BERITA TERGEMPAR


 

ORANG COP UMNO DERHAKA. KETUA PEMUDA UMNO BISU KE APA NIH..SOKONG ATAU TIDAK ? JOM DEMO.


DTC CANNEL


 Pemuda UMNO Negeri Sembilan kini berdepan satu persoalan besar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) mengambil keputusan kolektif menerima proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai sah dan berkuat kuasa.






Kalau keputusan Kerajaan Negeri itu mahu dipertahankan, sudah tiba masanya Pemuda UMNO tampil menunjukkan pendirian secara terbuka.


Adakan himpunan besar-besaran.


Turun beramai-ramai dan nyatakan sokongan terhadap keputusan pentadbiran negeri yang turut dianggotai wakil UMNO.


Ini bukan lagi cerita dokumen yang tersebar atau spekulasi politik.


MMK sendiri sudah mengumumkan pendiriannya bahawa proklamasi berkenaan sah, selain menerima bahawa kuasa memilih dan menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar merupakan prerogatif Undang Yang Empat.


Malah keputusan terbaharu ini hadir selepas UMNO Negeri Sembilan sebelum ini menyatakan isu berkenaan perlu diselesaikan berlandaskan adat, prerogatif dan peruntukan perlembagaan negeri.


Jadi sekarang keputusan sudah dibuat oleh MMK.


Kalau Pemuda UMNO yakin tindakan Kerajaan Negeri itu betul, tunjukkan sokongan.


Jangan sekadar berani mempertahankan kerajaan apabila isu politik kepartian timbul.


Apabila kerajaan yang turut disertai UMNO mengambil keputusan sebesar ini, Pemuda juga patut tampil menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka menyokong atau tidak menyokong pendirian tersebut.


Lebih-lebih lagi isu ini masih dipertikaikan. Dewan Keadilan dan Undang sebelum ini mengambil pendirian bertentangan dengan MMK dan menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar.


Sebab itu pendirian Pemuda UMNO sekarang menarik untuk ditunggu.


Kalau setuju, turun dan pertahankan.


Kalau tidak setuju, nyatakan juga.


Jangan diam apabila keputusan sudah dibuat atas nama sebuah pentadbiran yang turut mempunyai wakil parti sendiri.






PAKAR KESAN NAJIS BABI LUPA/ KECIK GAMAKNYA.

 


Che Ibrahim



Mungkin ketika ini Fadhli masih terlalu budak budak...








Eh eh buat kejutan sengoti, ambo igat dah kambing nak sembelih pagi ni tanda syukur

 


CHE IBRAHIM


Tidak ada kelas di dalam pelaksanaan hukum

 

Nik Hasyudeen


Tidak ada kelas di dalam pelaksanaan hukum
Jika kita mahu mengelakkan dari menjadi umat yang binasa, maksud hadis ini kena kita hidupkan di dalam masyarakat kita.
Tidak ada sabda yang lebih benar dari sabda Nabi Muhammad saw, rasul akhir zaman.

#takapajujur



KIOK...MASA JADI KERAJAAN TAK NYEMPAT NAK NAIK BIL. SIB TAK NAIK JADI KERAJAAN.

 





MASA JADI KERAJAAN TAK NYEMPAT NAK NAIKKAN BIL LETRIK. BARU HANGPA TAU..TAKAT SEMBANG. WALAUN PARTI JALANG MANA TAU NAK KIRA.


PM umum tambahan subsidi elektrik untuk rakyat Malaysia hari ni untuk elakkan harga bil elektrik naik melambung. Lepas tu siapa yang guna elektrik sampai 800 kWj, akan dikecualikan dari Cukai SST.





Kerajaan MADANI Naikkan Had Perlindungan Bil Elektrik Domestik Hingga 800kWj – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik domestik di Putrajaya pada 17 September 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 17 Sep – Keluhan sesetengah rakyat berhubung isu kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini berakhir hari ini apabila Kerajaan MADANI memutuskan untuk menambah baik subsidi bil elektrik dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, peluasan itu berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

Menerusi kenyataan di media sosial petang ini, Anwar berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan langkah mitigasi bagi mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik domestik di Putrajaya pada 17 September 2026. Foto PMO

“Melalui langkah ini, pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan membabitkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax),” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat berkaitan kos elektrik di pejabatnya bersama wakil daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri PETRA dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Sekalung penghargaan khususnya kepada pihak TNB, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera,” katanya.

Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mutakhir ini, jelas beliau telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj sekali gus menyebabkan kenaikan bil yang luar biasa.

“Justeru itu, Kerajaan MADANI akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik dan kemampanan sektor tenaga negara,” katanya.




MB, MMK Negeri Sembilan Tiada Kuasa Unilateral Kosongkan Jawatan Yang Di-Pertuan Besar – AGC

 

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang disiarkan pada 17 September 2026. Foto AGC

PUTRAJAYA, 17 Sep – Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Menerusi satu kenyataan malam ini, AGC memberitahu, kesahan serta kesan proklamasi berkaitan isu itu hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang, terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

“Jabatan ini telah memberi pandangan awal bahawa proklamasi bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS, khususnya tiada sebarang keterangan bahawa mana-mana faktor hilang kelayakan yang dinyatakan dalam Perkara 10(1) UUTKNS terpakai kepada DYMM Tuanku Muhriz İbni Almarhum Tuanku Munawir.

“Walaupun jelas Dato’-Dato’ Undang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan supaya DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diturunkan takhta namun, Perkara 10 UUTKNS turut memperuntukkan tatacara dan asas-asas pertimbangan sebelum Dato’-Dato’ Undang boleh membuat keputusan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

AGC menyatakan setakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan tersebut telah dipatuhi.



PMX masih pilihan utama rakyat? Kajian Vodus letak Anwar jauh di depan

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mencatat kedudukan paling kukuh dalam kalangan lima tokoh yang dinilai sebagai calon Perdana Menteri dalam kajian nasional terbaharu Vodus Research.

Kajian Malaysia Prime Minister Candidate Study 2026 itu mendapati Anwar merekodkan 46 peratus penerimaan, iaitu kadar tertinggi antara lima tokoh dikaji, selain memperoleh 34 peratus sokongan sebagai pilihan pertama.

Lebih menarik, Anwar turut mencatat penerimaan bersih +19 mata peratusan, manakala tahap pengenalan terhadap beliau mencapai 93 peratus, menunjukkan kedudukan Perdana Menteri itu masih mempunyai capaian nasional yang luas.

Kajian membabitkan 1,482 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas itu dijalankan dari 18 Ogos hingga 1 September 2026. Vodus menegaskan ukuran penerimaan, pilihan pertama, populariti peribadi dan penolakan merupakan ukuran berbeza dan tidak boleh disamakan.

Satu dapatan yang menonjol ialah sokongan pilihan pertama terhadap Anwar lebih tinggi di Malaysia Timur.

Sebanyak 41 peratus responden di Malaysia Timur memilih Anwar sebagai pilihan pertama, berbanding 28 peratus di Semenanjung.

Menurut pengasas Vodus Research, Dr Kelvin Goh, perbezaan itu mungkin sebahagiannya berkait dengan tumpuan pentadbiran Anwar terhadap Sabah dan Sarawak, termasuk perkembangan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak hasil Sabah dan kawalan Sarawak terhadap sumber negeri.

Dapatan itu turut menunjukkan bahawa antara faktor yang dikaitkan responden dengan pandangan positif terhadap Anwar ialah keupayaan mengembangkan ekonomi dan mewujudkan peluang, pengalaman memimpin Malaysia, mengendalikan hubungan luar, menarik pelaburan asing serta tadbir urus.

Dalam kajian sama, Khairy Jamaluddin mencatat 32 peratus penerimaan dan 14 peratus sokongan pilihan pertama, manakala Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi merekodkan 17 peratus penerimaan dan lapan peratus pilihan pertama. 

Datuk Seri Ahmad Samsuri pula memperoleh 13 peratus penerimaan dan enam peratus pilihan pertama, manakala Rafizi mencatat 17 peratus penerimaan dan lapan peratus pilihan pertama.

Menariknya, Khairy mencatat skor tanggapan peribadi bersih tertinggi, +51 mata peratusan, menunjukkan ukuran “disukai secara peribadi” tidak semestinya sama dengan ukuran penerimaan seseorang sebagai Perdana Menteri.

Vodus sendiri menyifatkan dapatan kajian itu sebagai gambaran pandangan responden ketika tempoh tinjauan, bukannya ramalan keputusan pilihan raya akan datang atau sokongan rasmi kepada mana-mana calon.

Namun satu angka jelas daripada kajian itu: dalam kalangan lima tokoh yang diuji, Anwar mendahului dari segi penerimaan keseluruhan dan pilihan pertama.





Sehari selepas Exco buat pengumuman, AG tegaskan proklamasi turunkan Tuanku Mukhriz tidak berperlembagaan

 


Kemelut kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan memasuki perkembangan baharu apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) menyatakan pandangan bahawa Proklamasi bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah.

Kenyataan AGC bertarikh 17 September itu muncul selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Negeri Sembilan mengeluarkan pengumuman berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim turut mengesahkan keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara oleh barisan Exco.

Menurut AGC, Menteri Besar dan MMK tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar.

AGC berpandangan kesahan dan kesan Proklamasi 19 April itu perlu ditentukan melalui proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, khususnya berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Lebih penting, AGC memberikan pandangan awal bahawa Proklamasi 19 April tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS 1959.

AGC turut menyatakan tiada keterangan bahawa faktor kehilangan kelayakan di bawah Perkara 10(1) terpakai kepada Tuanku Muhriz, selain menyatakan tiada fakta setakat ini yang menunjukkan tatacara dan asas pertimbangan sebelum keputusan dibuat telah dipatuhi.

Persoalan turut timbul mengenai kedudukan beberapa Undang yang menandatangani Proklamasi tersebut. AGC menyatakan terdapat Undang yang dikatakan tidak lagi memegang jawatan secara sah kerana telah diturunkan melalui adat luak masing-masing.

Justeru, AGC berpandangan pengumuman MMK itu tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang kerana MMK tidak mempunyai bidang kuasa di bawah UUTKNS 1959 untuk membuat pengumuman berkenaan. Berdasarkan perkara tersebut, AGC menyifatkan pelaksanaan Proklamasi itu sebagai tindakan yang tidak sah kerana tidak berperlembagaan.

Pendirian itu selari pada beberapa perkara utama dengan kenyataan Dewan Keadilan dan Undang (DKU), yang menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah serta mempertikaikan kesahan tindakan MMK.

Dalam perkembangan berkaitan, AGC memaklumkan pertikaian tersebut sedang melalui prosiding di Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban dan terdapat perintah interlocutory injunction yang masih berkuat kuasa.

AGC justeru menyeru semua pihak menghormati proses mahkamah dan membiarkan isu berkenaan diselesaikan secara teratur melalui saluran perlembagaan dan undang-undang.






Pernah anggap Anwar jahat dan dan ejen ‘Y’, Gen Z ini perjelas kenapa tanggapannya kini berubah

 


Penampilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam audio siar SembangOhhYeahh sempena Hari Malaysia terus menuai reaksi positif Generasi Z (Gen Z) di media sosial.

Ramai mengakui pandangan mereka terhadap Perdana Menteri mulai berubah selepas mengikuti siaran podcast khas berkenaan menerusi YouTube mulai semalam.

Kemunculan sulung Anwar menerusi platform audio siar itu dilihat membuka ruang kepada anak muda yang juga pengguna media sosial menilai semula persepsi politik yang mereka pegang sejak sekian lama.

Antaranya, pengguna Threads, pxndaq yang mendedahkan bahawa sejak kecil, beliau membesar dengan tanggapan bahawa Anwar adalah individu yang “jahat”.

Lebih mengejutkan, beliau pernah mempercayai tuduhan bahawa Anwar merupakan “ejen Yahudi”.

Menurutnya, persepsi terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu banyak dipengaruhi persekitaran keluarga serta tohmahan politik yang didengarinya ketika membesar.

Namun katanya, keadaan mula berubah apabila memasuki usia dewasa dan mengambil keputusan untuk memahami sendiri politik tanpa mahu terlalu terikat dengan kecenderungan mana-mana pihak.

“Aku buat keputusan untuk kaji politik tanpa berat sebelah, dan makin aku tengok, makin banyak petunjuk yang tunjuk keadaan sebenarnya bertentangan dengan apa yang aku percaya sebelum ini,” tulisnya.

Sudut berbeza

Menerusi luahan isi hatinya yang kemudian tular dan menarik lebih 6,000 tanda suka netizen setakat ini, Gen Z berkenaan berkata, Anwar yang selama ini dianggapnya “jahat” dan “tidak layak” akhirnya dilihat dari sudut berbeza.

Pemuda berkenaan berkata, perubahan pandangan itu bukan bermakna beliau menganggap Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang sempurna.

Namun, beliau tertarik dengan apa yang disifatkannya sebagai ideologi dan usaha Perdana Menteri untuk memulihkan negara serta meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, pxndaq turut memuji kesediaan Anwar membuat keputusan yang tidak popular walaupun berpotensi memberi kesan politik kepada kerajaan.

Baginya, pendekatan sedemikian menunjukkan seseorang pemimpin tidak semestinya mengambil keputusan semata-mata untuk mendapat pujian atau memenuhi semua kehendak rakyat.

“Dia (Anwar) selalu buat keputusan yang tak popular walaupun dia tahu benda itu mungkin beri kesan kepada kedudukan politik dia, tapi dia tetap buat sebab dia tahu ada perkara yang memang seseorang kena berani lakukan.

“Dan bagi aku, itu memang sesuatu yang sangat aku hormati, sebab ramai pemimpin lebih suka ambil hati dan manjakan rakyat, tapi dia tak pilih jalan itu,” tegasnya.

Jarang bersuara

Luahan itu turut memperlihatkan bagaimana perbezaan pandangan politik boleh berlaku dalam lingkungan keluarga sendiri.

Belia yang dikenali sebagai Aqil itu mengakui ahli keluarganya sehingga kini masih tidak memahami mengapa dia memilih untuk menyokong Anwar.

Menurutnya, beliau yang jarang bersuara mengenai politik, menyifatkan perkongsian itu dibuat kerana percaya mungkin terdapat orang lain turut pernah melalui pengalaman hampir sama dengannya.

Bagaimanapun, pxndaq turut memberikan penilaian bercampur terhadap prestasi pentadbiran Anwar apabila menyatakan pencapaiannya sepanjang empat tahun lalu mungkin belum sempurna.

“Apa yang dia (Anwar) buat sepanjang empat tahun kebelakangan ini mungkin belum sempurna, tapi bagi aku masih boleh difahami sebab banyak keputusan dia agak terbatas dalam Kerajaan Perpaduan.

“Harap-harap PRU akan datang, dia dapat teruskan lagi sebagai PM kita,” kata Aqil lagi.

BACA JUGA Sehari selepas Exco buat pengumuman, AG tegaskan proklamasi turunkan