KJ ADA PRINSIP




 Khairy Jamaluddin (KJ) seolah-olah 'diserang hendap' oleh seorang pelajar Gen Z apabila diajukan soalan panas mengenai rasuah, skandal 1MDB dan tindakan mempertahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.





Dalam sebuah forum kepimpinan anak muda baru-baru ini, pelajar berkenaan membangkitkan persoalan bagaimana masyarakat masih sanggup mempertahankan dan mengumpul derma untuk Najib walaupun wujud skandal 1MDB.


Bukan setakat itu, pelajar tersebut turut mempersoalkan bagaimana generasi muda boleh melawan budaya politik feudal dan rasuah yang masih membelenggu negara.


Soalan itu tentunya mencabar buat KJ yang pernah menjadi pemimpin kanan UMNO, lebih-lebih lagi apabila ia menyentuh bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang pernah menjadi sebahagian daripada kepimpinan parti tersebut.


Namun, KJ tidak mengambil jalan mudah dengan mempertahankan semua tindakan pemimpin parti sendiri.


Sebaliknya, beliau memberikan jawapan mempertahan prinsip integriti.


"Apa yang salah tetap salah. Perkara yang tidak boleh dipertahankan, jangan dipertahankan," tegasnya seperti dilaporkan media.


Menurut KJ, seseorang tidak sepatutnya takut untuk bercakap mengenai rasuah walaupun ia melibatkan pemimpin sendiri. Salah urus tetap salah urus dan soal integriti tidak boleh dikompromi.


Insiden itu memperlihatkan generasi muda semakin berani mempersoalkan soal integriti dan kebertanggungjawaban pemimpin politik.


#NextStepMalaysia




No comments: