JIHAD APA KEBENDENYE.....


 

Mat Gelap..Bekas Ahli Pas...kini melepaskan keahlian seumur hidup.



Dengar saja Jihat ..ramai terpegun.Jihat apa nya..yang duduk dalam kerajaan nak laksanakan satu apa pun tak boleh..itu kamu nak katakan jihat?

Tak payah la menipu orang kampung lagi...perkataan jihad hanya akan terbukti jika kamu Pas yang bersekongkol bersama kerajaan khianat hari ini dapat melunaskan banyak janji janji parti kamu dalam memperjuangkan dan mengotakan janji janji kamu iaitu..Ruu 355..hukum huddu yang telah beekurun jadi mainan dibibir pimpinan kamu dan keprcayaan pengikut kamu.Paling mudah..kamu perlu selesaikan kes Adib sebagaimana pimpinan kamu laungkan ketika kamu jadi pembangkang. Apa jadi hari ini ? Tidak ada...langsung tak berdaya kamu bangkitkan membela keluarga Arwah Adib.

Berbezanya zaman Pas dibawah Dato Fadzil Noor dan Tok Guru..memang generasi lalu melihat betapa Hadi Awang membawa Pas kearah  mendapatkan kuasa secara mudah dengan hanya bersekongkol dengan pengkhianat dan menjadikan Pas sebagai alat pelengkap kepada kerakusan Umno . Umno tetap tidak berubah..tapi sayangnya Pas diam membisu seperti mengiakan sahaja perbuatan Umno kerana..bagi Pas habuan ..sikap..pimpinan mereka sama naik dengan wakil Umno. Tidak malu kah  pimpinan Pas melaungkan perkataan Jihat..tapi hakikatnya Pas tidak berdaya melakukan apa pun..wakil mereka diam membisu dan hanya bercakap soal remeh dan tidak pun mendesak soal hudud..janji janji mencegah nahi mungkar dan menentang agar kerajaan pimpinan bersama dalam kerajaan yang disertai mereka menentang soal judi..menegakkan soal hukum islam..tiada...

 Adakah generasi baharu dapat menghayati konsep Islam dalam kerjasama dalam kerajaan khianat ini ? Adakah generasi muda elihat kerjasama Pas dapat mendaulatkan islam jika pimpinan ditahan disekatan jalanraya dengan janda...berkahwin online...melanggar  undang undang jalanraya dan gagal pun menjawab soalan yang ditanya dalam dewan dengan kukuh..wakil dilihat gagal dan angkuh...apakah generasi muda pertengahan dan lama kini dihidangkan dengan kelakuan..angkuh..kegagalan..Pas sendiri menunjukkan ikon sama seperti pimpinan Fadzil Noor dan Tok Guru...memang tidak ada..

Hadi Awang gagal membawa Pas untuk dilihat sebagai pimpinan ulama kerana beliau sendiri gagal menjalankan tanggungjawab beliau sebagai pimpinan Islam kerana selain bersekongkol dengan manusia manusia yang masih ada kesan caci maki beliau berceramah...beliau dilihat sebagai seorang yang gagal menghubungkan dunia Islam dan membawa pelabur Timur Tengah ke Malaysia..maka kerana itu beliau dianggap sebagai pemimpin yang digelar hanya makan "gaji buta" oleh generasi kini. Malangnya Pas tersungkur tunduk kepada ketamakkan ingin berkuasa dan mendapat ghadimah dunia...Jihat yang diucapkan dilaungkan tak lebih hanya lelocon bagi ditertawakan oleh rakyat....Pas harus kembali sebagai parti yang memperjuangkan Islam seperti sebelum ini..Pas kuat bersendirian..Pas memperjuangkan Hudud..kami rela beekorban untuk agama...kami pembela bangsa dan agama....orang melihat dari jauh dwngan penuh sindiran...pooooodahhhh....


KAH..KAH...TAK TAHAN KENA TROLL....BUKAN NYA APA ..SABOR DERIS...UJIAN DIHADAPAN.,

 

Hamzah Rie Na.

Apalah dayusnya Menteri Agama ni hingga terdesak ajak perempuan bertengkar. Marah sikit naik suara naik tangan. Tak gentleman langsung. Jawab je laa soalan yang diajukan tu.


MP PH bukannya walaun senang-senang  nak suruh diam dan patuh arahan pimpinan. Jangan bawa budaya walaq samseng PAS tak bertempat ke dalam Dewan Rakyat yang mulia ini.


Memalukan sungguh ada menteri macam gini.


SR




BUKAN UMNO SAHAJA PERLU DI TOLAK, TONGKAT UMNO ,PAS JUGA PERLU DI SINGKIRKAN DI KAWASAN MELAYU

 

UMNO pencetus ketidakstabilan politik, perlu dihukum



UMNO

Timbalan Pengerusi Amanah Melaka, Datuk Mohd Sofi Abd Wahab yakin rakyat Melaka akan kembali kepada Pakatan Harapan (PH) setelah UMNO mencetuskan kekalutan politik di negeri itu.

Katanya, pertelingkahan sesama mereka dalam parti menyebabkan seluruh rakyat negeri itu terpaksa berdepan kemungkinan diadakan pilihan raya ketika negara masih sedang bangkit perlahan daripada bencana COVID-19.

“Permasalahan yang berlaku ketika ini adalah disebabkan UMNO bergaduh sesama UMNO, dan rakyat mesti menghukum UMNO kerana inilah dosa paling besar UMNO kepada rakyat Melaka.

“Dengan dosa tersebut, saya yakin rakyat akan berikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).”

UMNO pencetus ketidakstabilan politik, perlu dihukum

Ketiga-tiga ahli panel dalam “Dialog Tiga Penjuru” pada Khamis. -Astro AWANI

Pada masa sama Mohd Sofi menegaskan bahawa mereka tidak semata-mata bergantung kepada sentimen rakyat itu terhadap UMNO untuk menang, tetapi keupayaan mereka telah dibuktikan walaupun hanya untuk 22 bulan.

Bercakap dalam “Dialog Tiga Penjuru” pada Khamis, Sofi memetik juga nama Pengerusi PN Melaka, Datuk Rafiq Naizamohideen yang turut menjadi salah seorang ahli panel program itu, di mana Rafiq bersama beliau bersama-sama berada dalam Exco kerajaan negeri ketika PH mentadbir Melaka tempoh hari.

Andai diletakkan calon-calon Ketua Menteri Melaka yang baharu, Mohd Sofi yakin rakyat akan memilih calon PH.

“Saya tahu calon Ketua Menteri dia (UMNO) adalah antara ‘dua singa’ itu, letaklah calon mereka dengan calon Ketua Menteri kita (PH).

“Saya yakin calon kita Adly Zahari (akan dipilih), rakyat tengok gambar pun dah boleh nilaikan.”

Sementara itu, Mohd Sofi turut menafikan bahawa PH tiada langsung terlibat dalam gerakan empat ADUN Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Begitupun, walau bersahabat, Rafiq membidas kenyataan itu.

“Keempat-empat mereka ini tidak akan berani meninggalkan kerajaan hari ini kalau tak ada jaminan bahawa pihak yang sana akan menyambut.

“Dia macam telur dan ayam, mana dulu.

“Saya tak nak sebut nama tapi ada individu dalam kalangan empat itu menyatakan kepada saya secara peribadi bahawa antara yang mereka mahukan adalah jaminan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15, kerana sebahagian daripada mereka ini kalah dalam pemilihan parti jadi mereka perlukan satu jaminan masa depan politik mereka.

“Saya tahu PH terlibat. Ada rundingan sebelum keempat-empat mereka meninggalkan kerajaan, ada bukti-buktinya.”

Setelah berjaya gulingkan kerajaan Umno Melaka, kini SPRM pula ‘buru’ Idris Haron

 


Setelah berjaya gulingkan kerajaan Umno Melaka, kini SPRM pula ‘buru’ Idris Haron

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron berhubung isu pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka.

SPRM dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak yang memiliki maklumat atau bukti salah laku rasuah dan penyelewengan berhubung isu berkenaan diminta tampil untuk memberi kerjasama kepada SPRM.

Tegasnya, kegagalan untuk melaporkan mana-mana salah laku di bawah Akta SPRM merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

“SPRM juga akan menghantar pegawai untuk mengadakan perjumpaan dengan Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu tersebut,” katanya hari ini.

Dalam satu program bual bicara program televisyen, bekas Ketua Menteri Melaka itu  mendakwa terdapat pemimpin UMNO di Melaka membolot projek ekonomi dan menipu kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir.

Idris mendedahkan, disebabkan perkara tersebut, beliau terpaksa menarik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Melaka untuk menyelamatkan UMNO daripada ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Keputusan isytihar darurat di Melaka ditentukan minggu depan



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat keputusan minggu depan sama ada akan menasihatkan pemangku Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN), kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan Sultan Nazrin Shah sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada beberapa pihak berhubung perkara berkenaan sebelum membuat keputusan.

“Tadi kita adakan mesyuarat Kabinet, situasi di Melaka juga dibincangkan di mesyuarat berkenaan.

“Kita belum membuat sebarang keputusan lagi sebab difahamkan pemangku Agong akan mendengar taklimat daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jadi kita tunggulah selepas sesi taklimat kepada pemangku Agong berkenaan,” katanya kepada media selepas prapelancaran Keluarga Malaysia.

Beliau ditanya sama ada kerajaan akan menasihatkan pemangku Agong untuk mengisytiharkan darurat di Melaka bagi mengelakkan PRN diadakan.

Pada 5 Okt, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan selepas Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Pembubaran itu diumumkan Yang Dipertua DUN Melaka Ab Rauf Yusoh, sehari selepas empat ADUN Melaka termasuk bekas Ketua Menteri Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Sulaiman.

Pembubaran itu yang dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Mohd Ali Rustam, dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi kemelut politik berkenaan dan membentuk kerajaan negeri baharu menerusi pilihan raya.

Selain Idris, tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad; dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

TUUU DIAAA LUCUT HAK DUIT 16 JUTA.....BANYAK BETOI DUIT

 



Pendengaran kes lucut hak RM16 juta aset keluarga Azeez 3 Jan




Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga terbabit menangguhkan prosiding saman kerajaan itu, sementara perbicaraan kes rasuah Abdul Azeez Abdul Rahim yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selesai.

KUALA LUMPUR: Pendengaran kes saman kerajaan terhadap keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim dan syarikat milik mereka bagi melucutkan hak hampir RM16 juta ditetapkan pada 3 Jan depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Dona Liyanna Sabariah Azmi dan peguam S K Shaarvin Raaj mewakili keluarga Azeez.

Dalam saman difailkan September 2019 itu, kerajaan memohon untuk melucutkan hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Azeez, Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka, termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman e-pemfailan, kerajaan memulakan prosiding untuk melucutkan hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Azeez dan empat anak mereka serta satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga terbabit menangguhkan prosiding saman kerajaan itu sementara perbicaraan kes rasuah Azeez yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen di sini selesai.

Azeez, 54, kini dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang hampir RM140 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbicaraan itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan semua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

BERGAMBAR : ANWAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA AMERIKA SYARIKAT KE MALAYSIA

Terima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. Mcfeeters di pejabat hari ini.
Turut ikut serta dalam pertemuan ini adalah Ahli Parlimen Alor Setar dan Setiawangsa.
Kami menyentuh soal pelaburan dan hubungan perdagangan kedua-dua negara.
Perkembangan geopolitik rantau ini turut disentuh, termasuk isu pakatan keselamatan AUKUS antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

May be an image of 4 people, people standing and indoor


May be an image of 1 person, sitting and indoor
May be an image of 1 person, sitting and indoor

KECOH LOMPAT PARTI DAN DUN MELAKA BUBAR



Kerajaan Melaka tumbang susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan (UMNO Pantai Kundor); Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU -Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) mengumumkan menarik sokongan terhadap Sulaiman. Dalam masa PAKATAN HARAPAN kecoh tentang keabsahan keputusan Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka, sayup-sayup kedengaran suara Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek mengecam mereka yang melompat parti sehingga Kerajaan Melaka tumbang.




Edisi Londeh Melondeh! SPRM Siasat Kes Pasir Melaka Dan Tular Skandal Ta...



Datuk Kamal mengulas tentang sikap pemimpin UMNO yang saling londeh melondeh salahlaku pemimpin UMNO

WAKAF BOLEH JANA EKONOMI NEGARA, BUKAN JAGA MASJID, KUBUR


GARIS KEMISKINAN BARU LULUS TETAPI TAK DIPAKAI?


SUDAH LAH ZUHDI- PILIHANRAYA KALI NI ORANG TAK UNDI DAH-LEBONG JA PANDAI....

 May be an image of 2 people and text

SALAH SEORANG ARKITEK MOU DAH BERSUARA

 Muhammad Yusmi

Kejatuhan kerajaan Negeri Melaka sehingga menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), mengundang rasa tidak senang pada Pakatan Harapan (PH) yang telah membuat perjanjian persefahaman dan kestabilan politik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di peringkat Persekutuan. Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan Ismail sebagai tidak bertanggungjawab dalam menangani kemelut yang berlaku di Melaka. “(MoU …

‘Saya tidak tahu PH boleh sabar atau tidak untuk teruskan persefahaman ini’


'Saya tidak tahu PH boleh sabar atau tidak untuk teruskan persefahaman ini'

malaysiadateline.com
'Saya tidak tahu PH boleh sabar atau tidak untuk teruskan persefahaman ini'
Kejatuhan kerajaan Negeri Melaka sehingga menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), mengundang rasa tidak senang pada Pakatan Harapan (PH) yang telah membuat perjanjian persefahaman dan kestabilan politik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di peringkat Persekutuan. Pres...

TUUUU DIAAA PUNYA LA TERUK PERANGAI UMNO NIH- KALAU DI ULU DUDUK KEDAI KOPI SEMBANG ANTI YAHUDI ...ANTI DAP....ORANG PAGI BUTA MASUK RIBU RIBU DAH...DIA KOPI TEH 2 CAWAN

 


Panas! Sumber dalaman Dap sahkan Umno ‘merayu’ sokongan Dap sebelum kerajaan negeri Melaka tumbang



 Sumber dalaman Dap sahkan Umno ‘merayu’ sokongan Dap sebelum kerajaan negeri Melaka tumbang



Sumber dalaman DAP mengesahkan parti itu dihubungi oleh Umno Melaka sebelum Ketua Menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri (DUN).

Kata sumber yang dekat dengan kejadian itu, tiada sebarang persetujuan dicapai di antara kedua-dua parti dan perbincangan itu hanya secara dalaman membabitkan pemimpin tertentu.

“Sebenarnya perbincangan sudah berjalan agak lama tetapi kami tidak pernah capai persetujuan, menjanjikan sesuatu atau menolak apa-apa. Kami sentiada membuka segala kemungkinan.

“Hakikatnya mereka (Umno) hanya datang kepada kami apabila diancam keadaan tidak stabil. Rauf (Speaker DUN Melaka yang juga pengerusi Umno negeri) menawarkan perjanjian keyakinan dan perbekalan tetapi tiada perbincangan spesifik dibuat.

“Dia kemudian tak layan kami selepas kerajaan kembali stabil,” katanya.

Sumber itu merujuk kepada pertemuan di antara kedua-dua pihak pada Ogos lalu apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipaksa untuk berundur daripada jawatan perdana menteri.

Sinar Harian melaporkan Ab Rauf Yusof mengakui bertemu pemimpin DAP Melaka pada malam 3 Okt lalu bagi membincangkan cara mengelakkan jatuhnya kerajaan negeri.

Menurut Ab Rauf dia kecewa kerana pemimpin DAP tidak menerima cadangan yang ditawarkan, termasuk menjadi rakan strategik dalam kerajaan negeri seperti diumum Sulaiman pada 21 Sept lalu.

Kata Ab Rauf pertemuan tersebut diatur seorang pemimpin Umno dan dia bertindak sebagai wakil BN Melaka, bukannya kerajaan negeri.

Sementara itu Setiausaha DAP Melaka Damian Yeo Shen Li tidak mengesahkan atau menafikan pertemuan tersebut semasa dihubungai Malaysiakini.

Bagaimanapun Adun Duyong itu berpendapat Umno Melaka tidak ikhlas dengan usaha tersebut kerana mencadangkan gencatan politik dengan DAP ketika kedudukan BN-PN terancam.

“Mereka hanya mahu berbincang dengan kami ketika Umno nak jatuh. Semasa Umno kuat mereka mengetepikan kami,” katanya.

Yeo turut mempersoalkan pendirian Umno yang selama ini mengulang-ulang ikrar untuk menolak DAP dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim.

“Dulu mereka kata ‘no Anwar, no DAP. Habis, apa makna pertemuan dengan kami? Adakah mereka sekarang nak kata ‘yes DAP’ pula?” katanya.

WALAUN SILA DENGAR INI: BUKAN CALANG -CALANG ORANG BAGI KULIAH NIH : [VIDEO] Ustaz ini bedal pemimpin Pas bila dah dapat kuasa.




 

Panas! Idris Haron akhirnya jelaskan gambar tular pertemuan 4 Adun bersama Anwar

 


Panas! Idris Haron akhirnya jelaskan gambar tular pertemuan 4 Adun bersama Anwar


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Ia susulan sekeping gambar tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas Adun yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu.

Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, di sini, dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

“Itu pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat Adun yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.

“Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan itu, Anwar menasihatkan semua empat Adun berkenaan supaya kekal bersabar dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.

Katanya, Ketua Pembangkang itu menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran selain memperjuangkan keadilan sejagat.

“Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan semasa dalam Umno dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat.

“Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit. Semasa dalam Umno pun, saya perjuangkan kesaksamaan sejagat,” katanya.

Semalam, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga Adun lain menarik sokongan terhadap Sulaiman.

PELIK TAPI BENAR.


NOR AZIMAH RAZALI


Apabila MB Johor hilang majoriti maka MB baru dilantik tanpa membubarkan dewan undangan negeri.
Di Melaka bila Ketua Menteri PH tumbang maka diganti dengan KM UMNO dewan undangan negeri tidak bubar pun.
Di Perak MBnya juga hilang majoriti dan diganti dengan MB baru dari UMNO tanpa pembubaran dewan.
Begitu juga apabila MB PH hilang majoriti di Kedah maka MB baru dari PAS telah dilantik dan dewan undangan negeri kekal tanpa dibubar pun.
Bila KM Melaka dari BN hilang majoriti dan PH+ mendapat 15 kerusi DUN maka TYT (bekas KM dari UMNO) telah bersetuju dewan dibubarkan atas nasihat KM yang hilang majoriti.
Politik di Malaysia pelik tapi benar. Bagi UMNO semua boleh. Sekarang dewan telah dibubar cuma menunggu pengesahan muktamad dari pakar undang2/SPR/pihak berkuasa kementerian kesihatan dan lain-lain.
PH bersedia sama ada diminta bentuk kerajaan baru PH+ atau pilihanraya. Saya yakin jika diadakan PRN BN/PN akan tumbang di Melaka kerana rakyat melihat ketidak adilan berlaku di Melaka.
Sejarah Melaka jatuh kepada Portugis
kemudian kepada Belanda. Selepas itu Inggeris dan bila merdeka Melaka jatuh angkara pengkhianat. Apakah rakyat Melaka akan memilih BN/PN atau PH+ sama-sama kita tunggu dan lihat keputusan PRN nanti.
Sebaik-baiknya elok TYT panggil semua ADUN di Melaka untuk dapat pengesahan. Ikutlah cara YDPA panggil semua MP apabila atok letak jawatan dan Mahyudin hilang majoriti maka YDPA menggunakan budibicara tuanku menitah MP mengadap baginda. Kenapa TYT tidak mencontohi tuanku YDPA? sedangkan TYT dilantik oleh YDPA.
(pandangan rakyat untuk rakyat)

KAH..KAH...KO INGAT PERLIS KA WOIII- HAAAA...HAMIK KO- ABU JANGAN MEMANDAI SMS YA.

 


“Saya meminta untuk mereka menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan saya akan mengambil tindakan serta merta,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Shahidan dalam sesi penggulungan Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi Kementerian Wilayah menyebut nombor telefon peribadinya untuk penduduk Kuala Lumpur supaya dapat memberi amaran kepadanya mengenai jalan berlubang.

Beliau turut berkongsi nombor telefonnya timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.

Nombor telefon adalah seperti berikut: Shahidan: 0194545111; Jalaluddin: 0196524444; Mahadi: 0162068883

PERNAH KE PAS MENANG KERUSI DI MELAKA..??


BOB KELANANG


Sekadar nak tanya pendek jer... pernah ke PAS menang kerusi di Melaka dalam mana-mana Pilihan Raya Negeri (PRN)?? PAS ader kerusi Parlimen Melaka ker??
Err... takkan PAS nak bertanding kot kali ini lawan BERSATU dan UMNO??
ATAU
Nak merangka strategi tinggi mana nak pacak bendera UMNO, banyak mana dan di mana nak pacak bendera UMNO bagai kot... macam la xbiasa...

APA KESUDAHAN PENGISIAN TIMBALAN SPEAKER, SAMPAI BILA ISMAIL SABRI DALAM TEKANAN MAHIADDIN?

 

Perkara yang menjadi persoalan sekarang, apa jadi berhubung pengisian jawatan Timbalan Speaker Parlimen?

Meski sebelum ini Bersatu menolak pencalonan Ahmad Maslan bagi jawatan itu kerana kedudukannya yang tercemar sebagai kluster mahkamah, tetapi setelah Setiausaha Agung UMNO itu dibebaskan oleh mahkamah dan tidak lagi bergelar kluster mahkamah, masalah nampaknya tidak juga berakhir.

Langkah terbaru yang diambil Mahiaddin Md Yasin untuk terus menolak Ahmad Maslan ialah dengan mengumumkan pendirian PN yang mewakili 50 Ahli Parlimen gabungan itu bahawa mereka tidak setuju pindaan perlembagaan dilakukan bagi menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua kepada tiga.

PN menegaskan, mereka tidak akan menyokong pindaan itu yang memerlukan kelulusan dua pertiga di Parlimen dengan alasan tiada keperluan untuk menambah jawatan tersebut.

Berikutan perkembangan itu, Ahmad Maslan yang mungkin merasakan peluangnya semakin nipis untuk mengisi jawatan itu, walau telah mengumumkan manifesto 20 perkara tentang pembaharuan Parlimen, akhirnya mengalah dengan mengambil keputusan menarik diri.

Alasan politiknya ialah beliau terlalu sibuk dengan kerja sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Dalam hal ini, kesian pun ada dengan Ahli Parlimen Pontian itu, susah-susah mengumpul duit dan meminjam daripada kawan-kawan untuk membayar kompaun RM1.1 juta, sudahnya jawatan yang diimpikan tidak dapat juga digenggam tangan.

Apakah Ismail Sabri akan menggantikan dengan jawatan lain untuk beliau?

Begitu pun, dalam kemelut ini, masalah Ahmad Maslan barangkali tidaklah susah untuk diselesaikan oleh Perdana Menteri kerana dengan kuasa yang ada dalam tangannya, macam-macam jawatan lain boleh diberikannya.

Beri jawatan lain, apalagi kalau jawatannya lebih bergaji lumayan, senyumlah Ahmad Maslan dan dikira selesailah masalah serta kecewa hatinya.

Tetapi, apa jadi dengan kredibiliti Ismail Sabri sendiri?

Sebelum ini, mungkin kerana tidak menduga cubaannya untuk memberi jawatan kepada geng kluster mahkamah dalam UMNO mendapat bantahan daripada Bersatu, beliau kemudiannya memilih menangguhkan pengisian jawatan Timbalan Speaker bagi membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Dengan pindaan menambah jawatan itu daripada dua kepada tiga, tujuannya ialah agar tiada pertandingan antara Ahmad Maslan dengan wakil blok pembangkang, Nga Kor Ming dan kedua-dua mereka dapat serentak mengisi jawatan Timbalan Speaker.

Dalam waktu yang sama, penambahan jawatan itu bererti seolah-olah penolakan daripada Bersatu telah dapat ditanganinya.

Walau bagaimana pun, dengan PN seterusnya mengumumkan pendirian menolak cadangan pindaan perlembagaan bagi menambah jawatan Timbalan Speaker serta bertegas tidak akan menyokongnya jika dibentangkan di Parlimen, disusuli pula dengan Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri, tumpuan kini tertumpu kepada Ismail Sabri sendiri.

Apakah beliau akan meneruskan cadangan pindaan perlembagaan selepas ini, walaupun sedar PN tidak akan memberi sokongan atau akan membatalkannya?

Siapa pula calon baru yang bakal ditonjolkan kerajaan untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker bagi menggantikan Ahmad Maslan yang telah menarik diri?

Masihkah beliau mahu meletakkan calon daripada UMNO yang rapat dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk diletakkan sebagai Timbalan Speaker?

Ataukah calon baru yang akan dipilih nanti ialah mereka yang perlu dipersetujui oleh Bersatu, PN dan Mahiaddin terlebih dahulu?

Yang nyata, jika Ismail Sabri membatalkan cadangan meminda perlembagaan, ia dengan sendirinya bermakna beliau tiada keberanian mereformasi institusi Parlimen dengan memberi peluang wakil blok pembangkang memegang jawatan Timbalan Speaker.

Perkara itu, jika berlaku, pasti akan menjejaskan hubungannya dengan PH yang telah terikat dengan MOU transformasi dan kestabilan politik, baru-baru ini.

Lebih nyata, ia turut meletakkan Ismail Sabti hilang kewibawaan, sambil dirinya akan terus terperangkap dengan tekanan politik yang lebih berpanjangan daripada Mahiaddin, Bersatu dan PN.

Inikah sebahagian daripada agenda Mahiaddin untuk menjayakan cita-cita “comeback” yang sudah dua kali disebutnya setakat ini? – ShahbudinHusin 08/10/2021.



Has Seng dilantik jd pengemeja Lembaga Lampu Negara pulop

 

Noeshidah Mohd Daud


Has Seng dilantik jd pengemeja Lembaga Lampu Negara pulop


Makin kuat la dia menyakau pasni


Mase dia dok jd timbalan kt negeri kasino dulu, bape byk tanah2 negeri jd hak milik dia

Beratus ekar sawit dia ada

Org kampung nk dpt sekar pun jenuh mohon, lom tentu dapat

Tu pun org kg bodo lg dok sanjung dia

Aku kadang xleh brain cara puak2 ni berpikir


Smpai penah 1 masa, kejadian depan mata aku sendiri

Ada saudara meninggal, si adiknya menangis huhuhu konon meratapi pemergian si abg

Smbil tu sempat lg suh siap2 sebab katanya Has Seng nk dtg ziarah

Dpt seratus hengget bercukur kemahen

Puji melambung smpai mampos


Jenis bodo, asal org hulur seratus dua, kain batik 3 4 helai, terus kau sanjung... 

Langsung xnak pikir dari mana dtg semua tu

Nk harap gaji, mampu ke belanja smpai camtu? 

Mampu ada tanah beratus ekar? 


Sama la kes yg meninggal helikopter terhempas dulu 

Org2 kg kemahen sanjung dia

Sudahnya mati, mak sendiri dok rebut harta ngan menantu & cucu

Bape byk harta yg ditinggalkan? 

Mati idop semula pun xkan mampu capai dgn elaun & gaji yg ada melainkan kau merompak


Tu pun Melayu bodo x reti nk berpikir

Langsung x rasa marah, sakit hati atau benci bila amanah yg diberi dikhianati

RAKYAT MISKIN BILA 1.8 TRILLION DILARIKAN


 

Malaysia selepas RM1.8 TRILLION dibawa lari menurut laporan PANDORA PAPERS!

Please Share.

Support @ www.zunar.my

Tarik balik bubar DUN Melaka: PH Melaka hantar warkah kepada Agong

 


Oleh FAZLI RADZI / October 8, 2021

Pakatan Harapan (PH) Melaka telah menghantar warkah berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur petang tadi.

Pengerusinya Adly Zahari, berkata warkah itu dihantar jam 5.50 petang oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan bekas ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.

“Warkah berkenaan diterima oleh Wakil Urusan Diraja Istana Negara Ahmad Hanafi Yahya,” katanya yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka.

Adly yang juga Pengerusi AMANAH Melaka dan Naib Presiden parti itu berkata surat tersebut ditandatangani oleh beliau, Norhizam, Noor Effandi, bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

 

Warkah tersebut dihantar untuk memohon ihsan dan kebijaksanaan Seri Paduka untuk menasihati Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam agar menarik balik tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 4 Oktober lalu.

Antara lain, isi kandungan warkah itu menyebut selaras dengan Perkara 8.2(b) Perlembagaan Negeri Melaka, Tun Mohd Ali tidak mempunyai budi bicara untuk mempersetujui permintaan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali bagi membubarkan DUN.

Adly menegaskan hal tersebut harus dielak kerana telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) semasa usaha membendung wabak Covid-19 masih berada di tahap pemulihan sekali gus mengancam nyawa rakyat dan ekonomi negara ketika pandemik belum terkawal sepenuhnya.

“Yang Dipertua Negeri sepatutnya menjalankan proses pertemuan dengan semua 28 ADUN untuk menentukan kehilangan sokongan majoriti ADUN ke atas Ketua Menteri dan kepunyaan sokongan majoriti ADUN ke atas ADUN yang dicalonkan oleh kami mengikut Perlembagaan Negeri Melaka (Proses Penentuan Ketua Menteri).

“Proses Penentuan Ketua Menteri tidak sepatutnya dilaksanakan dengan cara tergesa-gesa terutama sewaktu Yang Dipertua Negeri menjalani kuarantin kendiri dari 30 September hingga 7 Oktober,” tambahnya lagi.