Penampilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam audio siar SembangOhhYeahh sempena Hari Malaysia terus menuai reaksi positif Generasi Z (Gen Z) di media sosial.
Ramai mengakui pandangan mereka terhadap Perdana Menteri mulai berubah selepas mengikuti siaran podcast khas berkenaan menerusi YouTube mulai semalam.
Kemunculan sulung Anwar menerusi platform audio siar itu dilihat membuka ruang kepada anak muda yang juga pengguna media sosial menilai semula persepsi politik yang mereka pegang sejak sekian lama.
Antaranya, pengguna Threads, pxndaq yang mendedahkan bahawa sejak kecil, beliau membesar dengan tanggapan bahawa Anwar adalah individu yang “jahat”.

Lebih mengejutkan, beliau pernah mempercayai tuduhan bahawa Anwar merupakan “ejen Yahudi”.
Menurutnya, persepsi terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu banyak dipengaruhi persekitaran keluarga serta tohmahan politik yang didengarinya ketika membesar.
Namun katanya, keadaan mula berubah apabila memasuki usia dewasa dan mengambil keputusan untuk memahami sendiri politik tanpa mahu terlalu terikat dengan kecenderungan mana-mana pihak.
“Aku buat keputusan untuk kaji politik tanpa berat sebelah, dan makin aku tengok, makin banyak petunjuk yang tunjuk keadaan sebenarnya bertentangan dengan apa yang aku percaya sebelum ini,” tulisnya.
Sudut berbeza
Menerusi luahan isi hatinya yang kemudian tular dan menarik lebih 6,000 tanda suka netizen setakat ini, Gen Z berkenaan berkata, Anwar yang selama ini dianggapnya “jahat” dan “tidak layak” akhirnya dilihat dari sudut berbeza.
Pemuda berkenaan berkata, perubahan pandangan itu bukan bermakna beliau menganggap Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang sempurna.
Namun, beliau tertarik dengan apa yang disifatkannya sebagai ideologi dan usaha Perdana Menteri untuk memulihkan negara serta meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dalam masa sama, pxndaq turut memuji kesediaan Anwar membuat keputusan yang tidak popular walaupun berpotensi memberi kesan politik kepada kerajaan.
Baginya, pendekatan sedemikian menunjukkan seseorang pemimpin tidak semestinya mengambil keputusan semata-mata untuk mendapat pujian atau memenuhi semua kehendak rakyat.
“Dia (Anwar) selalu buat keputusan yang tak popular walaupun dia tahu benda itu mungkin beri kesan kepada kedudukan politik dia, tapi dia tetap buat sebab dia tahu ada perkara yang memang seseorang kena berani lakukan.
“Dan bagi aku, itu memang sesuatu yang sangat aku hormati, sebab ramai pemimpin lebih suka ambil hati dan manjakan rakyat, tapi dia tak pilih jalan itu,” tegasnya.
Jarang bersuara
Luahan itu turut memperlihatkan bagaimana perbezaan pandangan politik boleh berlaku dalam lingkungan keluarga sendiri.
Belia yang dikenali sebagai Aqil itu mengakui ahli keluarganya sehingga kini masih tidak memahami mengapa dia memilih untuk menyokong Anwar.
Menurutnya, beliau yang jarang bersuara mengenai politik, menyifatkan perkongsian itu dibuat kerana percaya mungkin terdapat orang lain turut pernah melalui pengalaman hampir sama dengannya.
Bagaimanapun, pxndaq turut memberikan penilaian bercampur terhadap prestasi pentadbiran Anwar apabila menyatakan pencapaiannya sepanjang empat tahun lalu mungkin belum sempurna.
“Apa yang dia (Anwar) buat sepanjang empat tahun kebelakangan ini mungkin belum sempurna, tapi bagi aku masih boleh difahami sebab banyak keputusan dia agak terbatas dalam Kerajaan Perpaduan.
“Harap-harap PRU akan datang, dia dapat teruskan lagi sebagai PM kita,” kata Aqil lagi.
BACA JUGA Sehari selepas Exco buat pengumuman, AG tegaskan proklamasi turunkan
No comments:
Post a Comment