RUPA LITTLE NAPOLEON

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

21 Julai 2010 / 09 Syaaban 1431

LAGI HAK ORANG MELAYU DIHAPUSKAN

Satu lagi keistimewaan melayu terhapus disebabkan oleh kerajaan UMNO/BN. Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan. Demikian ulasan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan semalam.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro.

Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat, tambah beliau lagi.

Setelah kenaikan harga minyak, pemansuhan bantuan biasiswa kepada pelajar melayu, tanah rezab melayu digadaikan,kali ini UMNO/BN menghapuskan pula kuota yang khas untuk orang melayu. Ini bererti bahawa tidak perlu ada saham bumiputera dalam sesebuah syarikat yang mana akan membuka pintu seluas-luasnya kepada rakyat asing untuk memiliki sesebuah syarikat. Bukankah ini menutup ruang usahawan melayu untuk bersaing? Sebelum ini,sekurang-kurangnya kuota itu membolehkan usahawan melayu mempunyai tempat dalam memastikan mereka dapat terus berdiri sama tinggi dengan syarikat luar.

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengan tindakan kerajaan yang kononnya memperjuangkan nasib orang melayu. Dengan tindakan ini jelas yang UMNO/BN hanya beretorik sahaja dalam kata-kata mereka tetapi tindak tanduk mereka jelas ‘tidak serupa bikin’. Dan mengapa hanya akhbar berbahasa cina sahaja yang mengeluarkan kenyataan ini. Mengapa tidak Utusan Malaysia, TV3 mengeluarkan artikel ini?

DPPP mendesak agar kerajaan mewujudkan semula kuota untuk bumiputera kerana ini adalah hak orang melayu. Jangan kerana perkiraan politik yang dangkal, kerajaan UMNO/BN menggadaikan hak orang melayu. Kalau ini dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR), pasti UMNO/BN akan menuduh PR khianat orang melayu tetapi yang ini bagaimana?

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT




Semoga Segala Perbuatan Dikira Ibadah

FADHIL OSMAN
Pegawai Media DPP Pusat
017 - 333 9668

USAHA DAMAI?

KUALA LUMPUR 20 Julai – UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

PUTRAJAYA 20 Julai - Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai mufti yang menyeru umat Islam supaya sentiasa ke jalan Allah, takkan beliau sanggup berbohong bahawa dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

PUTRAJAYA 20 Julai – Usaha Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk menyatukan orang Melayu tanpa berpihak kepada mana-mana parti perlu disokong dan diberi keutamaan.