MEMANG ANWAR SUDAH TUA- TAPI YANG MUDA DIMANA ?PANDORA PAPERS - JANGAN TANGGUH DAN TERTIPU



KAK IDA ABDULLAH


Memang benar Anwar Ibrahim sudah tua. 74 tahun sudah usia beliau dan tidak sehari pun beliau give up utk bebaskan Malaysia dari cengkaman perompak yang diangkat rakyat sebagai pentadbir negara. Kita yang letih menunggu dan tertanya-tanya mampukah Malaysia ini akhirnya dipimpin oleh seorang yang berintegriti, mempunyai humility?
DSAI yang mempunyai ciri-ciri tersebut terus disekat tetapi tiada seorang pun yang lebih muda darinya yang sanggup dan mahu menggerakkan suatu yang
mantap
dan tersusun mendidik rakyat peri penting memilih pemimpin yang mempunyai integriti, humility, empati, yang mempunyai rakyat dalam hati. Dan tiada pun pemimpin yang muda yang mahu ke depan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka layak dipilih bukan kerana pangkat, darjat atau harta.
Yang ada dan dipertontonkan kepada rakyat hanyalah ciri-ciri khianat, haloba dan seakan itulah syarat yang memungkinkan mereka terus dijulang.
Kerana khusus, orang Melayu lebih pentingkan material dari kejernihan jiwa, mementingkan kemewahan dari kejujuran. Terkesima dengan kereta mewah, rumah agam dari, wang berkepuk, emas perhiasan dari pembentukan jati diri murni dan luhur agar menjadi insan yang jujur dan mendapat redha Tuhan.
Sehingga syukur Melayu hanyalah apabila sudah berjaya menjadi kaya.

No comments: