ORANG COP UMNO DERHAKA. KETUA PEMUDA UMNO BISU KE APA NIH..SOKONG ATAU TIDAK ? JOM DEMO.


DTC CANNEL


 Pemuda UMNO Negeri Sembilan kini berdepan satu persoalan besar selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) mengambil keputusan kolektif menerima proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz sebagai sah dan berkuat kuasa.






Kalau keputusan Kerajaan Negeri itu mahu dipertahankan, sudah tiba masanya Pemuda UMNO tampil menunjukkan pendirian secara terbuka.


Adakan himpunan besar-besaran.


Turun beramai-ramai dan nyatakan sokongan terhadap keputusan pentadbiran negeri yang turut dianggotai wakil UMNO.


Ini bukan lagi cerita dokumen yang tersebar atau spekulasi politik.


MMK sendiri sudah mengumumkan pendiriannya bahawa proklamasi berkenaan sah, selain menerima bahawa kuasa memilih dan menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar merupakan prerogatif Undang Yang Empat.


Malah keputusan terbaharu ini hadir selepas UMNO Negeri Sembilan sebelum ini menyatakan isu berkenaan perlu diselesaikan berlandaskan adat, prerogatif dan peruntukan perlembagaan negeri.


Jadi sekarang keputusan sudah dibuat oleh MMK.


Kalau Pemuda UMNO yakin tindakan Kerajaan Negeri itu betul, tunjukkan sokongan.


Jangan sekadar berani mempertahankan kerajaan apabila isu politik kepartian timbul.


Apabila kerajaan yang turut disertai UMNO mengambil keputusan sebesar ini, Pemuda juga patut tampil menjelaskan kepada rakyat mengapa mereka menyokong atau tidak menyokong pendirian tersebut.


Lebih-lebih lagi isu ini masih dipertikaikan. Dewan Keadilan dan Undang sebelum ini mengambil pendirian bertentangan dengan MMK dan menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar.


Sebab itu pendirian Pemuda UMNO sekarang menarik untuk ditunggu.


Kalau setuju, turun dan pertahankan.


Kalau tidak setuju, nyatakan juga.


Jangan diam apabila keputusan sudah dibuat atas nama sebuah pentadbiran yang turut mempunyai wakil parti sendiri.






No comments: