TUUU DIAAA LUCUT HAK DUIT 16 JUTA.....BANYAK BETOI DUIT

 



Pendengaran kes lucut hak RM16 juta aset keluarga Azeez 3 Jan




Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga terbabit menangguhkan prosiding saman kerajaan itu, sementara perbicaraan kes rasuah Abdul Azeez Abdul Rahim yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selesai.

KUALA LUMPUR: Pendengaran kes saman kerajaan terhadap keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim dan syarikat milik mereka bagi melucutkan hak hampir RM16 juta ditetapkan pada 3 Jan depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Dona Liyanna Sabariah Azmi dan peguam S K Shaarvin Raaj mewakili keluarga Azeez.

Dalam saman difailkan September 2019 itu, kerajaan memohon untuk melucutkan hak hampir RM16 juta daripada akaun milik isteri Azeez, Khadijah Mohd Noor dan empat anak mereka, termasuk satu lot kedai di Bandar Sunway, milik syarikat mereka.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman e-pemfailan, kerajaan memulakan prosiding untuk melucutkan hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Azeez dan empat anak mereka serta satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Pada 18 Dis 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan keluarga terbabit menangguhkan prosiding saman kerajaan itu sementara perbicaraan kes rasuah Azeez yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen di sini selesai.

Azeez, 54, kini dibicarakan atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang hampir RM140 juta yang didakwa diterima daripada Menuju Asas Sdn Bhd.

Perbicaraan itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan semua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

No comments: