OLEH LIYANA MARZUKI
Sembilan tahun lalu, saya mula menulis kerana 1MDB. Dimaki dan dicaci oleh cyber troopers DS Najib Razak, sampai mengancam keselamatan anak, saya tekad terus menulis melawan propaganda mereka.
Sampailah DS Najib didapati bersalah dan dipenjara. Rayuan kes dan sabitan kes kedua. Saya terus pekakkan telinga, cekalkan hati menulis, sampai caci maki itu sudah jadi alah bisa tegal biasa.
Ada suatu ketika, saya hadir ke perbicaraan 1MDB di Mahkamah. Memberi sokongan kepada rakan2 TPR. Setengah jalan, saya dihalau keluar. Keluarga beliau tak selesa saya di situ. Walau saya nyatakan hak saya sebagai orang awam untuk hadir di public gallery Mahkamah, ada rakan di Mahkamah merayu jangan susahkan urusan mereka. Saya akur jua.
Satu benda saya percaya. Apa saja makian dan tekanan yang dibuat terhadap saya ketika perjuangkan kes 1MDB, bukannya datang dari DS Najib sendiri. Orang disekelilingnya yang menekan. Itu yang saya perhati.
Saya ingat suatu ketika, pernah hadir membentangkan suatu Akta Kementerian saya di hadapannya. Beliau lembut bicara. Nampak penat tapi mindanya sharp memberi pandangan. Tak nampak sebagai insan crook dan zalim. Mungkin sebab itu dia ditipu jua.
Wang 1MDB RM2.6b yang mengalir ke akuannya. Bukan dibelanjakan untuk diri sendiri, tapi majoriti diberi kepada parti. Ada portion dia beri isteri dan famili.
Tapi bila kena dakwa dan dipenjara, beliau seorang saja. Dah masuk 4 tahun di sana.
Yang lain, keluarganya yang buat filem dan kumpul handbags dan diamond, pegawainya yang berjoli berparty seluruh dunia, ahli partinya yang sakan berbelanja tak hengat, terlepas bebas. Beliau menanggung dosa ini sendirian.
Ada orang tanya saya. Apa pendirian saya tentang pengampunan Najib Razak hari ini?
Jawapan saya, sememangnya beliau tidak layak mendapat pengampunan penuh. Kerana Agong terdahulu sudah beri pengampunan separuh.\
12 tahun penjara, 120j denda. Sudah dipotong ke 6 tahun dan RM50j.
Ini pula kes kleptokrasi terteruk di dunia. Ia bukan kesalahan peribadi, ia jenayah kepada negara. Takkan lah nak disuci, bagi clean slate dengan mudah.
Namun, kalau ditanyakan kepada saya, adakah beliau layak dipertimbangkan untuk tahanan rumah, ini kompromi yang saya tidak kisah untuk terima.
Pemimpin dulu dapat pengampunan lepas habiskan separuh masa penjara. Kes sebegini kalau tak boleh pengampunan penuh, saya kira ini concession yang wajar.
Satunya, kerana jasa beliau yang ada. Dua, kerana dia seorang menanggung dosa kes ini, tanpa orang lain dihukum sekali. Tiga, dia sedang sakit dan sudah tua.
Cuma, berilah syarat nyata. Dalam habiskan tempoh tahanan di rumah. Jangan maciam2 pulak. Buat kudeta politik ka.
Sebab kita tahu bukan DS Najib yang selalu mereka2. Orang sekelilingnya yang rosakkan masa depan dia.
Tahanan rumah ini akan memberi tekanan hebat kepada PH dan DAP. Walau mungkin betul telahan mereka, menang PRN super majoriti, BN akan bebas Najib, but this is the cost when you sleep with the “devil”. It won’t be all rosy. Kena hadaplah makian penyokong teras anda.
Pada kita pengundi biasa, ini pengajaran besar kepada negara. Menunjukkan no one is above the law. The all mighty Perdana Menteri pun boleh tersungkur di penjara. Siapalah kita pula?
Memimpin ini ada bebannya. Bukan semata pangkat dan harta. Namun yang dinilai ialah amanah negara yang dijaga.
Pesan-pesankan untuk anak kita di hari muka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
No comments:
Post a Comment