LANGSUNG | Najib dapat pengampunan bersyarat, jalani tahanan rumah
12:09: Bekas perdana menteri Najib Razak mendapat pengampunan bersyarat untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Perkara itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim susulan mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, pagi tadi.
Bekas presiden Umno itu akan menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, sekiranya dia membayar denda RM50 juta.
Perkara itu diumumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi.
“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan bahagian itu.
Dia mula menjalani hukuman pada Ogos 2022 selepas disabitkan menyeleweng RM42 juta SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Najib berusaha mendapatkan perintah tahanan rumah dengan berhujah bahawa terdapat titah tambahan yang mengiringi keputusan pengampunan pada 2024, ketika dipengerusikan oleh Agong sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
No comments:
Post a Comment