OLEH NORMAN RADZUAN
Bila Menteri Wilayah mahu DBKL ambil alih pengurusan Bazar Ramadhan, maka keluar ‘penyamar hero Melayu’ konon kerajaan tindas NGO Melayu yang mengenakan bayaran RM3,000 ke RM10,000
Siapa tindas siapa? NGO atau kerajaan. NGO hanya satu pihak yang untung berjuta ringgit tetapi ribuan peniaga-peniaga yang ditindas dengan dikenakan bayaran sewa yang tidak masuk akal.
MP Padang Serai tiba-tiba nak tunjuk jadi hero. Hero paling bongok pernah saya jumpa apabila mempertikaikan sewa yang begitu jauh murah dari terdahulu malah dengan negeri-negeri lain.
Di Kota Bharu kecoh mengenai sewa Bazar Ramadan dinaikkan hingga RM1,350. Pada masa yang sama kerajaan PN serang bazar Ramadan di KL yang mengenakan bayaran RM500 sahaja.
Yang saya hairan pihak kerajaan negeri memberitahu bazar diuruskan oleh perbadanan stadium. Perbadanan stadium pula menyerahkan kepada Tun Event untuk menguruskannya.
Yang lucunya antara alasan diberi, pihak penganjur (Tun Event) menyediakan pelbagai kemudahan lain bagi menarik kehadiran orang ramai termasuk pertandingan gerai paling cantik.
Belajar daripada kehebatan Dr Zaliha dan Datuk Bandaraya KL. Mereka keduanya hanya wanita bukan bergelar Panglima Perang. Kedua wanita ini sanggup berperang dengan persatuan-persatuan peniaga yang sebelum ini tiada siapa berani persoalkan.
Isunya sekarang kenapa mahu diberikan kepada Tun Event menguruskan bazar Ramadan itu. Hanya kerana nak anugerahkan gerai paling cantik? Janganlah beri alasan bodoh, kesian dekat orang Melayu yang susah di Kelantan tu.
Macam budak-budak sekolah dia beri alasan. Nasib baik lah di Kelantan bolehlah jawab begitu. Kalau di Selangor sorang-sorang kena bongok dengan peniaga-peniaga bazar Ramadan.
No comments:
Post a Comment