Che Ibrahim
Bila Hashim Jasin, MA Pas pesan, Pas hendaklah utamakan UMNO dalam perundingan politiknya, tiba tiba ambo mari teringat kenangan main parti zaman muda muda dulu:
1. Kena akad nikah 2 Kali, mula mula ustaz kampus atau pemimpin Pas yang akad nikah sebelum di akad pula oleh tok imam di kampung nanti, semuanya gara gara fatwa tidak sah akad nikah dengan wali atau tok imam UMNO.
2. Bila ke surau/masjid, kena tengok dulu sapa imam, jalan paling selamat solat "dua imam" atau solat bersendirian, ini gara gara fatwa tidak sah solat di belakang tok imam UMNO.
3. Bila ada jemputan kenduri, kadang kadang terpaksa makan dengan sambal, nak makan daging tak berani sebab tidak sah sembelihan orang UMNO, tapi ada juga yg curi curi makan kuah sahaja atau pilih kakas dalam.
4. Bila ada kematian ahli UMNO, pakat susut alat gali kubur, tak mahu gali kubur kepada orang UMNO, sebab orang UMNO kalau pun dikuburkan di perkuburan Islam, mayat dia akan merangkak ke jirat juga.
Alhamdulillah, sekarang ni semua fatwa tersebut sudah tidak terpakai walaupun tidak pernah dibatalkan.

No comments:
Post a Comment