KERJA JAHAT PN TAK BERHENTI LAGI. TAPI TAK SEMUDAH ITU


 

HUTANG NEGARA KINI MENGUNCUP


 

ERDOGEN KE MALAYSIA LAGI

 




Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan tiba untuk lawatan dua hari ke Malaysia disambut oleh PM Anwar Ibrahim.
Bermula dari menghadapi susur galur politik yang sama  - dimana kedua-duanya dipenjara sebelum diangkat jadi pemimpin, sehinggalah kepada perkongsian idea yang dinamis dan progresif, mereka kini menjadi sangat rapat.
Erdoğan menganggap Anwar sebagai ahli keluarganya sendiri dan bersedia menghulur bantuan ketika diperlukan. Ketika Anwar baru dibebaskan dan perlukan pembedahan bahu pada Julai 2008, Erdoğan menawarkan melakukannya di Istanbul dengan tanggungan kos. Ketika Anwar diburu polis pada 29 Jun 2008, Erdogan menawarkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Ketika Turkiye dilanda gempa bumi pada Feb 2023, Anwar yang ketika itu baru dilantik sebagai PM bergegas ke Ankara untuk bertemu Erdogan dan mengumumkan bantuan kemanusiaan segera.


- Catatan Oleh Zunar yang berada di hotel Concorde, Shah Alam dan ketika peristiwa Jun 2008 dan di Istanbul sebelum itu.
-


DIA SOQANG JA RASA ULAMA.. SAPA LANTIK DIA ULAMA TAK TAU LA....


 

JANGAN JADI ABANG LONG.

 

JOHOR BAHRU, FEB 10 - Barisan Nasional (BN) terutama UMNO Johor perlu adil dan tidak menjadi ‘Abang Long’ dengan mendominasi kerusi berpotensi menang dalam pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.




Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad berkata, perundingan pembahagian kerusi nanti perlu mempraktikkan prinsip menang-menang melibatkan kedua-dua belah gabungan parti politik berkenaan.


“Tiada satu pihak pun sepatutnya menjadi ‘abang long’ yang mendominasi atau hanya tumpu merebut kerusi-kerusi gred A yang memiliki potensi besar untuk memenangi pilihanraya.


“Tiada istilah negeri Johor milik parti tertentu atau parti tertentu lahir di sini,” katanya satu dalam kenyataan.


BN katanya, perlu membuktikan keikhlasan kerjasama tersebut dengan menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran di pelbagai peringkat negeri, daerah dan komuniti setempat.


Tegasnya, kerjasama itu perlu bermula sekarang dan UMNO boleh menjemput pemimpin PH menyertai pentadbiran kerajaan negeri dalam pejabat daerah sebagai ketua kampung dan sebagai ahli majlis di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

#BeritaKS



PENANG BANDAR YANG SIBUK

 

Penang Press







George Town telah dinobatkan sebagai bandar dengan kesesakan lalu lintas paling teruk di Malaysia dan menduduki tempat ke-73 di dunia. Di bandar ini, pemandu mengambil purata 26 minit 36 saat untuk menempuh jarak 10 kilometer, dengan kadar kesesakan mencecah 40%. Lebih mengejutkan, Kota Bharu berada di tempat kedua, manakala Kuala Lumpur hanya di tangga kelima. Menariknya, Petaling Jaya langsung tidak tersenarai.


Mungkin lepas ini pelaksanaan LRT di negeri kita dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan pengguna jalanraya yang lain 👍


Sumber 👇


https://www.tomtom.com/traffic-index/ranking/?country=MY



SSM COMPANY PROFAIL BUKAN KITAB SUCI


Faridzul Asyrah

.


Ada orang mintak ulas pasal syarikat 8 bulan tapi diberi hak untuk inspect kereta ganti PUSPAKOM

.

Ada “suap2” ke?

.

Dia macam ni

.

Tengok apa syarat dibuat oleh MOT untuk melayakkan sesebuah company dapat lesen ni

.

- Min paid up capital 10m

- Syarikat sdn bhd

- Local ownership

.

Siapa yang patuhi syarat ni boleh apply tapi dah tutuplah sekarang ni dan kerajaan dan award dah pun 3 syarikat baru tu

Berkenaan dengan soalan 8 bulan tu, xde syarat company kena tubuh berapa lama je baru boleh apply

.

Make sense lah sebab mana ada company inspect kereta sebelum ni selain dari Puspakom je

.

Begitulah komen ringkas

.

Cuma

.

Dalam SSM Company Profail korang boleh tahu siapa shareholder dan director, if tahu dan ada bukti mereka ni ada kaitan dengan menteri2 mana bolehlah report kepada SPRM

Setakat company baru tapi diberi award itu gelabah tak tentu pasal namanya

.

BUAT KERJA BAGI LESEN. TAK BUAT KERJA TARIK LESEN.


 

ELAK PEMBAZIRAN.


 

BERITA PANAS TERKAIT ZAFRUL.



 SHAH ALAM, FEB 9 - “Saya akan mengumumkan keputusan itu selepas berjumpa Ahmad Zahid nanti”.



Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai ura-ura beliau bakal meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.


Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan perkara tersebut.


“Walau apa jua keputusan yang dibuat nanti, saya akan berbincang dahulu dengan beliau. (Kemudian baru saya akan memaklumkannya dan membuat pengumuman secara rasmi,” katanya ketika ditemui pada program Golf Amal KITA 2025 di Glenmarie Golf and Country Club di sini, hari ini.

#BeritaKS



MACAMANA KETUA PEMUDA UMNO NI?

Mael Senawang 


Kalau abang sendiri pon dia sanggup fitnah tak pelik la kalau setiap hari dok fitnah PMX😌




BENGAP KA APA NIH?

 Setiap kali awal tahun mesti keluar isu 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 ni. Walaupun saban waktu dah dijelaskan. Sama ada 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 atau 𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗸𝗮𝘁.




Hutang negara memang 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 sampai... Sampai bila?


Sampailah belanjawan kita 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁. Selagi belanjawan kita defisit, selagi itu kita terpaksa buat 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂. Selagi itu hutang akan bertambah.


Macamana nak bagi belanjawan kita tidak lagi defisit atau 𝘀𝘂𝗿𝗽𝗹𝘂𝘀? Itulah yang kerajaan buat 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Untuk kurangkan beban kewangan.


Hasil daripada penyaseran subsidi, kita boleh lihat kini 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴. Dari RM100 juta di tahun 2022 kepada kurang RM90 juta.



Kenapa kerajaan tak terus berhenti daripada membuat hutang baharu?


Tak boleh sebenarnya. Sebab sebahagian besar rakyat 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶. Kalau tak berhutang, tak boleh beri subsidi langsung. Bersasar pun tak boleh. Akibatnya, 𝗶𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁.


Sebab itu kerajaan sibuk nak laksanakan 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗲 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗲𝘀𝗶𝗳 selain berusaha untuk 𝗯𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻. Mengurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi.


Sebab itu kerajaan wujudkan banyak inisiatif termasuk IPR yang beri peluang golongan B40 dan miskin untuk 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗳 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Benda mudah nak faham. Tapi kena lihat data secara keseluruhan. Masalah kita, pembangkang sama ada bodoh ataupun berhati iblis, selalu beri data separuh separuh. Tak secara penuh. 𝗦𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂.


Masa PN, mahupun masa Najib, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂. Seronok 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗷𝗶𝘄𝗮 rakyat guna dana kerajaan. Sebab itu hutang baru tak pernah berkurang.


Tak ada kerajaan berani ambil 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗼𝗽𝘂𝗹𝗮𝗿 sebab takut hilang undi. Akibatnya setiap tahun kita terpaksa buat hutang baru dan jumlahnya makin naik.


Boleh nak terus begitu tapi untuk jangka masa panjang negara kita akan 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗿𝘂𝗺𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗹𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 dan akhirnya mungkin boleh 𝗺𝘂𝗳𝗹𝗶𝘀 terus.


Apa akan jadi pada nasib 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗰𝘂𝗰𝘂 𝗰𝗶𝗰𝗶𝘁 kita kiranya negara ini muflis nanti? Sedangkan yang memufliskan negara kita selamat 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁?


Ironinya, yang bising hutang bertambah adalah puak yang sama bising bila 𝘀𝘂𝗯𝘀𝗶𝗱𝗶 𝗱𝗶𝘀𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮. Muka yang sama bising tak dapat 𝘁𝗼𝗹 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮.


Macam-macam mereka hasut rakyat benci kerajaan sekiranya kerajaan ambil langkah 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗮𝘁. Tapi bila hutang naik, mereka juga yang buat isu. Kan gila tu.


Itu bukti mereka ini 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶. Bukan ekonomi je tapi 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗯𝗮 𝘀𝗲𝗿𝗯𝗶. Sebab benda mudah begini pun tak boleh nak faham. Tapi ada pulak cita-cita nak memerintah negara.


Aku 100% percaya 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dan pasukannya dalam 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 serra 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 sedang pandu negara ke landasan yang betul.


Semuanya perlukan masa. Tapi buat masa ini, kita dah banyak lalui 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳. Sekiranya beliau 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂 dan diberikan masa yang secukupnya, InsyaAllah Malaysia akan berjaya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



NOHHHH HAAAIHHH


 

PILIHANRAYA? ADA JUGA KEMUNGKINAN... TAPI TAK MUDAH.


 


WALAUN. TUNGGU KES BERAS SESANG DISIASAT


 

KEMUDAHAN UNTUK RAKYAT DIPERLUASKAN.

 ISLAH


Tak perlu lagi beratur panjang atau kejar waktu pejabat untuk urusan harian. Dengan Kiosk Sentuhan Madani, semuanya jadi lebih mudah dan pantas!


Dah tersedia di Alamanda Putrajaya dan akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi. Urusan rasmi kini lebih ringkas dan cepat.




TAK BALIK PUN ELOK GAK LA..


 

INNALILLAH. ALFATIHAH BUAT PEJUANGVTEGAR REFORMASI.

 



Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perjumpaan bersama Warga Jabatan Perda...

JAHATNYA RANCANGAN TEBUK ATAP PADA BULAN MAC 2025!! Tapi lihat ini RESPO...

RANCANGAN TEBUK ATAP 2.0 TAHUN 2025! BERSATU BEGITU KEMARUK MAHU BERKUAS...

Lawatan Rasmi Presiden Edogan Bakal Perkukuh Hubungan Malaysia-Turkiye

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istana Vahdettin ketika kunjungan ke Turkiye pada 2023. Foto Presidency of the Republic of Turkiye

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Lawatan rasmi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia hingga Selasa ini atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal memperkukuh hubungan erat kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar memaklumkan, lawatan itu bakal mengukuhkan hubungan rapat yang terus berkembang berasaskan hubungan lama terjalin, terutama selepas penaiktarafan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) pada Julai 2022.

Menurut kenyataan itu, Erdogan akan diraikan pada Istiadat Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra pada Selasa ini, sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Ankara ketika kunjungan ke Turkiye pada 15 Februari 2023. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kedua-dua pihak akan meneliti kemajuan hubungan CSP antara Malaysia dengan Türkiye, terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan halal.

Selain itu, kerjasama dalam bidang tenaga, pengurusan bencana, kesihatan, sains dan teknologi serta kesalinghubungan.

Mereka juga dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Ia termasuk perihal Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, penganjuran Forum Diplomasi Antalya 2025 buat kali keempat oleh Türkiye, Islamofobia dan perjanjian gencatan senjata terkini di Gaza.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dijadual menyampaikan syarahan umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin. Foto Kementerian Pengajian Tinggi

Kedua-dua pemimpin kemudian dijadual menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman, perjanjian dan nota sebelum mengadakan sidang akhbar bersama.

Kementerian turut memaklumkan bahawa satu jamuan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri bagi meraikan Erdogan, akan diadakan di Kompleks Seri Perdana.

“Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia komited mengukuhkan integrasi serantau dan menjalinkan kerjasama melangkaui rantau ini, manakala Türkiye sebagai Rakan Dialog Sektoral ASEAN pula berada pada kedudukan baik untuk memainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ekonomi ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Türkiye menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN pada 2017, dengan bidang kerjasama praktikal antara ASEAN-Turkiye (2024-2028) berfungsi sebagai kerangka untuk kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Tahun lalu, Türkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, destinasi eksport terbesar dan destinasi import keempat terbesar dari rantau Asia Barat.

Pada tahun sama, jumlah dagangan Malaysia dengan Türkiye meningkat sebanyak 18.7 peratus kepada RM24.13 bilion (AS$5.28 bilion) berbanding tahun sebelumnya.



PM Anwar Mahu Semua Projek Dilaksana Segera, Jangan Biar Rakyat Tunggu Lama

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan Februari 2025 di Putrajaya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 10 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir disegerakan.

Perdana Menteri berkata, beliau sendiri sudah meminta supaya perbendaharaan negara dan Kementerian Ekonomi memberi kelonggaran mempercepatkan peruntukan yang diperlukan.

“Dua malam lalu saya sempat menelefon Ketua Pengarah ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) untuk memastikan kita pantau umpamanya projek kemiskinan tegar, saya periksa umpamanya (di) Parlimen Tambun, ada dalam 15 (keluarga miskin tegar), (angka) itu boleh cari dan selesaikan dua hari, supaya kemiskinan tegar itu dapat dibereskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan Februari 2025 di Putrajaya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Begitu juga pelaksanaan projek (tebatan banjir), saya selalu tanya Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) terutama soal tebatan banjir, saya ada minta kalau boleh perbendaharaan beri kelonggaran supaya dapat dipercepatkan melalui peruntukan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen bazar Ramadan yang dikeluarkan sekiranya mendapati ada peniaga memindahkan lesen mereka kepada pihak lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bulan Februari 2025 di Putrajaya pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri menegaskan, isu ‘memindahkan’ lesen itu antara aspek tatakelola yang harus diberi penekanan dan memerlukan penguatkuasaan lebih baik.

“Bayangkan orang nak berniaga bulan Ramadan untuk mendapat hasil dan upah yang lebih tinggi, untuk persiapan keluarga, itu masih ada (isu tatakelola yang berlaku).

“Saya ucapkan terima kasih kepada DBKL kerana kadar (bayaran lesen) itu dikurangkan, tapi kena pastikan siapa yang dapat lesen… dia kerja, kalau dia pindahkan lesen itu, batal segera,” katanya.



"SAYA YG BANTU, DIA PULAK YG JADI HERO" PMX SELAR HAMZAH !

MAMPUKAH PAS & BERSATU KEMBALI BERKUASA? APA TANGGUNJAWAB PENYOKONG KERA...

Nak maju macamana ? tak ada duit , keriau PM Penganalisis ragu potensi empat MB Pas jadi PM



 

Seorang penganalisis politik meragui kebolehan empat menteri besar Pas yang didakwa berpotensi diketengahkan sebagai calon perdana menteri.


Prof Madya Dr. Azmi Hassan berkata, penilaian beliau itu berdasarkan empat negeri ditadbir parti tersebut yang tidak menunjukkan perkembangan lebih baik.


Kata beliau, Perlis yang ditadbir Mohd Shukri Ramli, Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Kelantan Datuk Nassuruddin Daud, dan Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menunjukkan perbezaan lebih baik jika dibandingkan dengan negeri ditadbir Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.


“Ia akan menakutkan mereka yang nak sokong Perikatan Nasional (PN) kerana Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin empat menteri besar ini tak menunjukkan apa-apa perbezaan dan perubahan yang lebih baik,” katanya memetik FMT.


Beliau juga percaya orang ramai tidak akan sepenuhnya bersetuju dengan pilihan tersebut.


Sebelum ini Pemuda Pas Pulau Pinang berkata tiga menteri besar dari parti itu selain Ahmad Samsuri boleh diangkat sebagai calon perdana menteri mewakili PN.


Naib ketuanya Muhamad Hafis Alias menamakan Sanusi, Nassuruddin dan Mohd Shukri yang didakwa boleh diketengahkan untuk mengetuai Putrajaya.


“Kini Pas mempunyai banyak kepimpinan pilihan seperti Sanusi, Shukri dan Nassuruddin…tidak hanya tertumpu Dr Sam,” katanya kelmarin.




Pelik sewa RM1,500 diam, sewa RM500 bising






OLEH NORMAN RADZUAN



Bila Menteri Wilayah mahu DBKL ambil alih pengurusan Bazar Ramadhan, maka keluar ‘penyamar hero Melayu’ konon kerajaan tindas NGO Melayu yang mengenakan bayaran RM3,000 ke RM10,000


Siapa tindas siapa? NGO atau kerajaan. NGO hanya satu pihak yang untung berjuta ringgit tetapi ribuan peniaga-peniaga yang ditindas dengan dikenakan bayaran sewa yang tidak masuk akal.


MP Padang Serai tiba-tiba nak tunjuk jadi hero. Hero paling bongok pernah saya jumpa apabila mempertikaikan sewa yang begitu jauh murah dari terdahulu malah dengan negeri-negeri lain.

Di Kota Bharu kecoh mengenai sewa Bazar Ramadan dinaikkan hingga RM1,350. Pada masa yang sama kerajaan PN serang bazar Ramadan di KL yang mengenakan bayaran RM500 sahaja.

Yang saya hairan pihak kerajaan negeri memberitahu bazar diuruskan oleh perbadanan stadium. Perbadanan stadium pula menyerahkan kepada Tun Event untuk menguruskannya.



Yang lucunya antara alasan diberi, pihak penganjur (Tun Event) menyediakan pelbagai kemudahan lain bagi menarik kehadiran orang ramai termasuk pertandingan gerai paling cantik.

Belajar daripada kehebatan Dr Zaliha dan Datuk Bandaraya KL. Mereka keduanya hanya wanita bukan bergelar Panglima Perang. Kedua wanita ini sanggup berperang dengan persatuan-persatuan peniaga yang sebelum ini tiada siapa berani persoalkan.

Isunya sekarang kenapa mahu diberikan kepada Tun Event menguruskan bazar Ramadan itu. Hanya kerana nak anugerahkan gerai paling cantik? Janganlah beri alasan bodoh, kesian dekat orang Melayu yang susah di Kelantan tu.


Macam budak-budak sekolah dia beri alasan. Nasib baik lah di Kelantan bolehlah jawab begitu. Kalau di Selangor sorang-sorang kena bongok dengan peniaga-peniaga bazar Ramadan.


Seperti info grafik di bawah, orang Melayu lebih percaya 73 kerusi lebih banyak dari 83 kerusi untuk bentuk kerajaan. Pegangan saham 30% MAHB lebih besar dari 70%. Juta lebih besar dari billion. Tapi paling best orang Melayu percaya scammer terang terangan ini.Bila diberi penerangan, orang Melayu boleh percaya para ‘scammer’ politik berbanding pihak kerajaan yang berikan data/fakta. Pening teringat saya pada drama Guru Yahya dan dialog P. Ramlee “cobaan.”Saya sampai sekarang tak percaya bangsa saya boleh berfikiran begini. Bukan kita jawab dengan alasan netizen kata, admin kata… kita beri dengan data yang lengkap. Pening pening pening.

SATU PERBAHASAN YANG BEGITU BAIK TERKAIT PERLANTIKAN HAKIM DAN JUGA KRIS...

TUDUHAN BERAT MP PN TERHADAP KEMENTERIAN! ASIK ASIK DENGAN VATM! RUGILAH...

PENTINGNYA DASAR KEADILAN.


Nur Rysya


 📌Pelaksanaan tegas DBKL diharap menjadi contoh dalam memastikan pematuhan undang-undang tanpa penindasan, termasuk dalam pengurusan perniagaan dan penjaja Ramadan. -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


📌Setiap lesen perniagaan harus diberikan kepada peniaga yang sah, bukan melalui ejen atau komisen, demi keadilan kepada rakyat yang mencari rezeki dengan jujur.- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


📌Ketegasan dalam penguatkuasaan bukan bermakna kezaliman, tetapi memastikan keadilan serta ketelusan dalam sistem pentadbiran dan ekonomi negara. - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

------------------------------------------


Tapi walaun rela diperlembukan!




NAK JADI PM TEPI BOLEH SAJA.

Nur Ryasya


 Penganalisa ini sedang menempah jalan ke neraka!





BUKAN SOSMA.


 

JELAS DAN PADAT


 

TAJUK TERENGGANU BANTU PETANI. 32-0. TAPI SERAH NAMA PADA PM. CAKAP PUTAR ALAM. DR CAP AYAM GINI.


 

PMX DERHAKA? FITNAH SAJA.

 





NETIZEN KATA.


 

Jangan lupa declare wang anda



Semasa di airport Tunis, Tunisia dan selepas check-in Emirates saya dipanggil oleh seorang pegawai kastam ke bilik. 


Dia tanya berapa USD dan Euro yang ada bersama saya. 


Saya kata saya ada 1000 dollars dan 500 Euro seperti yang saya declare dalam borang kastam. 


"Tunjuk pada saya", kata beliau sambil menyelongkar daypack saya. 


Setelah mengeluarkan semua duit kertas dia mula mengira satu persatu, sehelai demi sehelai dan mencatitnya dalam buku log dia. 


Semuanya dilakukan dalam bilik di mana pintu ditutup. 


Tiada CCTV dan jika pegawai tersebut ingin merompak saya tentunya saya tidak boleh berbuat apa-apa. 


Saya juga rasa pelik kerana memang jelas USD tak sampai 10,000 tapi dia kira setiap helai duit picisan walaupun USD1. 


Kebanyakan negara tidak membenarkan USD melebihi 10,000 di bawa keluar. 


Tunisia tidak membenarkan membawa keluar duit mereka sebanyak 6,000 Tunisian dinar (2000 USD). 


(Who in the right mind mahu bawa keluar Tunisian Dinar?)


Selepas berpuas hati saya dilepaskan. Alhamdulillah. 


Selepas pemeriksaan sekuriti, dua orang pegawai kastam memberhentikan saya sekali lagi untuk memeriksa berapa banyak duit dalam waist bag saya. 


Pemeriksaan begini memang merimaskan tetapi anda perlu semak apa regulations untuk setiap negara yang anda lawati. 


Kadangkala prosidur rumit sedemikian memang sengaja diadakan untuk mereka mendapat 'duit kopi' dari kesilapan kecil pelancong. 


Rakan saya bawa balik USD 10,000 cash di sebuah negara Arab hasil kerja konsultansi. Beliau ditahan di airport kerana tidak declare wang tersebut tetapi akhirnya 'setel' dengan bayaran USD1000. Kalau tidak semua wang akan dirampas. 


Seorang rakan saya terlupa declare sejumlah wang USD di sebuah negara Central Asia dan pegawai kastam setelah memeriksa telah menahan beliau. 


Setelah membayar 'duit kopi' baru beliau dilepaskan, kalau tidak semua wang beliau akan dirampas.  


Seorang rakan lain terkurang kira wang USD yang di declare dan telah ditahan di sebuah airport di sebuah negara Central Asia. 


Dia ditahan kerana 'cubaan menipu' oleh pegawai Kastam. Setelah nego dan bayaran 'duit kopi' baru dilepas dan sempat boarding flight.   


Kalau melawat negara barat dan Europe anda tak perlu bawa banyak wang dan perlu bawa kad kredit sahaja. 


Lain pula dengan negara Arab dan negara Dunia Ketiga yang lembab meningkatkan sistem e-commerce mereka dan ramai kaki pau.  


Cash is still King. 


Pelik kerana saya ditahan dua kali untuk diperiksa duit di Tunisia. 


Mungkin mereka nampak muka saya macam muka cop duit. Ahaksss.


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar 


* Di Sidi Bou Said Tunisia.



MEREKA SAJA YANG PAHAM AGAMA. ORANG LAIN TAK PAHAM. TU LAH PAS. MEREKA BUAT TAK APA.. ORANG LAIN TAK BOLEH.

 


Kalau tak mainkan isu agama, memanglah 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗽𝗮 yang boleh dibawa oleh lebai. Sebab otak mereka tu semua kelabu dan 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗿𝗮𝘀.




Dalam kes 𝗴𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻 bagi muslim untuk sertai acara orang bukan Islam, PMX telah beri 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗻𝘁𝗮𝘀. Garis panduan boleh ada tapi tak sampai menjadi dasar. Cukup sebagai 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂𝗮𝗻.


Dan bagi aku itulah perkara yang paling tepat. Jangan anggap rakyat 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 sampaikan nak kena buat lesen dan segala bagai. 𝗪𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺 𝗷𝗮𝗵𝗶𝗹 tapi majoriti rakyat tak sejahil itu.


Tapi tengok lebai buat apa? Mereka 𝙨𝙥𝙞𝙣. Sengaja nak hasut orang Islam (yang dungu) agar rasa terancam. Sebab mereka nak 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻. Walau mereka tahu tindakan kerajaan itu betul.


Lebai tuduh kerajaan 𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Tapi lebai tak sedar yang pendirian 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, yang merupakan 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 di Selangor juga berpendirian seperti kerajaan.


Jadi aku nak tanya lebai. Adakah lebai nak kata yang 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 juga 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Kenapa 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 sangat lebai? Punyalah kemaruk nak kuasa 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮?


Kenapa lebai 𝗸𝗲𝗰𝗲𝘄𝗮 garis panduan itu 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻? Sebab lebai nak gunakan ia untuk 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻. Itu tujuan sebenar mereka. Bukan sebab Islam pun.


Jadi bila kerajaan batalkan, maka niat mereka yang ini jadi 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂𝘁. Sedangkan mereka rancang nak 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 dengan memaksa PRU dan berharap orang bukan Melayu 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶. Jika tidak begitu mereka takkan dapat menang PRU.


Seperkara lagi, aku pesan 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 Dato' Setia Dr. Naim agar lebih berhati-hati untuk terima nasihat daripada pegawai sekelilingnya. Takut ini salah satu dari 𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Kita pun tahu 𝙙𝙚𝙚𝙥𝙨𝙩𝙖𝙩𝙚 sedang bermaharajalela. Dan ramai daripada pegawai kerajaan adalah walaun. Isu seperti ini 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 sebab itulah bukan sekali ia berlaku.


Bila kerap bukan lagi 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽 atau 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮. Tapi dah macam 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻. Macam ada sesuatu yang mereka ingin capai melalui isu-isu yang tercipta.


Sebab bila kerap sangat begini, lama-kelamaan orang bukan Melayu akan 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 juga dakyah penipu ini. Bila mereka boikot PRU, maka jatuhlah kerajaan. Jadi ini bukan isu yang kecil. Tolonglah berhati-hati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BUAT PAS PAHANG. INI JAWAB EKONOMI DAN BUKAN FITNAH POLITIK. TAK PAHAM EKONOMI BUAT PALATAU

 


JAHILNYA PAS DALAM EKONOMI. PAKAR EKONOMI TAK SENTUH PAS SENTUH. ITU TANDA PAS TAK TAHU BAB EKONOMI.

 





Kenyataan balas terjadap tuduhan Ketua Penerangan PAS Pahang


1. KP PAS Pahang Ustaz Aire Roslan (UAR) secara jahil telah menuduh Kerajaan Madani melakukan perampokan berkelas tinggi terhadap transaksi MAHB melalui pembelian saham oleh KWSP. 


2. Sebelum kita pergi lebih jauh, barang di ingat, bahawa PAS ini adalah parti yang semasa berjumpa Arul Kanda mereka berpuas hati dengan 1MDB.


3. Parti ini jugalah yang paling banyak kalah saman fitnah.


4. Jahilnya PAS dalam soal ekonomi juga apabila mereka berbangga dan mengucapkan tahniah hasil penjualan SUKUK oleh Kerajaan PN.


5. Baik, sekarang kita jawab fitnah yang dibawa oleh UAR.


6. Beliau mendakwa wang pencen rakyat diboroskan dengan begitu mudah. Ianya merujuk kepada tindakan KWSP menjual saham MAHB pada harga pasaran, dan membelinya kembali pada harga yang lebih tinggi.





7. Untuk pengetahuan PAS, KWSP telah melabur dalam MAHB seawal 1999 dengan harga sesaham RM2.50


8. Pada Jan 2023, KWSP telah menjual saham mereka pada harga RM6.74


9. Ternyata ia adalah jualan yang menguntungkan dan menurut KWSP keuntungan tersebut antaranya digunakan untuk membayar dividen kepada pencarum.


10. Mungkin yang dimaksudkan sebagai kerugian atau perompakan oleh Kerajaan Madani itu ialah apabila KWSP membeli semula saham MAHB pada harga RM11.


11. Ini lah yang PAS tidak faham, pembelian ini adalah melalui General Offer.


12. Sesuatu tawaran awam mempunyai tujuannya sendiri dan ada kelebihannya.

 

13. Dalam kes MAHB..tawaran awam ini bersifat premium. Sebab itu harganya mahal dari pasaran.


14. Kenapa mahal? Sebab, pembelian saham ini membolehkan pemegang saham mempunyai kawalan ke atas MAHB.


15. Kenapa perlu setuju dan ambil premium ini? Sebab MAHB telah mengumumkan pelan jangka panjang mereka dan pelabur strategik mereka. Pembelian ini juga menandakan yang pembelian KWSP menjadikan mereka rakan kongsi dalam konsortium yang memiliki MAHB.


16. Pelan jangka panjang ini akan membawa MAHB ke paras lebih tinggi dan menguntungkan semua ahli konsortium. 


17. Oleh itu pembelian saham MAHB oleh KWSP adalah dengan niat pelaburan jangka panjang sesuai dengan perancangan MAHB dan rakan strategik mereka.


18. Apabila ianya pelaburan jangka panjang, maka bagaimana kita tahu KWSP telah rugi? Adakah esok KWSP akan jual pada harga RM10 sesaham? Atau mungkin dalam tempoh 10 tahun saham MAHB akan menjadi RM15 sesaham? Siapa tahu.


19. KWSP mempunyai unit penyelidikan dan pelaburan strategik mereka sendiri yang lebih mahir dalam soal pelaburan.


20. UAR juga membuat fitnah kononnya Madani hipokrik kerana membenarkan pelaburan dari GIP yang dimiliki BlackRock. GIP bersama Pihak Pelaburan Abu Dhabi memiliki 30% dalam konsortium.

 

21. Sedangkan dalam masa sama Kedah berbangga menerima pelaburan dari Boeing.  Boeing bukan sahaja turut dimiliki BlackRock, tapi Boeing itu sendiri menyumbang senjata kepada Isr@el untuk mengebom Gaza.


22. Suka saya menasihatkan agar UAR dan PAS agar kembali kepada politik matang dan sejahtera seperti yang PAS pernah amalkan dengan mendapatkan penjelasan dari TH dan 1MDB. PAS sepatutnya mendapatkan penjelasan dari Menteri Kewangan II atau Khazanah.


23. Tindakan PAS terus-menerus memfitnah kerajaan bukan sahaja menunjukkan mereka jahil dan tidak layak memerintah, tetapi juga merosakkan nama Islam yang dibawa oleh mereka.


Betul lah orang kata..nak mundur undi PAS.


Sekian.


ATADAFA (ambil tahu dan faham)


Fairul al Qasas  

Ketua Penerangan Keadilan Kuala Krau 

Penerangan Pahang.