Kemelut Negeri Sembilan: Sejauh Mana Umno Negeri Menghormati Institusi Diraja?

 


Di mana pendirian sebenar Umno Negeri Sembilan terhadap kesetiaan kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi mahu dijatuhkan? Foto Parlimen PD

PENDAPAT, 18 Sep – Krisis perlembagaan Negeri Sembilan yang bermula April 2026 melibatkan pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berbanding Tunku Nadzaruddin yang diisytiharkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU), menyerlahkan persoalan tajam terhadap peranan Umno Negeri Sembilan dalam episod ini.

Pada 27 April 2026, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias mengumumkan penarikan sokongan 14 ADUN Barisan Nasional terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, satu tindakan yang secara langsung mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri di tengah-tengah pertikaian institusi diraja yang belum selesai.

Kritikan timbul kerana tindakan ini dilihat memanfaatkan kemelut diraja demi kepentingan politik parti, bukan menstabilkan keadaan.

 

Warganet mempersoalkan pendirian Ismail Lasim di Facebook yang dianggap mereka sebagai menderhaka kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Ini setelah Aminuddin sendiri menyeru rakyat bersatu mempertahankan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta menggesa penolakan terhadap pemimpin yang didakwa mengkhianati institusi diraja dan melanggar Perlembagaan.

Ia juga sebagai sindiran yang secara tidak langsung mengarah kepada barisan yang menyokong peralihan kuasa negeri semasa pertikaian takhta masih berlarutan.

Tambahan lagi, dakwaan wujud unsur “duress” atau “undue influence” dalam kemelut ini, yang kini diserahkan kepada polis untuk disiasat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Azalina Othman Said, menimbulkan persoalan serius sama ada proses politik di peringkat negeri benar-benar menghormati kesucian institusi diraja atau sebaliknya mengeksploitasinya untuk agenda perebutan kuasa eksekutif.

Warganet mempersoalkan pendirian Ismail Lasim di Facebook yang dianggap mereka sebagai menderhaka kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Walaupun Umno Negeri Sembilan secara rasmi menegaskan pendirian menjunjung dan menghormati Yang di-Pertuan Besar serta institusi diraja, dan menafikan dakwaan mengkhianati kerjasama sedia ada, namun tindakan barisan Exco kerajaan negeri sudah tentu menimbulkan persoalan.

Persoalan sebenar sejauh mana tindakan politik itu selaras dengan kenyataan sedemikian kekal sebagai perdebatan aktif, sementara siasatan polis dan proses undang-undang masih berjalan untuk menentukan fakta sebenar di sebalik kemelut ini.



No comments: