Ada ke orang yang pernah jalani hukuman secara tahanan rumah di Malaysia sebelum ini?”



Afiq Nordin





Ya, ada rupanya!


Duluan inilah yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


“Macam mana Shafee boleh tahu?”


Sebab dia bukan saja peguam Najib tapi dia juga adalah peguam dalam kes tersebut.


Begini ceritanya.


#Pertama 


Pada Januari 2025, ketika isu Titah Adendum Najib sedang hangat diperkatakan, Shafee pernah cerita satu kes lama melibatkan Kenneth Lee Fook Mun @ Omar Iskandar Lee Abdullah.


Dia ni adalah cucu kepada Menteri Kewangan pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tun H.S. Lee.


Kenneth disabitkan atas kesalahan membunuh Lee Good Yew dalam kejadian pada tahun 2000.


Mahkamah Rayuan kemudian menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 2005.


Menurut Shafee, yang ketika juga adalah peguam Kenneth, hukuman mati itu kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup selepas mendapat pengampunan diraja.


Kemudian berlaku satu lagi isu.


Shafee dakwa selepas ibu Kenneth meninggal dunia dan si bapa yang uzur memerlukan penjagaan, satu arahan akhirnya membolehkan Kenneth habiskan baki hukumannya di rumah.


Shafee guna kes Kenneth sebagai contoh yang konsep menjalani baki hukuman dari rumah bukanlah sesuatu yang langsung tak pernah berlaku di Malaysia.


Dia turut merujuk Seksyen 43 Akta Penjara 1995 berkaitan pembebasan banduan secara berlesen tertakluk kepada syarat tertentu.


#Kedua 


Hari ini, cerita tahanan rumah ini mendapat satu perkembangan yang jauh lebih jelas.


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib Razak, membolehkan beliau jalani baki hukuman berkaitan kes SRC International secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.


“Jadi, apa syaratnya?”


Tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.


Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 hari ini.


#Ketiga 


Imbas kembali.


Najib mula jalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 selepas sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.


Hukuman asalnya ialah 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.


Pada 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman itu kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta, dengan tarikh pembebasan awal pada 23 Ogos 2028 sekiranya denda dibayar.





No comments: