


Beliau menyifatkan pembelaan tersebut sebagai percubaan terdesak oleh Tuan Ibrahim untuk mewajarkan kenyataannya.


Anwar turut mempertikaikan penjelasan Tuan Ibrahim mengenai isu takhta, mengekalkan pendirian bahawa pemimpin PAS itu gagal membuktikan bagaimana tindakan perdana menteri bersamaan campur tangan atau mengenal pasti sebarang tindakan menekan atau arahan yang tidak wajar.


Saman tersebut berpunca daripada ucapan Tuan Ibrahim yang didakwa dibuat pada satu ceramah PAS di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang, pada 14 Jun, di mana Anwar berkata beliau digambarkan sebagai menyalahgunakan jawatan berhubung pertikaian takhta, siasatan polis, dan dakwaan rasuah.


Anwar menuntut ganti rugi dan perintah injunksi atas kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu.


Firma guaman SN Nair & Partners mewakili Anwar manakala Yusfarizal, Aziz & Zaid mewakili Tuan Ibrahim.





ADAKAH UMNO NAK BERTEMPUR DENGAN MAHASISWA?






 Adakah UMNO kini mahu membuka gelanggang pertembungan dengan generasi muda hanya kerana seorang mahasiswa berani mempersoalkan tindakan orang ramai mengutip derma untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?


Persoalan itu timbul selepas sebuah laman Facebook yang menggunakan identiti Barisan Nasional (BN), IM4BN, memuat naik gambar seorang mahasiswa Universiti Malaya bersama petikan kenyataannya mengenai sumbangan kepada Najib.


“Perkara bodoh saya pernah lihat orang ramai derma pada Najib,” menurut petikan kenyataan mahasiswa tersebut.


Namun, bukannya menjawab persoalan yang dibangkitkan dengan hujah, laman berkenaan memilih untuk membalasnya dengan sindiran.


“Bangga diri dikeldai­kan? Kamu bangga diperbodoh?” tulis IM4BN.


Hantaran tersebut kemudian mengundang pelbagai komen yang menyerang mahasiswa berkenaan, termasuk mempertikaikan tahap pemikiran dan pendidikannya.


Seorang pengguna Facebook, Basri Kuchit, menulis, “Kesian mak ayah buang duit pi belajar last jadi BINGAI.”


Malah, terdapat juga komen yang menggunakan kata-kata kesat dan penghinaan peribadi terhadap wanita tersebut.


Keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai cara sebahagian penyokong politik menerima pandangan generasi muda, khususnya apabila pandangan itu menyentuh tokoh yang mereka sokong.


Generasi Z yang kini semakin aktif membincangkan isu politik, rasuah dan tadbir urus sememangnya mempunyai pandangan tersendiri yang tidak semestinya sehaluan dengan generasi terdahulu.


Namun, adakah setiap kali mahasiswa mengkritik pemimpin politik, mereka perlu berdepan serangan peribadi dan penghinaan?


Lebih menarik, isu asal yang dibangkitkan bukanlah mengenai UMNO secara keseluruhan, tetapi tindakan orang ramai memberikan derma kepada Najib.


Sebaliknya, perbincangan di ruangan komen bertukar menjadi pertikaian mengenai kewajaran mahasiswa tersebut menyuarakan pandangannya.


Walaupun IM4BN menggunakan identiti yang dikaitkan dengan BN, tiada bukti daripada tangkap layar bahawa serangan tersebut merupakan arahan atau pendirian rasmi UMNO.


Bagaimanapun, tindakan laman pro-BN itu tetap menimbulkan persoalan tentang imej politik yang mahu ditampilkan kepada pengundi muda.


Jika UMNO mahu mendekati Gen Z, perdebatan berasaskan fakta dan hujah mungkin lebih bermakna berbanding membiarkan perbezaan pandangan bertukar menjadi serangan peribadi.





KRITIK SALAH?


 Rak  Yat


Nak kritik pencuri pun salahkah? Bossku curi duit berbilun-bilun adalah fakta. UMNO ingat dia siapa?






TERBAIK ADIK.



Mohd Asrie



 Saya sokong apa dia kata, dia juga kena bayar hutang sampai dia mati.

TERKINI πŸ‡²πŸ‡Ύ | UMMI UMAIRAH TAMPIL BERI PENJELASAN






Pelajar Universiti Malaya, Ummi Umairah, menegaskan bahawa soalan yang dibangkitkan dalam sebuah forum disediakan sendiri olehnya, bukannya atas arahan mana-mana pihak.


Beliau menjelaskan bahawa fokusnya adalah isu rasuah dan feudalisme, bukan kepentingan mana-mana parti politik.


Ummi turut menegaskan bahawa dirinya bukan ahli politik dan akan mengkritik perkara yang dianggap salah tanpa mengira pihak.


Apa pandangan anda tentang keberanian mahasiswa bersuara? πŸ€”


#UmmiUmairah #UniversitiMalaya #IsuRasuah #SuaraMahasiswa #BeritaMalaysia




AJAR LAH ADAB PADA AHLI KAMU

 

Rozy Rashid


Nak cerita bab adab, rasanya UMNO boleh ajar adab pada penyokong mereka dulu..





PERGINYA SEORANG PEMBERANI. BACA ALFATIHAH BUAT ARWAH.

 

Syam Ghaz. 





Ya Allah. Team 4x4 kami di Kelantan telah pergi meninggalkan kami buat selama-selamanya. innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah 😭


Waktu masuk hutan tebal misi bantu orang asli, lawan tauke balak dan lombong beliau salah seorg yang selalu bantu kami.


Sama-sama lawan kaki pengkhianat Alam Sekitar dan RASUAH dalam hutan. 


Takziah buat seluruh ahli keluarga Ayah Ta🀲🏻




KJ ADA PRINSIP




 Khairy Jamaluddin (KJ) seolah-olah 'diserang hendap' oleh seorang pelajar Gen Z apabila diajukan soalan panas mengenai rasuah, skandal 1MDB dan tindakan mempertahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.





Dalam sebuah forum kepimpinan anak muda baru-baru ini, pelajar berkenaan membangkitkan persoalan bagaimana masyarakat masih sanggup mempertahankan dan mengumpul derma untuk Najib walaupun wujud skandal 1MDB.


Bukan setakat itu, pelajar tersebut turut mempersoalkan bagaimana generasi muda boleh melawan budaya politik feudal dan rasuah yang masih membelenggu negara.


Soalan itu tentunya mencabar buat KJ yang pernah menjadi pemimpin kanan UMNO, lebih-lebih lagi apabila ia menyentuh bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang pernah menjadi sebahagian daripada kepimpinan parti tersebut.


Namun, KJ tidak mengambil jalan mudah dengan mempertahankan semua tindakan pemimpin parti sendiri.


Sebaliknya, beliau memberikan jawapan mempertahan prinsip integriti.


"Apa yang salah tetap salah. Perkara yang tidak boleh dipertahankan, jangan dipertahankan," tegasnya seperti dilaporkan media.


Menurut KJ, seseorang tidak sepatutnya takut untuk bercakap mengenai rasuah walaupun ia melibatkan pemimpin sendiri. Salah urus tetap salah urus dan soal integriti tidak boleh dikompromi.


Insiden itu memperlihatkan generasi muda semakin berani mempersoalkan soal integriti dan kebertanggungjawaban pemimpin politik.


#NextStepMalaysia




MA PAS PESAN UTAMAKAN UMNO BERBANDING PARTI LAIN


Che Ibrahim








Bila Hashim Jasin, MA Pas pesan, Pas hendaklah utamakan UMNO dalam perundingan politiknya, tiba tiba ambo mari teringat kenangan  main parti zaman muda muda dulu:


1. Kena akad nikah 2 Kali, mula mula ustaz kampus atau pemimpin Pas yang akad nikah sebelum di akad pula oleh tok imam di kampung nanti, semuanya gara gara fatwa tidak sah akad nikah dengan wali atau tok imam UMNO. 


2. Bila ke surau/masjid, kena tengok dulu sapa imam, jalan paling selamat solat "dua imam" atau solat bersendirian, ini gara gara fatwa tidak sah solat di belakang tok imam UMNO. 


3. Bila ada jemputan kenduri, kadang kadang terpaksa makan dengan sambal, nak makan daging tak berani sebab tidak sah sembelihan orang UMNO, tapi ada juga yg curi curi makan kuah sahaja atau pilih kakas dalam.


4. Bila ada kematian ahli UMNO, pakat susut alat gali kubur, tak mahu gali kubur kepada orang UMNO, sebab orang UMNO kalau pun dikuburkan di perkuburan Islam, mayat dia akan merangkak ke jirat juga. 


Alhamdulillah, sekarang ni semua fatwa tersebut sudah tidak terpakai walaupun tidak pernah dibatalkan.




MUKA TERCEKIK KERANG.

 


Sam Lim


Kena back hand dengan budak U.

Terus jadi muka lobster tercekik kerang.. 🐚




SEMBANG HAMZAH GUNA AIR LIUR. TIADA CONTOH UNTUK MENILAI.







 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sekali lagi mempertikaikan Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa kerajaan tidak mempunyai wawasan jelas untuk pembangunan masa depan negara.


Menurut Hamzah, selepas hampir empat tahun setengah mentadbir dan membentangkan lima belanjawan, kerajaan sepatutnya sudah menunjukkan perancangan jangka panjang yang mampu memberikan manfaat kepada generasi akan datang.


Beliau mendakwa Belanjawan 2027 terlalu tertumpu kepada keperluan semasa tanpa memperlihatkan hala tuju pembangunan ekonomi yang cukup jelas.


Hamzah turut membandingkan pendekatan kerajaan hari ini dengan pentadbiran terdahulu yang memperkenalkan pelbagai dasar pembangunan jangka panjang.


Antaranya pembukaan kawasan baharu ketika era Tun Abdul Razak Hussein, dasar perindustrian semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangunan koridor ekonomi ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.


Bagaimanapun, kritikan Hamzah itu turut membuka persoalan mengenai perancangan ekonomi alternatif yang ditawarkan oleh pihak pembangkang sendiri.


Ini kerana pada hari yang sama, Hamzah menolak gesaan supaya pembangkang menyediakan Belanjawan 2027 alternatif dengan alasan dokumen tersebut tidak akan dapat dilaksanakan.


Beliau menyifatkan penyediaan belanjawan alternatif sebagai tindakan yang boleh menjadi sekadar ‘syok sendiri’ kerana pembangkang tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.


Menurut Hamzah, peranan pembangkang adalah untuk meneliti dasar kerajaan dan mencadangkan penambahbaikan melalui perbahasan di Parlimen.


Namun, persoalan yang timbul ialah bagaimana rakyat dapat membandingkan pendekatan ekonomi kerajaan dengan pembangkang sekiranya cadangan alternatif tidak dihimpunkan dalam satu pelan kewangan yang lengkap.


Dalam kritikannya terhadap Belanjawan 2027, Hamzah turut membangkitkan peruntukan pembangunan sekitar RM83 bilion yang menurutnya masih belum mencapai sasaran RM90 bilion setahun.


Beliau berpandangan kerajaan perlu memberikan perhatian lebih besar kepada projek infrastruktur yang boleh menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi untuk tempoh panjang.


Antara idea yang diketengahkan pembangkang termasuk meningkatkan jaringan logistik antara pantai timur dan barat Semenanjung serta membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Kota Bharu, Kelantan.


Cadangan tersebut memperlihatkan pendekatan Hamzah yang mahu memberikan penekanan kepada pembangunan infrastruktur berskala besar.


Pada masa sama, kerajaan pimpinan Anwar meneruskan pendekatan mengimbangi perbelanjaan pembangunan, bantuan rakyat dan usaha mengurangkan defisit fiskal negara.


Perbezaan pendekatan itu sebenarnya boleh dinilai dengan lebih jelas sekiranya kedua-dua pihak memperincikan kos, sumber pembiayaan serta pulangan ekonomi yang dijangka daripada dasar masing-masing.


Hamzah berhak mempersoalkan wawasan Belanjawan 2027, namun rakyat juga berhak mengetahui bagaimana pembangkang mahu membiayai cadangan pembangunan mereka sekiranya diberi tanggungjawab mentadbir negara.


Akhirnya, perbahasan mengenai masa depan Malaysia bukan sekadar siapa yang mempunyai wawasan, tetapi bagaimana wawasan tersebut boleh diterjemahkan kepada dasar, angka dan pelaksanaan yang mampu dinilai rakyat.






ORANG UMNO CYBER BULI SISWI? PELAJAR UNIVERSITI SEDANG MEMERHATI.

 


Hazimy Al Jauhari











Orang UMNO tengah cyberbully adik Ummi Umairah ke tu ? Kenapa tak puas hati dengan dia ? Sebab dia tanya soalan pasal derma kepada penyamun penyakau ? 


Memang betul apa yang adik ni sebut. Perbuatan menderma kepada penyamun adalah perbuatan paling bodoh pun. 


Ke kau rasa derma pada penyamun yang rembat duit rakyat berbillion ni satu perbuatan yang mulia, terpuji, berakhlak ? 


#WeStandWithUmmiUmairah





ADAKAH KEJADUAN TELAH DIRANCANG?

 

Ahmad Husein






Saya sifatkan kelakuan Ismail Lasim sebagai sengaja mahu provok emosi Baginda untuk Play Victim, mungkin ia memang telah dirancang mereka.


Setelah ditegur keras oleh Baginda, lalu dia post karangan, seolahnya puak dia dah tulis siap² dan tunggu masa untuk post, dalam masa yang sama Cybertrooper mereka terus main isu yang menyerang peribadi Baginda Tuanku sebagai sombong. 


Saya sebagai pemerhati politik melihat perkara itu memang suatu “Character Assassination” terhadap Tuanku Muhriz, sama ada ia dirancang atau tak, namun hakikatnya ia tetap suatu character assassination. 


Rekod Ismail Lasim memang penipu lidah bercabang, dia pernah berlakon menangis kononnya dipaksa sign dokumen kudeta raja, kononnya dia dah buat report Polis, alih² dia sendiri tulis surat kudeta kepada MRR. 


Maka kerajaan persekutuan Malaysia tak boleh lagi berlembut, kerana mereka semakin ekstrem merobek kemuliaan institusi beraja. 


Dengan nama Allah SWT, daku mohon PM Anwar Ibrahim bertegas terhadap puak² penjenayah dosa bughah tersebut.


Saudara sekalian, saya menyatakan perkara ini bukanlah kerana mahu bermain politik, Wallahi saya bukan upahan sesiapa, saya adalah rakyat Malaysia, adakah salah untuk saya bersuara mahu pertahankan kemuliaan institusi beraja?


DAULAT TUANKU 


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA