ERDOGEN KE MALAYSIA LAGI

 




Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan tiba untuk lawatan dua hari ke Malaysia disambut oleh PM Anwar Ibrahim.
Bermula dari menghadapi susur galur politik yang sama  - dimana kedua-duanya dipenjara sebelum diangkat jadi pemimpin, sehinggalah kepada perkongsian idea yang dinamis dan progresif, mereka kini menjadi sangat rapat.
Erdoğan menganggap Anwar sebagai ahli keluarganya sendiri dan bersedia menghulur bantuan ketika diperlukan. Ketika Anwar baru dibebaskan dan perlukan pembedahan bahu pada Julai 2008, Erdoğan menawarkan melakukannya di Istanbul dengan tanggungan kos. Ketika Anwar diburu polis pada 29 Jun 2008, Erdogan menawarkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur. Ketika Turkiye dilanda gempa bumi pada Feb 2023, Anwar yang ketika itu baru dilantik sebagai PM bergegas ke Ankara untuk bertemu Erdogan dan mengumumkan bantuan kemanusiaan segera.


- Catatan Oleh Zunar yang berada di hotel Concorde, Shah Alam dan ketika peristiwa Jun 2008 dan di Istanbul sebelum itu.
-


No comments: